Monday, July 11, 2011

Misi Meracun Tuan Si Putih

Share
Assalammualaikum.



Oh oh! Saya dah bagitahu tuan si Putih yang saya telah memandikan kucing beliau tanpa kebenaran. Dan reaksi beliau adalah...


hey! yang sibuk sibuk ni apahal?? suka suki jer mandikan kucing orang! jaga kucing sendiri jelah!! Saya akan buat report polis!!


cup cup! sebenarnya itu semua adalah ramalan saya, yang bukan bukan je saya fikir pada ketika itu kerana jiran saya tu kan baru berpindah ke sini jadi saya tak berapa mengenali beliau. Dan yang seronoknya ramalan saya silap belaka ihihihii...sebaliknya tuan si Putih kelihatan tenang apabila saya memberitahu beliau perkara sebenar. Mari ikuti perbualan antara saya dan tuan si Putih...




"eh sini kejap!" sambil melambai-lambai pada tuan Putih

"semalam saya mandikan si Putih.." takut takut berani memulakan perbualan

"hahh??" sedikit terkejut

"saya mandikan Putih, memula tu saya cuma nak letak ubat pada luka kat ekor dan kaki dia tapi sebab kotor sangat jadi saya mandikan dulu. kebetulan pulak masa saya mandikan anak-anak saya si Putih ni ada kat sini jadi saya hangkot sekali" terang saya panjang lebar sambil tersengih-sengih

"dia ni tak pernah mandi" sambil mengusap si Putih

"tau...semalam riuh rendah dalam bilik air, saya bukak silat gayung dia up silat baldi" masih tersengih

"haa??" muka konpius

"gurau ihihihi..." tersengih-sengih lagi

"oh tak per..." senyum terpaksa


agaknya tuan Putih ni ingat saya tak betul kot ahahahah...ahh lantak lah yang penting saya puas hati tengok si Putih tu dah bersih.


saya bukak lagi cerita pasal sunat tu pada tuan Putih, saya cakap kalau tak sunat nanti lama-lama si Putih ni kencing mancut-mancut sebelum terlambat ni baik sunatkan dulu. saya bagitahu lagi kalau buat kat klinik kerajaan kosnya lebih kurang tiga puluh hinggit sahaja.


saya kata kalau nak, saya boleh tolong telefonkan pejabat haiwan tu sebab nak sunat kucing kat sana kena buat temujanji dulu. nampaknya tuan Putih macam berminat. wahh kalau tuan Putih setuju saya lah orang yang paling gumbira *sambil angkat-angkat kening dengan Putih ahaks...



p/s: adakah saya akan berjaya meracun tuan Putih? sama-sama kita nantikan kisah selanjutnya jeng jeng jengg.....

suka?

10comments: