Friday, June 3, 2011

Romeo awak ke tu ??

Assalammualaikum.


Hari Rabu hari tu masa kat ofis dalam pukul 3 lebih dengar bunyi kucing menangis, sikit punya kuat suara bunyinya macam ketakutan. Heran juga sebab sebelum ni memang takde kucing pon kat ofis ni, bila keluar nampak sekor kucing masih kecil sembunyi kat bawah kereta  eh! macam....


Tanya kat makcik guard tu kucing siapa, macamana boleh ada kat sini? Makcik tu kata ada orang baru buang, orang tu naik motor dengan selamba je dia pergi campak kucing ni. Tak bertamadun punya orang! geram betul lah!!


Terus pergi lari kejap ke kedai mamak kat depan tu beli ayam dan ikan goreng. eh! menipu sangat lari..naik kereta ok. Basuh ayam dan ikan tu terus bagi makan. Tak pasti lah jantan ke betina sekali tengok macam betina, dua kali tengok macam jantan pulak huhuu... Tapi yang pasti kaler dan corak coat dia hampir sama dengan Romeo. Ingat Romeo lagi tak?? Kalau tak ingat klik SINI.



video


awak boy ke girl ekk? awak macam Romeo lah..



Lepas makan tu pon budak kecik ni masih menangis jugak terjerit-jerit punya lah kuat suara tu tak padan dengan kecik. Belek-belek jugak badannya kot kot ada cedera kat mana-mana, takde... TAPI TAPI nampak banyak kutu berlari-lari pada badannya. Tak boleh jadik nih! mintak izin bos nak balik rumah kejap nak hantar kucing katanya tapi sampai ke sudah tak masuk semula. Dah kawan mandikan budak kecik tu dengan kawan kawan sekali basah, camana citer...



on the way nak pulang ke rumah


kena aircond lena pulak dia



Lepas mandi tu barulah senyap member tuu...agaknya rasa selesa badan tu kan. Letak dalam bakul dengan si Wira tapi punya garang...menderam saja. Si Wira suka jer dapat kawan baru tapi member sombong bebenor. Mandikan Wira sekali bagi sama baunya tapi masih jugak tanak terima. Biarkan jer kat dalam bakul tu dua-dua, pastu dua-dua tertidur.



tidur beradap uols....


budak seiras Omeo


si Wira mata catu, si Wira ku cayang


budak ni besar sedikit dari Wira



Semalam tengok budak ni macam tak berapa aktif makan pon sikit je macam tak berselera. Tapi pagi tadi tengok macam dah molek harap harap sihat la hendaknya. Cuma dia lebih suka menyendiri dan masih belum nak berkawan dengan sesiapa. Mungkin belum biasa, harap lepas ni dia boleh serasi dengan si Wira. Ada lah si Wira tu kawan *senyum




p/s: belum boleh letak nama sebab jantina belum dipastikan ngeee~~

16 comments:

m.q said...

hiii to d new member

Lan Bingka said...

orang yg buang tu macam tau2 je kat situ ada penyelamat kucing..;)

ery D cat said...

selamat dtg pd member baru wira tu...yela kan x tau g jantina apa tuh...tp cumel...hihiih..wira dah ada geng :D

Just Call Me V said...

bulu die mcm suki..rindu nyer...

Adem and Cats said...

comelnya... Juliet mana? heehehee

ademncats

m4rilyn said...

ololo omey nye dia. jd anak yang baik taw sbb awak dah dapat mummy yg baik (dan gedik)

Rosmawati Yusof said...

Yeay Wira dah ada kawan.. bertambah rancaklah dier...

Juz Call Me Sharz said...

die suke mengurut la...

yeay!! wira dah ade geng... =))

meowmania kerja kerajaan ke leh kuar sesukati... =p

Cat-from-Sydney said...

Aunty Meoww,
kalau jantan, panggil dia Panglima (kawan Perwira, kan???). Kalau betina, errr....Tun Fatimah (serikandi, gitu!) purrr....meow!

Shaz Alina said...

alaa... ciannye... sape la buang si tecit tu ek... huuu~

x pe, mummy MM dah selamatkan n Wira pun ade leh jd kwn... yeayy! ^_^

MamaLeeya said...

tengok le anu dia.....hahaha...

Chumi dah tak de Lynn....:((

Mijoe said...

dah hantar meow ni gi check up?

aby said...

salam mm,
bertambah lg rezeki mm,
sbb berbuat baik sesama mahluk ..

ameen..

habsahharun said...

lepas ni wira ada geng la..

Nur Misnan said...

ohhhhh... how sweet.
may Allah bless cik momon
sekeluarga..

muaxxxxxx....

Admin said...

saya adopt satu boleh? SMS saya -0139307961