Monday, May 9, 2011

Ada Sesuatu Berwana Putih Bergerak-gerak Di Pokok Langsuir Itu

Share
Assalammulaikum.


Pokok langsuir.


Sesetengah orang panggil pokok sakat. Apsal nama pokok ni ala ala seram hah?? Dulu masa kecik-kecik aku mati-mati ingat pokok ni tempat tinggal hantu langsuir sebab ada la sorang kawan, Aisyah (bukan nama sebenar) bagitahu; "kat tengah pokok tu lekuk sebab langsuir duduk"  Dah tak pasal-pasal aku takut giler ngan pokok tu.


Sebenarnya tak ponn nama dia jer...dah tua bangka ni bila dah cerdik sikit baru la aku tahu bahagian lekuk tu fungsinya untuk memerangkap daun-daun yang luruh dari pokok-pokok yang lebih tinggi. Daun-daun ini akan reput bersama-sama dengan akar-akar pokok dan bertindak sebagai span untuk menyerap dan menyimpan air. kann...sikit punya kukuh alasan pokok tu, ajaran sesat sungguh kawan aku tuh HAHA..


contoh pokok langsuir yang tumbuh di tanah


kat rumah aku pon ada pokok ni tapi dia tak tumbuh menumpang kat pokok lain, pokok ni tumbuh kat tanah je. sama ada dia tumbuh sendiri atau ditanam tak dapat dipastikan sebab aku tak penah tanya hehe..TAPI TAPI yang paling penting aku dah tak fobia lagi dengan pokok ni. hebat bukan??


Bergitu juga dengan Momon. pokok ni dah jadi tempat Momon berchill chill di petang hari. Jom tengok..


video



p/s: sesuatu yang berwarna putih dan bermata juling hehee..

suka?

13comments: