Wednesday, May 4, 2011

Panduan Untuk Mereka Yang Baru Pertama Kali Ingin Memelihara Kucing

Share
Keinginan meng-adopt atau memelihara kucing dan menjadikan sebahagian dari keluarga bukanlah perkara yang sukar jika anda betul-betul berminat dan mengetahui bagaimana cara memeliharanya.


Dan sebelum anda memutuskan untuk memelihara kucing, sebaiknya dipertimbangkan beberapa perkara berikut:


1. Adakah anggota keluarga yang lain bersetuju?

2. Sediakah anda untuk menyediakan budget membeli makanan kucing dan rawatannya jika sakit?

3. Bolehkah anda meluangkan masa untuk merawat kucing anda seperti memandikan, membersihkan telinga, memotong kuku atau mengajak bermain?

4. Kucing adalah haiwan dan haiwan tidak mempunyai akal. Ada kalanya kucing akan mencakar atau mengigit. Bersediakah anda?

5. Apakah anda bersedia untuk melihat bulu kucing yang melekat pada perabot, baju dan sekitar rumah anda?

6. Dimanakah akan ditinggalkan si comel jika anda perlu meninggalkan mereka selama beberapa hari .

7. Tahukah anda bahawa jangka hayat kucing boleh mencapai sehingga 15 tahun dan itu bererti anda harus menguruskannya selama itu. Sanggupkah anda?

Dan sekiranya perkara-perkara di atas ini terlihat sangat ‘kacang’ bagi anda, boleh lah diteruskan niat yang suci murni itu.



Sebelum membawa si comel pulang ke rumah, ada baiknya anda menyiapkan peralatan yang diperlukan.


1. Tempat poo pee berserta pasir dan peralatan untuk membuang kotoran kucing seperti sarung tangan getah, skop dan tempat membuang kotoran kucing tersebut.

2. Alat untuk makan seperti mangkuk makanan, minuman dan bekas untuk menyimpan makanan.

3. Tempat untuk kucing anda mencakar atau mengasah kuku bagi mengelakkan mereka mencakar di perabot anda.

4. Alat kebersihan seperti sikat, shampoo dan tuala.

5. Tempat tidur yang selesa

6. Carrier dan tali leher untuk kemudahan membawa keluar kucing anda.

7. Mainan kucing jika perlu.



:: MEMBERI SI COMEL MAKAN ::

Kucing adalah haiwan karnivor atau pemakan daging. Anda boleh menyediakan sendiri makanan untuk si comel seperti ikan atau ayam rebus/kukus. Atau boleh sahaja membeli makanan kucing yang banyak dijual di petshop.

Sekali sekala anda boleh mencampurkan makanan kucing seperti makanan basah dicampurkan dgn makanan kering supaya si comel tidak bosan dan sentiasa berselera untuk makan. Bacalah petunjuk pada bungkus makanan untuk mengetahui kuantiti yang tepat untuk kucing anda. Sediakan air minuman dan ganti air minuman itu setiap hari.

Dan diingatkan ada juga makanan yang bahaya untuk si comel kita. Di sini ada senarai yang saya ambil dari blog KITTON  untuk dijadikan panduan kita bersama.


1) Minuman Beralkohol
Menyebabkan keracunan, koma dan kematian.

2) Makan Bayi
Sesetengah makanan bayi mengandungi serbuk bawang yang sebenarnya mampu mengakibatkan ketoksikan pada kucing jika diberikan berterusan.

3) Tulang Ikan, Ayam atau pape jenis tulang.
Boleh tersangkut dan melukakan sistem pencernaan si comel kita. Berkemungkinan tersangkut dalam rongga mulut atau tekak.

4) Tuna dlm Tin (Cap Ayam ke… Pape jenis tuna utk manusia tu)
Pemberian dalam kadar yang banyak akan menyebabkan kucing anda kehilangan nutrisi sbb tuna dlm tin ni takde proper vitamins dan mampu menyebabkan kucing anda kekurangan sumber thiamine. Lesu dan lemah.

5) Coklat, Kopi,Teh
Apa-apa sumber kafein mengandungi caffeine, theobromine, atau theophylline, yang boleh menyebabkan cirit-birit, muntah-muntah dan bertoksik serta bahawa utk sistem saraf serta jantung si comel anda.

6) Ekstrak minyak limau
Muntah-muntah ~ Dehidrasi

7) Makanan Anjing
Kalau termakan takde la apa sgt. Tapi kalo dengan sengaja bg makanan anjing hari-hari...boleh akibatkan serangan penyakit yang boleh mangganggu jantung kucing anda.

8) Ikan (mentah, dalam tin atau dimasak tak sempurna)
Kalau diberi makan berterusan atau dlm jumlah yg banyak…berlaku pengurangan Thiamine dan menyebabkan hilang selera makan, kekejangan dan dalam kes kronik…kematian.

9) Anggur,Kismis dan yg sewaktu dengannya.
Mengandungi toksin yang tak dikenalpasti dan bahaya utk buah pinggang si comel anda.

10) Panadol / Paracetamol
Si comel kite tak boleh proses paracetamol ye. Liver dia takan mampu menampung jumlah paracetamol pada kuantiti yg banyak. Immediate death boleh berlaku dalam kes ni...ibarat time bomb...muke dan badan akan mengembang lalu saraf meletop dan mati...amat bahaya...so kalau si comel demam..bawak g jumpa Vet ya.

11) Kacang Macadamia
Mengandungi toksin yang tak dikenalpasti dan bahaya utk sistem penghadaman, sistem saraf dan otot.

12) Marijuana
Menyebabkan sistem saraf tidak stabil, muntah-muntah dan perubahan ketara dalam degupan jantung. Sesetengah kes… hyperactive, kejang, mati.

13) Produk berasaskan susu.
Cirit-Birit

14) Makanan tamat tempoh / sampah
Mengandungi pelbagai jenis toksik dan menyebabkan cirit-birit.

15) Cendawan
Bertoksik dan menyerang pelbagai sistem dalam badan ~ kematian.

16) Bawang Merah Bawang Putih.
Mengandungi sulfoxides dan disulfides, dan boleh merosakkan sel darah merah sekaligus menyebabkan masalah anemia.

17) Telur Mentah
Mengandungi enzim yg dkenali sbg avidin, yang boleh mengurangkan penyerapan vitamin (biotin) dalam badan. Boleh menyebabkan masalah kulit dan bulu.

18) Daging Mentah
Mengandungi bacteria seperti Salmonella dan E. coli, boleh menyebabkan muntah-muntah dan cirit-birit yang serius.

19) Garam
Kalau termakan dlm kuantiti yg banyak, kucing anda akan mengalami masalah kekurangan eloktrolit dalam badan.

20) Tali???
Ade ke bg makan tali? Dalam sesetengah kes, kucing yg gemar bermain tali tertelan sebahagian dr tali tu…boleh menyebabkan gangguan dalam sistem penghadaman dan membelit organ. Bahaya tuu…


21) Makanan Bergula.
Obesiti…masalah gigi…dan paling dasat…kencing manis!!!

22) Tembakau
Mengandungi nikotin~ mengganggu sistem pencernaan dan saraf. Boleh menyebabkan degupan jantung yg kencang, pengsan, koma dam kematian.

23) Yis
Akan menghasilkan gas dalam sistem pencernaan, menyebabkan rasa sakit dan kemungkinan pecah usus! Awas tuuu…

Banyak makanan manusia yang tak sesuai untuk diberi pada si comel jadi kita harus sentiasa peka dan berhati-hati.



:: MERAWAT KUCING ::

1. Periksa bulu kucing dengan membelainya dan periksa di bahagian yg tersembunyi untuk melihat jika ada kesan kecederaan tak pon kutu.

2. Periksa telinga kucing. Jika telinga si comel berbau busuk mungkin si comel anda sakit.

3. Periksa mata kucing dgn mengarahkan matanya ke cahaya. Mata yang sihat akan terlihat terang tanpa air mata.

4. Jika kucing anda sentiasa menjelirkan lidah periksa mulutnya mungkin ada tulang yang tersangkut *pengalaman sendiri

5. Kembirikan lah kucing anda bila sudah cukup umur.



JAKIM telah menyatakan HARUS hukumnya untuk menjaga maslahat ummah.

i) Mengkasi dapat mengelakkan masalah kucing beranak-pinak sehingga kita tidak mampu menjaganya dan akhirnya dibuang, sangat menyedihkan jika keadaan itu berlaku.

ii) Mengkasi juga dapat menghindarkan haiwan peliharaan drpd penyakit, kencing merata-rata (spray) dan stress apabila tiada pasangan, kesian kan.

iii) Mengkasi juga akan membuatkan si comel anda tak garang dan bersikap lebih manja.



Ada satu hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majjah:


أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين عظيمين موجوءين


Maksudnya: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah mengorbankan dua ekor kibas yang besar dan yang dikasikan.” (Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah)


Tapi, cara pengembirian mestilah tidak memudaratkan bagi haiwan tersebut.


Menurut al-Syeikh al-Uthaimin plak,


إذا كانت القطط كثيرة مؤذية ، وكانت العمليَّة لا تؤذيها : فلا حرج ؛ لأن هذا أولى من قتلها بعد خلقها .. وأما إذا كانت قططاً معتادة ولا تؤذي : فلعلَّ في بقائها تتنامى خيراً


Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.” (Fatawa Islamiyah 4/448).



Dan yang terakhir sekali utamakan lah kebersihan diri dan rumah kediaman. Sentiasa cuci tangan selepas bermain dan membelai si comel anda. Dan pastikan rumah anda sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.


Semoga dapat serba sedikit memberi panduan kepada mereka yang baru pertama kali ingin memelihara si comel dan menjadi ingatan untuk diri saya juga 




Kredit untuk:

suka?

22comments: