Thursday, May 26, 2011

Kenapa dengan 'ball' saya ?!!

Share
Assalammualaikum w.b.t


Syukur alhamdulillah semuanya dah selamat.


Semalam petang habis kerja terus ambil MOMON dari Vet bawa pulang ke rumah. Masa ambil tu MOMON masih lena tidur dek ubat bius yang masih berbaki. Doktor kata rest-cage-kan dulu sehingga dia betul-betul sedar.



Malam dalam pukul 9 lebih tu MOMON dah sibuk nak keluar. MON paling tak suka dikurung, tak sampai hati saya tengok dia meronta-ronta dalam cage tu terus saya lepaskan. MON masih belum sedar sepenuhnya, jalan pon masih terhuyung-hayang. Tapi MON terus ke dapur carik makanan lapar agaknya seharian dia tak makan sebab berpuasa.



Bagi MON makan wet food. MON makan sikit pastu pegi kat balang blackwood mintak blackwood lepas makan blackwood MON pegi kat fridge mintak ikan bilis. Sakit sakit pon masih berselera MON MON...



Tapi lepas makan tu MON muntah. Sebab kalau ikutkan dia masih belum boleh makan sebab belum sedar sepenuhnya tapi kesian pulak bila tengok dia macam dah lapar sangat. Tak pelah...lepas muntah tu mungkin MON rasa lega dan terus tidur lena.



Pagi tadi tengok MON dah ok dah cuma muka masih sedih hehe...kesian pulak tengok dia. Nampaknya takde masalah, selera makan pon masih sama. Then tengahari tadi balik lunch tengok si MOMON dah berkejar-kejar dengan Wira, dah baik sangat la tu..syukur alhamdulillah







kenapa sayang...




kamu kan dah sunat sebab tu 
ball kamu jadik kecik macam tu..








Cuma satu jelah muka tu masih macam tak puas hati gitu...macam bengkekkk je tengok wa...lu pehal MON tengok tengok wa camtu *MODE: KL Gengster

suka?

14comments: