Tuesday, July 19, 2011

Kalau Ada Sumur Di Ladang Boleh Saya Menumpang Mandi, Alhamdulillah Umur Saya Panjang Boleh Lah Kita Bersua Lagi

Share
Assalammualaikum w.b.t


apa khabar kawan-kawan semua?
diharap kawan-kawan semua berada dalam keadaan yang sihat dan gembira hendaknya


hari khamis minggu lepas saya ke shah alam atas urusan kerja selama empat hari di sana. jadual memang pack dari pagi hingga ke malam tapi biasalah budak baik sempat lagi curik-curik masa untuk program sendiri.


lagipon program tu penting, saya terpaksa menghadiri satu mesyuarat penting yang akan di pengerusikan oleh cikgu GtHans di tadikanya. mari sama-sama kita ikuti sedikit sedutan yang sempat dirakam ketika mesyuarat itu berlangsung...















walaupon terdapat sedikit kekecohan yang berlaku ketika mesyuarat tersebut berlangsung, akhirnya kami berjaya juga mencapai kata sepakat. biasa lah kami kan guru-guru yang profesional hekhek....


kami guru-guru yang berdedikasi dan bersatu hati *senyummm*


namun saya rasa terdapat konspirasi yang telah dirancang teliti oleh cikgu GtHans. beliau telah menjadikan si kecik Chibi ini untuk membalas dendam. kesalnya saya yang menjadi mangsa sedangkan cik Marie sepatutnya target mereka kerana cik Marie lah yang paling banyak membetah cadangan dalam mesyuarat tersebut ahahahahaha....


***


selepas tamat mesyuarat kami bergerak ke rumah pak ngah untuk melawat tiga anak bujangnya Leo, Puspa dan Aboo. pertama kali menatap wajah anak-anak bujang pak ngah hati terus jatuh terpikat. kacak nyeee....taff nyeee.....gebu nyeee.... rasa macam nak lepuk-lepuk jer ngeeee.....


yang depan tu Leo kat belakang pulak Puspa Nathan

hai awak! nape awak mok mok sangat nih *picit picit*








si Aboo pon tak terlepas hehe...

Aboo yang mudah terkujat ahahahah....





last last di Leo masuk dalam carrier dan Aboo masuk dalam cage untuk menyelamatkan diri masing-masing heheee....memang terbaik durian yang pak ngah hidangkan untuk kami hari itu..


pak ngah kopek saya telan, pak ngah kopek saya telan entah sampai berapa bijik saya pon tak perasan. natijahnya malam tu perot meragam tak boleh nak tidur huhuu...

oh! ini aiskrim mangga dapat jugak saya merasa aiskrim mangga buatan mak ngah hari tu hehe...


terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan yang sudi meluangkan masa melayan kehadiran saya, terima kasih kepada...

Umi dan rakannya Shima



p/s: semoga kita dapat berjumpa lagi di lain kali..

suka?

25comments: