Sunday, September 18, 2011

BabyMushuk Hebat Memburu?? Tak payah memburu nak oii....mummy dah belikan seguni blackwood dah ni...

Share
Assalammualaikum.



Sejak akhir-akhir ni perasan BabyMushuk jarang ada kat rumah. Bila balik tu dia tidur berjam-jam macam tiga hari tak tidur. Pelik jugak.


Pastu kat bawah pokok rambutan tu selalu ada bulu burung. Mak kata dua tiga kali nampak BabyMushuk yang bawak balik.


Memang daripada dulu perasan BabyMushuk hebat memburu, dia penah bawak balik ular, sesumpah, anak ayam, katak, burung lar yang selalu sangat. Dia bukan makan pon tapi saja suka buat main. Beberapa kali sempat selamatkan burung yang dia buat main, tapi ada jugak yang tak bernasib baik jumpa jumpa dah tak bernyawa. Kesian..


Jiran kat belakang rumah tu selalu bagi makan burung pipit yang banyak kat kawasan rumah ni. Kat situ lah BabyMushuk selalu pergi, suka betul dia peratikan burung-burung tu makan. Terhendap-hendap sambil menggoyangkan ekor menunggu masa yang sesuai nak menerkam mangsa.



gigih memerhatikan burung-burung makan



tengok! dah ada bulu burung....
mesti dah ada yang menjadi mangsa haihh


***


BabyMushuk! 
kamu buat apa tuu...??!




kamu tangkap burung kan..?!!




huhh masih tak mengaku!! *sambil kepal-kepal penumbuk

suka?

16comments: