Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran Dari Kami

Share
Assalammualaikum w.b.t


Cepatnya Ramadhan berlalu, tinggal berapa hari jer lagi giliran Syawal pula akan menjelma. Seronok ke nak beraya? Bagi saya biasa-biasa jer...tak teruja mana pon asik dok pikir pasal budak-budak jebon pulak.


Pertamanya nak kembirikan MIN.


Pastu si Putih kucing jiran tu pulak dah macam kucing terbiar dah, dalam kepala ni dah berkira-kira nak culik dan sunatkan aje. Sebab dia asik bergaduh jer, hari tu sampai bengkak bernanah tangan dia kena gigit sebab bergaduh. Bila dah sakit tu pandai pulak duduk diam kat belakang rumah buat muka kesian. Dahh tak kan kita nak biarkan, jadik lah misi (nurse) sementara dok rawat luka dia, hidangkan makan minum dia. Tapi bila dah baik bergasak lah lagi haihhh... Itu yang memang nekad nak sunatkan dia, kalau kucing sendiri senang kita nak gayakan masalahnya kucing org kan. Tu yang dok pikir...


Si Wira pulak kite risaukan mata dia tu, sejak akhir-akhir ni mata dia asik berair jer. Sebenarnya satu mata yg rosak tu perlu dijahit rapat. Vet kata tak boleh biar macam tu jer. Dulu masa pegi jumpa Vet Wira masih terlalu kecil jadi Vet nasihatkan tunggu dia besar dulu. Ingatkan bila nak sunatkan Wira boleh buat mata dia sekali tapi bila tengok mata Wira asik berair jer macam risau pulak. Tulah dok pikir nak buatkan mata dia dulu ke apa...? Dok pikir lagi...pikir..pikir...


Eh! penat la pikir. benti jap! Bagi can mummy nak berhoyeh-hoyeh kejap yerk bebudak jebon.


Sempena Aidilfitri yang akan menjelang tiba ni, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua teman-teman, pembaca dan pengunjung blog ini jika ada di antara kata-kata saya selama ini samada yang disengajakan atau tidak telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri. Ampun dan maaf saya pinta dan semoga Syawal kali ini akan membawa seribu kemenangan untuk kita semua, Insya'Allah...






eh! jap ekk...






oh! bebudak jebon ni sibuk nak ucap selamat hari raya jugak. haa sila lah sila....


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V





Happy Hari Raya 
Sorry Body & Soul

suka?

18comments: