Tuesday, April 26, 2011

Tips Memberi Si Comel Ubat Pil

Share
Assalammualaikum w.b.t


Wahai kawan-kawan ku yang penyayang, apa khabar semuanya?
yer..kawan-kawan saya semuanya penyayang. Kerana kami animal lover sudah semestinya bersifat penyayang, dah la penyayang baik hati pulak tu. Kan kawan-kawan? *sambil kenyit-kenyit mata*


oh! lanjutan daripada entri Force-feeding saya yang lepas, ada permintaan daripada salah seorang sahabat animal lover yang meminta tips bagaimana nak memberi si comel makan ubat biji atau pil. Sebenarnya saya ni bukan la expert sangat ponn cuma apa yang boleh, saya kongsikan pengalaman saya sendiri dalam menghadapi situasi-situasi macam ni sepanjang menjaga anak-anak bulus saya. Dengan rasa rendah diri sekali lagi saya nak tekankan di sini, bukan niat saya nak mengajar tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang telah saya lalui. 


Kadang-kadang bila membawa si comel berjumpa Vet saya lebih suka meminta ubat pil daripada ubat air sebab bagi saya ubat pil lebih senang nak diberi berbanding ubat air kerana selalunya anak-anak bulus saya sangat bijak meluahkan kembali ubat air yang dipancut masuk ke dalam mulut mereka.





Lagi-lagi si Merah ni dah la gemok gedempol sekali dia meronta terus rabak kain buat bolot tu, lepas tu memang kirim salam jelah nak tangkap dia balik. Punya la azab nak bagi ubat, boleh menangis guling-guling kita dibuatnya gerammmmm.... Oleh sebab itu saya lebih suka mencampurkan pil ke dalam makanan sebab bila ubat dalam makanan budak debab ni nak la telan, kalau ubat air harammmm.. Kadang tu bagi air kelapa je ponn itu pon dah menggelupur macam apa, sabo jelah.


Cara-cara yang saya lakukan adalah seperti berikut :

1) hancurkan pil
hancurkan pil tersebut dengan menggunakan sudu tapi kalau keras sangat boleh la guna lesung batu


2) campurkan ke dalam wetfood
pil yang telah dihancurkan tadi dicampur ke dalam wetfood


3) force-feed
masukkan wetfood yang telah dicampurkan tadi ke dalam syringe dan pancutlah ke dalam mulut si comel, jangan ko pegi pancut kat dalam mulut sendiri pulakk

Tapi ingat sila bolot si comel anda terlebih dahulu



Semoga berjaya!



p/s: ubat pil adalah yang diberi oleh Vet yer...jangan sesekali bagi Panadol atau Paracetamol, ia sangat bahaya kepada si comel dan boleh membawa maut!

suka?

6comments: