Monday, June 6, 2011

Sedih bila tak mampu untuk berbuat apa-apa.

Share
Assalammualaikum.



Semalam dalam perjalanan balik dari KL, bas yang saya naiki berhenti di salah satu hentian di Melaka (tak pasti hentian mana) Terkejut bila masuk ke tandas nampak seekor ibu kucing bersama tiga ekor anaknya sedang tidur lena di atas batu-batu yang telah dialas kain mungkin oleh sesiapa yang simpati melihat keadaan mereka.






Mungkin baru beberapa hari ibu kucing tu melahirkan anaknya. Macamana lah ibu kucing tu boleh sampai di situ? Di buang orang ke? Kalau dibuang orang memang kejam lah orang tu sebab di kawasan tu langsung tak ada kedai makan cuma gerai kecil menjual jajan.







Sedih betul saya melihat ibu dan anak-anak kucing tu. Sepanjang perjalanan saya teringatkan mereka. Lagi sedih sebab saya tak boleh nak buat apa-apa, kalau lah saya berkereta pada masa tu saya akan ambil mereka. Tak sampai hati saya nak membiarkan mereka di situ. Hancur luluh hati saya tiap kali terkenangkan mereka. Semoga sentiasa ada rezeki untuk mereka dan semoga Allah sentiasa melindungi mereka.




*****




Bila sampai di rumah pula, lagi berita sedih yang saya terima. Anak kucing baru yang saya bawa pulang hari tu telah menghilangkan diri. Kata adik anak kucing tu tak aktif dan tak mahu makan. Saya sedih sebab tak sempat nak merawat kucing tu namun saya terpaksa redha dengan ketentuan-Nya.






Itu semua di luar kawalan saya dan apa yang mampu dilakukan di kala ini hanyalah dengan mendoakan yang terbaik untuk mereka. Sesungguhnya Allah maha pengasih, maha penyayang lagi maha mengetahui segalanya.

suka?

20comments: