Monday, June 20, 2011

Kejadian Yang Menginsafi Diri. Semoga KEMBANG Tenang Di Sana.

Share
Assalammualaikum.



Tadi lepas maghrib duduk ambil angin kat luar rumah sambil temankan si Bulat makan. Si Bulat ni sejak ada Wira dia memang tak nak masuk dalam rumah. Bila lapar je dia jengulkan muka kat pintu suruh orang hantar makanan.



Lepas Bulat makan dia terus melintas jalan menuju ke balai raya kat depan rumah ni, panggil panggil jugak...Bulat toleh sekejap lepas tu terus menonong teruskan perjalanan. Bulat suka sangat pegi ke balai raya tu geram betul! entah apa yang ada kat situ pon tak tahu. Risaukan dia melintas jalan tuu.



Tak lama lepas tu dengar bunyik motor brek emergency seakan melanggar sesuatu. Berderau darah! bila toleh saya nampak Bulat berlari ke arah rumah dan sekor lagi kucing berlari ke balai raya.



Saya kenal kucing tuu...itu si Kembang! Si Kembang yang selalu mengejar Bulat. Saya perasan si Kembang baru dalam seminggu dua ada kat kawasan ni, mungkin baru berpindah ke sini, mungkin milik sesiapa kerana keadaan Si Kembang sangat bersih, sihat, bulunya cantik dan berekor kembang.



Tangan saya menggigil, jantung saya berdedup kencang, air mata saya mengalir laju. Ya Allah kesiannya Kembang!



Saya berlari ke balai raya. Budak yang melanggar Kembang tadi pon berpatah balik untuk melihat. Budak tu kata dia tak nampak, dia kata kucing tu kena langgar dengan kedua-dua tayar motornya kemudian dia tanya kucing siapa? "Kucing orang.." kata saya perlahan. Budak tu nampak serba salah mungkin dia menyesal tapi benda dah jadik. Saya tak mampu nak cakap apa-apa ketika itu bimbang saya tak dapat mengawal kesedihan.



Saya cuma dapat meninjau dari luar pagar balai raya tu sebab ia berkunci. Tak nampak langsung kelibat Si Kembang pasti dia lari menyembunyikan diri. Hati saya semakin tak keruan membayangkan keadaan Si Kembang. Ya Allah...hati saya merintih dan menangis.



Sedih, risau, marah bercampur aduk perasaan saya ketika itu. Saya benci keadaan saya pada ketika itu kerana saya langsung tak boleh nak buat apa-apa. Tangan saya masih mengigil dan air mata masih mengalir laju. Saya kembali ke rumah, duduk menenangkan diri. Tiba-tiba saya teringat keadaan ketika Momon sakit dulu. Saya beristighfar kemudian membaca surah Al-Fatihah berulang-ulang kali dengan niat untuk disedekahkan kepada Si Kembang semoga segala-galanya dipermudahkan untuknya oleh yang Maha Kuasa.



Setelah berulang-ulang kali membaca, hati saya yang gusar menjadi tenang. Tenang, sangat tenang. Sungguh! saya dapat merasakan ketenangan itu. Bila azan isyak kedengaran saya terus ambil wuduk, bersolat dan kemudian menadah tangan berdoa.




Ya Allah sebagaimana telah tenang hatiku, telah hilang kegusaran di hati ku dengan izin-Mu. Ku harap moga inilah juga tanda bahawa telah hilang dan telah lenyap kesakitan yang ditanggung Si Kembang tadi. Sesungguhnya kami adalah makhluk-Mu, semua yang berlaku adalah di atas kehendak-Mu dan aku menyerahkan diri ku pada-Mu, ku menerima setiap qada dan qadar mu Ya Allah. Ampuni aku di atas kelancangan hatiku yang marah dan enggan menerima ketentuan-Mu. Sesungguhnya Kau yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui segala-galanya. Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan sedih dan dukacita. Ampuni lah aku Ya Allah...ampunilah aku.....



Lepas kejadian tu Bulat nampak sedih, mungkin dia mengerti apa yang terjadi. Selama ini mungkin dengan Si Kembang lah Bulat selalu bermain.


cerdit pic to google

gambar terhampir yang boleh saya cari untuk menggambarkan Si Kembang cuma warna bulu Kembang keseluruhannya berwarna oren sama seperti Bulat.




p/s: Mummy tumpang simpati sayang, Allah lebih menyayanginya. Pasti Si Kembang tenang di sana...

suka?

18comments: