Monday, June 20, 2011

Anak Teruna Siapalah Yang Bersopan Santun Nih..??

Share
Assalammualaikum.


Duduk bersila makan laksa,
Hari ni Senin esok Selasa!



Jangan pelik tetiba saya berpantun, sajalah sekali-sekala nak menunjukkan bakat terendam. Bercakap pasal bakat ni, sorang anak teruna saya mempunyai bakat yang istimewa yang memang tak ada pada anak-anak jebon saya yang lain.


Bakat apa?? Bakat makan duduk dengan bersopan santun. Tak macam bebudak jebon yang lain semua makan berdiri. Dah berapa kali cakap jangan makan berdiri tak baik, kalau nak makan tu duduk elok-elok tapi hampehh! Cuma budak ni sorang jelah yang mendengar kata  tehehee.....






haloh halohh....
copan cantunnya si Merah makan




kot kot ada yang berkenan nak jadikan menantu boleh saja. Merah sekarang pon dah slim, badan taff dah tak gendut macam dulu. Merah tak sombong dan sangat penyabar dengan kerenah adik-adiknya, down to earth lagi. Senang cerita memang ada ciri-ciri lelaki idaman lah.


Kalau ada sesiapa yang berkenan tu jangan lupa bawak blackwood seguni masa merisik nanti... hikhik





eh Merah! molek molek la sikit tidur tuu...jatuh saham kamu nanti! kang leklok nak seguni dapat separuh jer haishhh....payoh budak nih, apa pon tak boleh!!

suka?

14comments: