Tuesday, July 12, 2011

Hadiah Istimewa lagi?? Oh! tidakkk.....

Share
Assalammualaikum.


hangin betul lah!
memang hangin sangat sangat!!


saya sangat berangin hari ni sebab balik lunch tadi ada 'hadiah istimewa' khas untuk saya terletak elok di sebelah pasu bunga mak saya. tak sampai hati pulak nak ambil gambar karang ada pulak yang kembang tekak, kembang hidung segala huhuu...


hari tu dapat 'hadiah' dari si Wira. kali ni saya rasa saya tahu siapa suspeknya. mari kita lihat siapakah calon-calon suspeknya *drumroll please*







yer mereka semua adalah orang yang sama... 
CITAM !!


pagi tadi kan hujan sekejap. kalau time hujan memang kem salam lah si Citam ni nak menjejakkan kaki ke luar rumah. dengan selamba dia akan melepaskan hajat kat dalam rumah. dari kecik sampai dah tua bangka masih tak berubah-rubah lagi perangai!


memang geram sangat sangat. rasa nak lepuk lepuk je montot dia tuh! gigih mencarik Citam, sekali jumpa Citam tengah tidur...





bila tengok dia tengah sedap tidur camni rasa tak sampai hati pulak nak lepuk dia. cair terus bila tengok muka dia yang tengah lena tidur tu, penat agaknya tolong mak memasak tadi huhuu... tak pelah simpan dulu. tunggulah hari sabtu nanti! jaga yer Citam grrrrrr.......

suka?

9comments: