Thursday, June 23, 2011

Hadiah Istimewa Untuk Mummy !

Share
Assalammualaikum.



Kejadian berlaku semalam. Tengahari tu balik lunch macam biasa, sampai sampai rumah terus masuk dalam bilik. Bukak bukak pintu nampak si Wira terbaring atas lantai. terkejut la macam mana pulak si Wira ni boleh terkurung kat dalam bilik sebab pagi tu sebelum pergi keje, sempat lagi timang-timang budak Wira nih. tanya kat Wira...





"Wira watpe kat dalam bilik mummy ni"

"meoww...."

"camana Wira masuk?"

"meowww...."


bengong ke apa gi tanya kat kucing, memang itu jelah jawapannya...


then tanya kat adik, rupanya kata adik tadi dia ada masuk bilik sekejap carik PSP tak perasan katanya si Wira masuk sama. Mungkin dia menyorok kat bawah katil tu yang tak perasan. Mujurlah saya balik tengahari tu kalau tidak sampai ke petang lar Wira terkurung kat dalam bilik tu.






Wira bukan setakat terkurung je taw...dia bagi hadiah istimewa pada saya. masuk masuk tu ada bau kurang enak menerjah ke lubang hidung, Wira poo kat dalam bilik! Dah tak tahan benor la agaknya tu. Tapi yang geli hati tu, pandai pulak si Wira ni poo kat atas plastik. Dia boleh tumbangkan bakul sampah, kat dalam tu adalah plastik dan kertas-kertas sampah tapi pandai pulak pilih nak poo atas plastik jadi takde la tembus ke lantas. Taiknya pon comel-comel seketul-seketul macam taik kambing tapi comel lagi la taik Wira HAHAHAH....


Bijak kan Wira ni? huhuu...tak kira la suratan atau kebetulan yang penting Wira tak melepas kat atas katil saya, takpon kat atas bantal ke, selimut ke, atas pakcik teddy ke huhuu ngerinya...memang meraunglah mengenangkan nasib saya ketika itu.


Terima kasih ye sayang, terima kasih kerana kamu sangat sangat good boy!



p/s: baik tak mummy? mana nak dapat mummy yang ucap terima kasih sebab berakkan bilik dia. mummy baik kan kan kann... *lap air mata sambil mop lantai

suka?

20comments: