Thursday, June 23, 2011

Mon Tomon Tomon

Share
Assalammualaikum.



Petang tadi balik kerja ajak bebudak jebon semua keluar amik angin kat luar rumah. Duduk lepak kat bawah pokok rambutan. Kakak Baby, Baby Mushuk dan Min main kejar-kejar, lari-lari, panjat-panjat pokok. Tetiba si Mon ikut manjat sama.






Wahh! Mon dah boleh panjat pokok lah!! Sejak Mon excident hari tu, ini kali pertama Mon panjat pokok semula. Walaupon Mon masih jalan terhencot-hencot tapi mungkin kakinya dah tak sakit bila dibuat memanjat.





Selalunya bila main kejar-kejar tu Kakak Baby, Baby Mushuk dan Min selalu lari terus panjat pokok pastu nanti Mon mesti terbenti kat bawah jer. Bila dorang turun baru Mon kejar semula.





Lama jugak lah si Mon kat atas pokok, setiap cabang dahan tu dia panjat. Dah lama agaknya tak memanjat macam kali pertama je pandai panjat pokok agak jakon jugak lah.





Tapi bila nak turun tu ada payah sikit. Mon cuba banyak kali nak turun tapi nampak macam dia teragak-agak. Nak panjat memang mudah tapi bila nak turun tu keempat-empat kaki perlu kuat mencengkam untuk mengelakkan dari terjatuh jadi mungkin dalam kedudukan nak turun tu kakinya masih terasa sakit.





Jadi saya dukung untuk turunkan Mon. Pesan kat Mon jangan panjat pokok dulu sebab kaki masih tak kuat takut sakit balik pulak. Dia meow jer...harap harap paham la budak Mon tu yerk...

suka?

10comments: