Thursday, July 21, 2011

Anak-Anak Ku. eh! macam dalam rancangan Macam-Macam Aznil pulak :D

Share
Assalammualaikum.




budak Wira ni kan memang seorang pembuli tegar. budak ni kalau membuli selagi dapat dikejarnya, diterkam, digeget. geget bukan geget gurau-gurau, memang kasik kunyah betul-betul. satu cara je nak selamatkan diri, mangsa kena melompat ke tempat tinggi sebab budak Wira ni belum lepas nak melompat tinggi lagi.




Baby Mushuk adalah salah seorang mangsa Wira. memang kesian sangat kalau tengok si Wira kejekan Baby Mushuk nih. si Wira pulak kalau kita marah ke, jentik telinga ke, babab montot ke bukannya reti bahasa lagi didaipnya tangan kita. sampai mak kata budak Wira ni ada something wrong agaknya sebab tak penah paham yang orang marahkan dia, selambeeeee jek! kita pulak yang sakit hati marahkan dia, dia tak paham.





Momon juga adalah mangsa favorite Wira. Semalam Wira buli Mon, dihambat si Mon ni ke hulu ke hilir, diterkam, digigit ekor sampai terjerit-jerit Momon. Kita dah hangin tengok nih, terus tangkap Wira, lepuk lepuk montot dia, jentik telinga dia sambil marah dgn intonasi yang bergitu serius sekali. Wira melawan sikit pon tak menunjukkan yang dia takut, jari kita pulak digegetnya.




Bila terlepas dari genggaman tu Wira terus cabut lari tapi belum sempat Wira nak menerkan si Momon semula, Min tiba-tiba datang terus perambat Wira dikejar sampai terpelosok member tu kat bawah lemari. Cakap kat Min "ok Min dah dah..." Min terus pusing pergi pada Mon terus cium-cium Mon. Min pon geram agaknya tengok si Wira ni dok buli Mon dari tadi.


baru padan dengan muka kamu! tahu pulak takut. Min saja lawannya baru bertemu buku dengan ruas. lepas tu Min asik peratikan Wira jer yang Wira pulak duduk diam tak bergerak kat bawah meja. Min memang garang pulak tu dia memang jaki dengan si Wira jadi bila kita marah Wira dia pon tumpang sekaki lah agaknya..


bila tengok Wira diam terkaku kat bawah meja timbul pulak rasa simpati. kesian pulak tengok budak mata catu tu terus lah ajak bebudak ni main kat luar, semua dok mengekor pesan kat bebudak ni main elok-elok tak moh gaduh-gaduh.











elok pulak perangai masing-masing. tengok Min ngan Wira boleh pon main together-gether. macam ni lah mummy nak, main sama-sama, baik-baik jangan gaduh-gaduh.

oleh kerana anak-anak mummy semua baik-baik belaka nanti masuk dalam mummy belanja blackwood okeh. tapi jangan lupa basuh kaki tangan sebelum masuk rumah tu yerk!

suka?

11comments: