Saturday, September 24, 2011

Adik baru..??

Share
Assalammualaikum.



ini lah dia si comel yang saya ceritakan semalam. si comel yang dibuang di kawasan rumah saya. saya tak pasti berapa usianya tapi yang pasti dia masih boleh dikategorikan sebagai kucing yang masih kecil, lebih kecil dari Wira. 


Adik saya yang menjumpai si comel ni, peliknya menurut kata adik si comel ni berada di tengah-tengah jalan raya di depan rumah saya. mula-mula adik ingatkan kucing dah mati tapi bila adik datang dekat dia mengiau, terus adik amik bawak balik ke rumah. Pelik kan...kenapa kucing ni boleh berada kat tetengah jalan? ada orang yang sengaja letak ke? kalau ada orang letak pon kenapa dia tak bangun? sedangkan si comel ni boleh berjalan....musykil betol saya. macam-macam yang bermain di fikiran saya ni tapi takpe lah yang penting si comel ni dah selamat.



si comel ni boleh dikatakan dalam keadaan yang baik cuma kurus dan tangan sebelah kanan tu macam ada luka sikit bila saya perasan si comel ni berjalan dgn mengangkat sedikit tangannya. dan walaupon comot tapi beliau bersih dari kutu atau kurap. gambar diambil selepas dimandikan, dah bersih tapi kat hidung ada tiga titik hitam yang tak boleh dihilangkan hehe...



lepas mandi bagi makan blackwood campur 
wetfood Qiut dan sedikit air.


berselera betul si comel ni makan siap berbunyik-bunyik lagi hehe...



si Wira pulak asik membontot jer si kecik ni...marah benor dia


lepas mamam macuk kotak lalalala~~~












alahh sama jer...kamu tu bukannya baik sangat pongg
kah..kah..kah

suka?

20comments: