Sunday, July 10, 2011

I Have a Confession To Make

Share
بسم الله الرحمن الرحيم


Assalammualaikum w.b.t



Dengan rasa tak bersalahnya, saya ingin membuat pengakuan bahawa saya meowwmania telah dengan sengaja meng-catnap si Putih kucing jiran saya pada hari semalam Sabtu 9 Julai 2011 bersempena dengan operasi BERSIH.


Saya ingin memohon maaf kerana saya tak sanggup dan tak boleh nak mengabaikan apabila melihat si Putih dalam keadaan comot dan menyedihkan. Walaupon saya sedar saya tak patut berbuat demikian kerana telah sedia maklum bahawa si Putih adalah kucing milik jiran saya tetapi saya memang TAK BOLEH, TAK BOLEH dan TAK BOLEH! nak menahan diri untuk berbuat demikian. Oleh itu saya telah menculik si Putih untuk memandikannya ngeeeeeee............




si Putih dengan muka tak puas hatinya


kan handsome lepas mandi hehe...



Putih jangan bagitahu tuan kamu taw,
ini rahsia kita berdua ngeh ngeh ngeh.....



p/s: sehari suntuk saya tak keluar rumah bimbang bertembung dengan tuan si Putih, berdosakah saya??  Niat saya baik tapi perasaan bersalah masih menyelubungi diri. Saya harus mencari kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar. Yer....harus!!

suka?

19comments: