Friday, July 1, 2011

Nasib Si PUTIH

Share
Assalammualaikum.





Ingat lagi tak dengan si Putih ni? Ini Putih taw bukan Puteh, Puteh tu kucin saya...Putih lak kucin jiran saya. Dulu penah buat cerita pasal si Putih ni, masa tu baru-baru lagi si Putih dengan tuan dia berpindah ke kawasan rumah saya ni.


Pertama kali nampak si Putih ni rasa macam jakon sangat sebab si Putih ni memang betul-betul putih! langsung takde dot hitam ke, kelabu ke, kuning dan sebagainya pada bulu dia. Cuma putih seputih putihnya! Putih ni jantan, kacak dan badannya taff dan segak. Memang geram ah bila tengok budak Putih nih. Dia selalu datang kat rumah mungkin sebab kat rumah ni banyak kucin, bebudak jebon pon tak marah bila Putih ni datang memasing memandang tak berkelip, jakon jugak agaknya.






Teringin sebenarnya nak polok polok budak ni. Tapi si Putih ni tak mesra alam, penakot. Tapi ni cerita dulu lar....sekarang Putih dah liar. Sebelum ni adalah berbual dengan tuan dia, cadangkan soh sunatkan si Putih  tapi tuan dia ni jenis yang bela kucing memang tak sunat, kesian katanya. Terangkan jugak kebaikkan kembirikan kucing kat dia tapi yelah takkan kita nak paksa pulak kan.


So sekarang ni Putih asik la merayap mencari betina, badannya luka-luka sebab bergaduh. Selalu nampak dia merayap kat belakang rumah-rumah orang. Badannya pon dah comot dah macam kucing tak bertuan aje gayanya. Kesian. Sekarang ni tuan si Putih tu ada ambil 2 ekor anak kucing baru, kalau macam ni lah cara dia membela kucing akibatnya serupa lah nasib 2 ekor anak kucing yang baru tu nanti.






Semalam petang dua kali si Putih ni perambat MOMON sebelum tu dia dah perambat Teteh dulu. Teteh tu takpe lah sebab dia dah pandai melawan tapi kesian kat MOMON sebab Mon tak paham lagi nak gaduh atau berlawan-lawan ni. Mon macam blur je kenapa tetiba Putih tu serang dia, habis tertanggal-tanggal bulu si Momon. Mon nampak ketakutan, kesian betul.


Nak marah si Putih tu pon tak boleh, dah memang dia tu haiwan tak berakal, kita ni manusia yang berakal  buatlah yang terbaik kalau dah ambil keputusan nak membela haiwan peliharaan. Kalau sakit dicarikan ubat, dirawat dan seeloknya kembirikan lah mereka. Jangan lah bila tengah comel disayang-sayang bila dah comot dibiarkan. Mereka haiwan bertindak mengikut naluri, kita ni manusia adalah tempat mereka bergantung dan berlindung. Jadilah tuan yang bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan masing-masing. Mereka tak ada sesiapa selain kita.





p/s: pagi tadi Momon tak mahu makan, bila rasa kepalanya panas..demam rupanya Momon. Kesian dia, terkejut agaknya. Sebelum ke pejabat tadi suapkan Momon wetfood dengan ubat, harap-harap tak melarat.

suka?

11comments: