Friday, April 22, 2011

Si Puteh Yang Gengster

Share
Assalammualaikum.


Selamat Hari Jumaat..
wahh cepatnya dah hari Jumaat kan...i loike~


haa...ce tengok makhluk berbulu putih kat bawah ni, sopan je kan..baik je dia tidur.





tapi tapi..tolong lah jangan terpedaya dengan tipu helah mamat sekor nih. mamat sebenarnya baru lepas kena mandi. sebab apa?? sebab dia baru lepas bergasak dengan kucing jantan gengster kat kawasan ni. bila dah bergasak tu bergumpal-gumpal lah berdua-duaan, dengan kotornya dengan lukanya.






memang itulah hobinya budak sekor nih tak serik-serik dah tak kose nak marah bukan boleh nak dilarang. sudahnya tiap kali habis bergasak tu mandikan, letak ubat, tidur bila dah rasa segar badan tu mulalah dia jalan-jalan carik pasal lagi, sabo jelah..





time ni memang tengah tidur mati senang nak kejekan bukan kejekan apa ponn...letak ubat jer karang kalau dah sedar baru nak letak memang dapat cakaran maut ler jawabnya. gengster siot budak ni sekarang geram je tengok! ni gara-gara terpengaruh dengan kucing jantan gengster yang si Teteh selalu gaduh la nih...kita nak sayang dia dengan rasa tak bersalah je dia pegi cakar-cakar kite hishh geramm...



p/s: malam tadi Teteh bergasak lagi bergasak kat atas siling rumah jiran sampai bobos siling jiran tu, ni bukan gangsterism lagi dah kira vandalism dah nih haihhh....

suka?

18comments: