Tuesday, August 16, 2011

Alahai Anak Omak

Share
Assalammualaikum w.b.t



Alhamdulillah dah setengah bulan kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu, lebih kurang 2 minggu lagi jek nak raya! wahh teruja teruja!! Sebenarnya tak teruja ponn...dok mikir banyaknya duit raya nak kena keluar ahahaha...


Ok! kita abaikan perangai buruk saya ituh.


Cerita pasal malam tadi, kebiasaannya balik dari terawih saya akan terus menonong masuk ke bilik untuk memengsankan diri di atas katil. Memang sebelum pergi tu saya dah siap siap cuci muka, gosok gigi semua supaya balik terawih nanti saya tak perlu lagi ke bilik air yang akan terlebih dahulu melalui dapur. Saya cuba mengamal dan mengekalkan konsep no-more-food-afer-terawih. Sebab saya ni kalau bulan puasa orang lain makin kurus tapi saya makin gebu jadi makan selepas terawih dan kemudian masuk tidur adalah satu konsep yang amat MERBAHAYA bagi saya. Jadi harap maklong!


Berbalik kepada cerita tadi, bila saya melangkah masuk dalam bilik tup tup! saya tengok katil saya telah di-conquer oleh si Momon. Punyalah mulia tidur telentang kat tetengah katil hamboih hamboihh hamboihhhh *sambil laga-laga hidung dgn Momon


Dengan perasaan sayu saya menge-post status di pesbuk dengan harapan mendapat simpati dari rakan-rakan. Oh! rakan-rakan saya sangat prihatin di antaranya Cik Marie Elias, GtHans, kak Itajeff dan Cik Akazukin (bukan nama sebenar) Mereka mencadangkan supaya saya tidur jer di atas lantai, prihatin bukan?? grrrrrrrrr...................



"monn...tepi la sikit, mummy nak tidur gak"


bukak mata sikit.



tutup mata balik.


hnfff hnffff  *kembang kembang hidung menahan geram



tidur lena sambil menukar-nukar posisi tanpa rasa bersalah.



p/s: malam ini mummy akan menggunakan taktik baru!  muahaha hahahah hahahah *ketawa jaat

suka?

17comments: