Wednesday, July 13, 2011

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Tak Dengar Cakap Mummy Akhirnya Kena Mandi :D

Share
Assalammulaikum.


ok first and foremost nak mintak maap. silap pulak amik video ni ingatkan video boleh rotate rotate macam picture, tak boleh rupanya yer tehehee... Jadi sila lah sengetkan  kepala masing-masing yerk... i'm sorry!!



video



Ini video malam tadi, rajin kan budak Momon ni menjilat bulu. Rajin la sangatttt....yang sebenarnya si Mon ni kena paksa mandi. Budak baik lar katakan....dari petang tu nampak dia duduk kat parit belakang rumah entah apa yang dia tengok leka sangat sampai kita panggil pon dia buat dekkkk jer. Langsung takde respon, kita ni dok la terjerit terlolong sampai nak terkeluar anak tekak tapi langsung tak menoleh takde perasaan langsung. Geram betul! Last last bior jelah dia kat situ karang kalau paksa-paksa lagi jauh dia pergi.


Malam tu keluar sekejap beli barang balik-balik abah suruh tengok si Momon. Berderau darah ingatkan kenapa, sekali tengok....bulu Momon yang putih tu dah bertukar menjadi kelabu entah kat mana dia berjuling eh! geram betul lah. Apa lagi terus la hangkot masuk bilik air mandikan, terjerit-jerit macam apa jer si Momon padahal mandi air hangat bukan air paip ponn... Drama sungguh! 



termenung member kena mandi malam-malam
kahkahkah....

suka?

17comments: