Wednesday, June 1, 2011

♫♪ Perwira dikaulah harapan hati, penghibur kala sunyi ♪♫♫

Assalammualaikum w.b.t


Cuba tengok budak kecit nih...kesian kan tidur sensorang



aloloo....keciannya anak mummy budak tecit mata catu ni tido toyang-toyang, shian lah anak mummy ni...nape tido toyang-toyang ni cayangggg??
[sila jgn gelak ini adalah dialog sebenar]




Kadang-kadang kesian tengok si Wira ni, kecik kecik dah terpisah dari ibunya. Patutnya dia masih menyusu lagi. Masa memula jumpa dulu lagi sedih tengok keadaan dia, dengan keadaan matanya, dengan badan kurus nampak tulang, dengan penuh kutu satu badan. Sedih betul.


Tapi saya gembira dengan kehadiran Wira, rasa puas tengok dia gembira sekarang. Wira cepat besar, badan pon dah semakin berisi seronok tengok dia terkinja-kinja ke sana ke mari. Harap-harap Wira akan membesar tanpa sebarang masalah serius maklum sajalah Wira asalnya kucing terbiar. Entah apa yang ibunya makan semasa buntingkan Wira, entah apa pula yang Wira makan sepanjang proses dia membesar di jalanan tu. Sedih bila diingat-ingat.


Kat rumah ni Wira tak ada masalah sangat, walaupon ramai bebudak jebon yang lebih besar dari dia, Wira langsung tak takut. Bebudak jebon tu pulak yang takut dengan dia. Wira sangat berani dia akan mempertahankan diri jika terasa dirinya terancam walaupon sebenarnya kalau lah kena penampar si Merah memang sesia jelah dia tergolek cat. Tapi Wira berani dia langsung tak gentar atau mengundur diri. Sebab itu jugak saya namakan dia Perwira.


Bebudak jebon kat rumah ni terutama Ibu Bulat, Merah, Puteh dan Citam memang akan mengelak kalau ternampak si Wira nih sanggup mereka pusing jalan lain kalau nampak si Wira ada kat situ. Sebab si Wira ni suka sergah-sergah orang. Terkujat-kujat memasing kalau kena sergah  HAHAHA..


Kalau Kakak Baby dgn Baby Mushuk tuu, dorang cool saja kenkadang tu dicuit-cuit jugak lah si Wira tu tapi Wira pantas membalas, mencicitlah mereka lari. Yang paling jaki dengan Wira adalah si Min dia cukup tak suka dengan Wira menderam saja kalo jumpa tapi Wira steady je...ada aku kesah! kata Wira.


Mon pulak sangat sporting dialah yang rajin melayan si Wira bermain kengkadang tu tido sesama tapi tengok jugak lah kalau angin kus-kus dia datang tergolek telentang juga si Wira tu. Mereka bermain sebenarnya tak ada la gaduh ke apa cuma ganas sikit jelah..yelah anak jantan kann gitu la ropenya...


Wira tidur dengan Kakak Baby


menumpang kasih pada yang sudi


Mon dan Wira


the best buddy


forever and ever...




p/s: mummy love uols!!  sob..sob *sambil kesat hingus

14 comments:

Ms J said...

suke gambar last!! Suwiiittt!

Chika said...

Alhamdulilah.... Kehadiran Wira memeriahkan lagi keluarga Cik Meoww kite ni. Si Mon ngan Kakak Baby best la. leh share2 tido ngan Wira. Semoga Wira akan membesar dengan sihat dan kuat mcm mummy dia, Amin... Alhamdulillah, Syukur Wira dipertemukan dengan Family baru ni. Hanya Dia sahaja dapat membalas jasa dan kebajikan MM sekeluarga. Semoga MM sekeluarga di rahmatiNya sentiasa.. AMIN...

NoRHaNa CorNER said...

so cute nengok dia tido dlm selimut tu

Cat-from-Sydney said...

Aunty Meoww,
Teringat pulak masa Brad mula-mula sampai dulu....rupa dahlah lebih kurang. Tapi bila dah besar, dah sihat, dah comel, banyak betul cengkadaknya. purrr....meow!

m4rilyn said...

terharunya tingok Wira menumpang tdo ngan Kakak Baby*sambil kesat air mata kat baju MM*

ery D cat said...

yark!!!ingus hihihihi
apa2pun terima kasih menjaga semua...mereka menumpang kasih sesama tu..kakak baby sgh pnyayang???titon sesama tuh..:D

saya said...

eyeeekkkkk..mamy hingus bucuk yahhhh... hehehhee.. love the lil perwira too... sian dia. hugs & kisses to all of them.

Rosmawati Yusof said...

Wira permata hatiku... semuga Wira happy2 selalu...

marina anakcikbob said...

momon ikut sifat baik ati kakak baby..
sian wira..
sob sob..

Shaz Alina said...

alaa tomel tomel budak tecit mata catu ni... tiutnye dia tito gulung2 lam cimut tu... alaa tayang tayang...

[sila jgn gelak jugek sbb ni dialog sebenar tiada yg benar melainkan benar benar belaka]

Juz Call Me Sharz said...

sweetnyer dorang tido bersama-sama...rindunyer nak ada kucing byk2 mcm nie..

wira cam moja masa kecik2 banyak kutu..sakit mata..tapi bile dah besar gemok...skrg siap pregnant lagik... =))

akmalhilmi said...

wwiiiraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
comel
smga dia cpt membesar lagik :)

Mijoe said...

maunye meow lain tak takut dengan Wira. Diorang ingat Wira tu Captain Jack Sparrow la tuh... :)

habsahharun said...

sweet2 pie....anyonyonyo tomei2..