Sunday, May 29, 2011

Jangan Kata Awak Tak Jeles Dengan Tiga Makhluk Kiut Milik Saya Ni...

Animal Charm/Keychain


kiut kan? comel kan? elelee...jangan tipu la kalau awak tak tersuka bila tengok benda-benda kiut macam ni... Awak awak dan awak...nak tak?? ahaa...macam mana nak dapatkan Animal Charm/Keychain yang kiut miut ini?


Sebenarnya Animal Charm atau Keychain ini adalah produk jualan amal yang dihasilkan oleh KTAJ (Kucing Terbiar & Anjing Jalanan). Produk ini dijual untuk mendapatkan dana tabung KTAJ yang digunakan untuk menyelamatkan haiwan-haiwan terbiar dari segi kos rawatan, bil perubatan, pemandulan dan untuk mendapatkan tempat tinggal untuk haiwan-haiwan tersebut.


Terdapat banyak bentuk haiwan-haiwan comel yang berwarna-warni yang boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing. Sesuai untuk gantung di thumbdrive, handphone, kereta atau pada kunci sebagai keychain. Kalau nak tukar handphone strap/keychain-ball tu kepada keychain-ring pon boleh.


Antara pilihan yang ada adalah seperti berikut :


Baby Blue Whale - RM5

Baby Crocodile - RM8

Baby Froggy - RM5

Baby Panda - RM5

Baby Giraffe - RM8

Baby Kitty - RM5

Baby Orange Crab - RM5

oh! harga tidak termasuk kos penghantaran yer dan 
awak juga boleh request kaler sendiri yang menjadi idaman hati *wink*



boleh PM Cik Nerq for detail - www.facebook.com/nerqleman. Beliau adalah salah seorang admin KTAJ yang akan memenuhi impian anda untuk memiliki Animal Charm yang kiut miut itu menjadi realiti. Jadi apa tunggu lagi disamping anda membeli sekaligus dapat menderma untuk haiwan-haiwan terbiar yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan peluang kedua agar mereka dapat menikmati hidup dengan lebih selesa.


Semoga Allah memberi ganjaran pada mereka yang membantu sesama makhluknya di bumi ini...


*****


kakak Baby tolong mummy promote kejap sayanggg....




ceh! tak boleh pakai langsung! membuta saja hehh!!
Mimin tolong mummy yer sayang...






pantang suruh buat keje sikit, mintak upah saja grrrrr.....

12 comments:

Afiqah Nabilah said...

saya pun ada order jugak.masih dalam proses.

beLLa said...

comeyy sangat! geram tengok ;p

Mijoe said...

cute key chain tuh MM!

Min ada bakat beniaga kat pasar malam neh.. :)

ery D cat said...

wahhh tomei2..eh yg baby kitty tu mcm rupe chemot..hahaha

m.q said...

comel la....nak jugakkkkk

Just Call Me V said...

haha pict last tu.muka takleh blah..ada maksud tersirat! hahaha

thefluffies said...

Wah, bagusnya anak2 bulus MM tolong mempomot.. kat umah ni, budak2 tolong 'servis' keychain tu, modified kasik hilang mata, berbulu sana sini dan hilang sifat. huhu...

Thanks for promoting our charity sale, MM ;)

~cik nerq~

Ayeem Jemain said...

hehe ok akan promote kat fan page :)

saya said...

wohooo..comel2..cute2.. tu kalo dpt kat nezha tu memang hancur dikerjakan. mamat tu bukan boleh nampak benda pelik2 sikit.

Cat-from-Sydney said...

Aunty Meoww,
Mana boleh guna child labour macam tu aje, kenalah bayar upah kan? purrr....meow!

marina anakcikbob said...

wahhh...comel. murah pulak tu..
selalu yg pakai felt craft ni mahal tau. ni br jumpa yg murah.

habsahharun said...

comellllll...

mimin,tolong kena iklas oke..