Sunday, June 26, 2011

Apsal lah pendengki sangat jadik orang. Eh! PEMBETULAN. Bukan orang tapi kucing.

video



Dah tengok video ni? Jangan salah faham yer...dalam video ni bukan Wira kena buli. Yang sebenarnya si Wira ni yang menjadi pembuli tak boleh tengok orang lain senang, tengah elok elok Baby Mushuk ngan Momon berkasih sayang tetiba dia datang buat huru hara, pendengki betul!


Pastu jenis kalau bermain bukan reti nak geget main-main, ini jenis kalau mengeget tu kasi kunyah sampai hancur kalau boleh. Ganas! sebab tu bebudak jebon lain tak suka main ngan si Wira nih. Mon sorang je yang tahan main ngan si Wira ni, karang kalau geram ditampornya berkali-kali tapi budak Wira ni bukan reti serik sekejap je diamnya. Terjal betul! memang keturunan lanun budak Wira nih. Tidak syak lagi haihhh!

13 comments:

habsahharun said...

wira dahagakan perhatian..uhuk!

hud aikara said...

gaduh-gaduh manja ni...hahahaha

Shaz Alina said...

uishh... sampai terjerit si momon tu kene geget ngan wira... mesti kuat si wira ni geget kan... huu~

haaa kan da kene lempang laju² dgn tomon tomon tu... hoho~

Chika said...

Huhuhuhu.. senang je Meowwmania, cabut gigi dia muahahahahaha

m4rilyn said...

ala...Wira perlukan kasih sayang tu
sian dia

grOundnUt said...

Amboiihh...Wira ni saje je nak tarik perhatian ni..^^

Cat-from-Sydney said...

Wira keturunan lanun? Eh, Aunty Meoww pakaikanlah penutup mata kat sebelah yang takde tu. Barulah jadi Capt Hook! purrr...meow!

Benrauf said...

still comel kan? :D

GtHans said...

ekeke..Wira kacau Mummy dia tak? ;p

Rosmawati Yusof said...

Wira ini kena tukar nama Warah supaya lembut sikit, he..he..

ctpayong said...

jom kita masokkan yg lain2 tu sekolah silat...boleh berpencak ngan wira. jaga wira.

Mijoe said...

wira the destroyer!!! cam nama watak katun yg ganas.. :)

MamaLeeya said...

lanun mata satu....Pirate of Karibian...ngaggaagga...