Tuesday, June 7, 2011

Aktiviti Beronggeng Di Hari Minggu

Share
Assalammualaikum w.b.t



Cerita hari minggu yang lalu. Terlambat update sebab tak ada mood bila balik dengan berita sedih. Tapi tak boleh nak layan sangat kesedihan ni karang satu apa pon tak boleh nak buat asik lah dengan muka kerang busuk nih.


Tujuan pergi ke KL hari tu adalah untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Etty a.k.a Cahaya Rumahku. Naik ke KL dulu sebab nak saing dengan Chika dan Cik Marie. Tak ada mood lah nak tulis panjang-panjang, layan gambar jelah ekk...i'm sorry!!


First time turun kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) turun turun jer... waahhh macam airport seh *sambil ternganga  mulut





sempat lah tawap kat dalam TBS nih sebab drebar tersangkut dalam jem muehehe...


*****


SABTU
04 JUN 2011


dalam perjalanan ko Tampin, Nogori Sombilan


sebenarnya tersangkut dalam jem jadi Chika telah melakukan satu aktiviti yang berpaedah iaitu ber-camwhore dalam kereta, saya on jer tapi kesian kat cik marie tengok muka dia tu tensen je kan hekhek...


sampai sampai terus makan. lepas makan sesi ber-camwhore pulak dengan perantin

selamat pengantin baru untuk mak ettty ngan pak ajib ~


cik marie sedang menulis karangan eh eh! tulis guest book :D

Chika gigih menulis guest book


masa nak balik tu tanpa di sangka hujan turun selebat-lebatnya, tadi dalam perjalanan pergi dah terperangkap dalam jem balik pulak terperangkap dalam hujan huhuu... Jadi untuk memanfaatkan masa yang ada saya telah bersetuju menjadi jurugambar manakala cik marie dan Chika pula menjadi modelnya. Kita orang shoot ala ala America's Next Top Model hokeyy kalau tak caya ce tengok ce tengok...


read my lips

my seksi lips

Catwoman grrrr....

Mr Potato??

two Mr Potatos?!!

gambar ni paling tak boleh bla...naik krem perot nahan ketawa wehh

hebat bukan. memang salute lah kat diaorang nih....
sakit perot menahan ketawa tahu??


dalam perjalanan balik..

Chika sambung ber-camwhore


*****


Malamnya tu kiteorang ke Mid Valley nak tengok wayang. Penat sebenarnya tapi jumpa bukan selalu so manfaatkan lah masa yang ada dengan beronggeng bersama-sama. Mula-mula nak tengok cerita X-Men tapi queue punya lah panjang memang tak sempat lah so tengok lah cerita Karak. Ok la ceritanya...tak takut sangat tapi tak takut tak takut pon tutup telinga tutup mata bagai...tapi tu Chika ngan Cik Marie lah, saya tak muahahaha....





Sebelum tengok wayang tu makan dulu. Chika cadangkan makan kat Carls Jr. tanya kat Chika halal tak nih? Bukan apa saya sekarang ni macam dah trauma pulak sejak kes kes DNA Babi ni berleluasa. kat dalam makanan tu ada,makanan ni ada, kat dalam kopi pon ada... hishh sabo jelah. Malaysia ni kata jer negara Islam tapi apa ke payah benor nak carik makanan HALAL?? Tang mana yang kata negara Islam tu?? cuba encik encik pemimpin negara ni jawab soalan saya *budget macam ada para pemimpin yang baca kann.. Sorry lah ter-emo sekejap. i'm sorry!!




tapi setelah nampak logo HALAL terpampang kat depan tu so kiteorang pon makan la kat sini. bapak beso burger dia tak muat mulut kawan yang comel nih. burger dah la beso masa pulak terhad korang bayangkan jelah macamana gelojohnya kiteorg makan. tapi yang penting...bruppppp alhamdulillah kenyanggg



ntah macamana kapal Captain Jack Sparrow boleh tersadai kat sini. ah tak kesah lah! boleh gak ambil gambar kenang-kenangan dengan kapal Black Pearl nih.

baru nak tangkap gambar tetiba tup! gelap. ala dengki la... orang baru nak amik gambar taw...

camera dah la takde flash ah! belasah jelah ok gak kan gambar ni Cik Marie amik guna night vision katanya



oh! ini Sayang kucing yang Cik Marie jumpa dan sekarang dijaga oleh Cikgu GtHans. Si Sayang ni tak sihat jadi Cik Marie jaga sementara sebab cikgu nak balik kampung. Tapi alhamduillah Sayang semakin pulih ada 3 mummy tolong jaga Sayang kan Sayang...bagi ubat, suapkan air zamzam, air 100 plus, suapkan makanan dan akhirnya nampak perubahan positif  bila Sayang mula ada keinginan untuk makan sendiri dan mula nak bermain. Tiap perkembangan positif Sayang, Cik Marie update pada cikgu kat kampung. Seronok dengar suara cikgu. Kali ni tak ada jodoh lain kali kita jumpa yer cikgu..



ini pulak Nomi anak kesayangan Chika. kalau baca blog Chika mesti korang perasan Nomi kerap jadik model di akhir entri Chika walaupon entri tu takde kena mengena dengan Nomi HAHA....anak kesayangan lah katakan *hehe Chika jangan marah ekk


pape pon nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Cik Marie ngan Chika sebab sudi melayan kehadiran saya. korang memang best! next time kita beronggeng lagi ekk


untuk Cik Marie n Chika....

eh! salah pegang lak buble tuh patutnya pegang tangan kiri hehee....




p/s: terima kasih kerana membaca

suka?

12comments: