Saturday, August 20, 2011

Sudah 2 Tahun :D

Share
Assalammulaikum w.b.t



Untuk menambah pengetahuan am kawan-kawan saya nak beritahu bahawasanya pada hari ini, 20 Ogos 2011 genaplah 2 tahun usia blog meowwmania.Syukur alhamdulillah bernapas lagi hiks... 



Saya telah melalui satu pengalaman yang menyeronokkan sepanjang mengaktifkan diri berblogging mengenai haiwan peliharaan saya.


Mendapat ramai kawan dan menambah ilmu pengetahuan sudah semestinya. Seronok dapat berkongsi cerita sedih dan gembira apabila memiliki minat yang sama. Seakan berbicara dengan mereka yang sangat memahami hati dan perasaan walau ada di antara kita yang tidak pernah bersua muka.


Oleh yang demikian, saya telah menghasilkan satu award simple yang dinamakan "Amazing Animal Lovers Blog Award"  untuk disebarkan kepada rakan-rakan pencinta haiwan sekalian sebagai tanda persahabatan dan penghargaan.


Dan berikut adalah empat blogger pertama yang dipertanggungjawab untuk menyebarkan award tersebut :

1) Cik marie @ Bila aku bersuara
2) Chika @ FullHouse
3) Cikgu GtHans @ ShomeyShayang
4) Kak Kimora @ rosmawatiyusof


Di harap kiranya Cik Marie, Chika, cikgu GtHans dan Kak Kim sudi menerimanya.






Sila ikuti langkah berikut :


1. Kopipes award ini di blog anda (klik kanan 'Save Image As..') *setkan size kpd 'original size' utk gmbr yang terang, jelas dan nyata.


2. Ucapkan terima kasih kpd orang yg telah mengetag anda (letak nama dan link blog)


3. Jawab soalan berikut :

a) Apakah amazing-nya memiliki blog pencinta haiwan ini?

b) Dalam ramai-ramai jebon meowwmania, jebon manakah yang berkenan di hati anda dan mengapa?


4. Tag 4 blog pencinta haiwan yang anda rasakan Amazing!


5. Maklumkan kepada 4 blogger tadi bahawa mereka telah di tag.




Award ini hanya lah untuk suka suka, sekadar untuk merapatkan lagi silaturrahim di kalangan blogger pencinta haiwan. Terima kasih kerana sudi menerimanya, saya amaaaaat berbesar hati *sambil kembang-kembang hidung



Semoga kita semua tidak akan pernah berputus asa dan akan terus melakukan apa yang kita lakukan, membantu sesama makhluk tuhan sama ada manusia mahupun haiwan, insya'Allah 



p/s: kawan-kawan boleh juga rujuk di SINI untuk melihat senarai blog pencinta haiwan

suka?

10comments: