Monday, April 25, 2011

Tips Force-Feeding Si Comel Yang Sedang Sakit

Assalammualaikum w.b.t

MON

Baby Mushuk


Hari tu masa Mon dan Baby Mushuk sakit, habis calar balar tangan dan badan saya gara-gara memaksa mereka makan. Bibir saya pon menjadi mangsa bila terkena cakaran Mon semasa memberi Mon makan ubat. Menitik-nitik darah jatuh.. dah jadik beso sebelah bibir saya nih.


Saya pasti rakan-rakan juga menghadapi masalah sama bila anak-anak bulus jatuh sakit dan kita terpaksa memberi mereka ubat, dan memaksa mereka makan. Saya nak berkongsi pengalaman dan memberi sedikit tips yang saya perolehi sepanjang menjaga Mon dan Baby Mushuk sakit tempohari.


Force-feeding atau pemberian makanan secara paksa biasanya dilakukan dengan menggunakan syringe. Nampak macam mudah tapi sebenarnya sangat lah seksa. Kadang tu lebih banyak yang terluah keluar daripada yang ditelan kan?


Berikut adalah beberapa langkah sebelum meng-force-feed kucing anda..


1) Sediakan perkara-mara yang diperlukan.
siap sediakan syringe, makanan, air dan ubat yang akan diberi terlebih dahulu. syringe tanpa jarum yer...jangan pulak korang tibai syringe yang berjarum. bala bala...


2) Bolot kucing anda menggunakan tuala.
atau apa-apa kain pon boleh, lebih bagus kain yang tebal dan panjang. Jangan korang guna kain telekung sudahh karang ada yang kena tempeleng dengan mak masing-masing.


3) Bolot dengan kemas
perhatikan kedudukan keempat-empat kaki kucing supaya tidak menyakiti mereka dan bolot dengan kemas supaya tiada kaki yang akan terkeluar semasa proses meng-force-feed itu nanti


4) Peluk kucing anda
peluk kucing anda seperti keadaan ibu nak menyusukan anak. Jangan ketawa ini serius! Lebih elok kalau anda duduk bersila di lantai sahaja.


Dan sekarang boleh lah memberi kucing anda makan dengan aman. Jangan lupa baca bismillah



Dengan keadaan kucing anda yang telah dibolot kemas, ia akan memudahkan proses force-feeding dan dalam masa yang sama ia dapat menyelamatkan tangan anda bercalar-balar daripada dicakar kucing yang sedang bengang kerana dipaksa makan.


Selamat mencuba! 



p/s: bolot ke balut? hentam jelah...korang paham kann??

10 comments:

Mijoe said...

bolot pun ai paham, balut lagi la ai paham MM :)

tengs for the tips!

lebih afdal kalau 2 orang mengerjakan operasi force feed ni kan! :)

takda la tangan kita sorang je yg calar kan..he he

habsahharun said...

sekarang bibir dah oke ke belom?

mon tu juling. baru sy perasan...comelll!

Shaz Alina said...

owh... mcm tu cara nye...
tjawab sudah pe yg shaz pikir2kan baru2 ni... =)
tq MM sbb bg info ni... ^_^

marina anakcikbob said...

mcm nak bagi adik aku mkn ubt ms kecik2..hoho..

Cat-from-Sydney said...

Aunty Meoww,
Setakat ni takde yang sakit kat rumah ni. Kalau ada problem esok-esok, kita jemput Aunty Meoww ajelah.... purrr...meow!

aby said...

salam mm,
aby guna cara, pegang kucing, paksa buka mulut, calitkan makanan tu ke lidah depa.
pasti kucing tu telan ..
psl kena cakar dan gigit tu ..
kena tahan laa ..
org laki kena gigitan kucing ..
ok kot ...

saya said...

muwahahhahaa... tu la pasa. bolot ke balot? pening makcik baca. tapi takpe asalkan paham ye udah. tapi memang bagus tips tu untuk budak2 yang degil. eh..nanti bagi la tips camne nakbgai ubat biji/pil pada budak2 tu? ya tuhannn... payah betol. kadang dah masok mulut pon boleh diluahkan balik. tips & idea pleaseeeeeeeeeeeeee....owh...n thank god kakak baby dah balik. tu sure pi merempit le tu. haihhh...

Rtp Farra Arisha said...

sy takut sama kucing :(

Juz Call Me Sharz said...

setuju dengan cara nie...tapi tak tau la kalau budak2 kat umah nie jalan ke tak..huhu..

fizah hadimi said...

nice info..kalo sya mmg mcm kta bg budak kecik mkn ubat..siap nganga kn mulut dia trus pancitkn ubt tu..tp ada ank bulus sya nie xdpat tgk syringe..kalo dia tgk mmg dia lari...