Thursday, September 29, 2011

Cepat sembuh yer sayang...

Share
Assalammualaikum.


Semalam tengah hari dah amik si Min. Masa amik tu Min masih dalam keadaan separuh sedar, mata pon masih separuh terbukak, muka sedih jer hehe..kesian pulak. Doktor cakap semua ok jahitan pon cantik tak ada apa-apa masalah dan dah boleh bagi makan kalau dia nak.


Sampai rumah tu Min diam jer agaknya masih keliru tak paham apa yang berlaku pada dirinya. Si Mon dgn Wira datang terus cium-cium Min, Min diam jer takde respon. KakakBaby pulak datang dekat Min terus hissing hissing hehe..bau lain agaknya Min masih diam takde respon.


Bagi Min makan dia makan sikit terus keluar rumah ingatkan nak gi mana rupanya nak pee hehe...baiknya sakit sakit jalan terkepit-kepit masih bersusah payah nak pee kat luar.


Petang tu balik terus tengok Min kat dalam pet carrier, bila panggil je nama dia terus Min keluar naik kat atas riba bukan main manja lagi...tengah sakit la katakan.


mata kuyu masih belum sedar sepenuhnya..


tengok! bukan main peluk lagi, manja sungguh...


perut dah botak kena cukur hehe...


punya lena si Min tidur beriba, sampai naik sengal kaki ngan montot kite...nak alihkan tak sampai hati pulak huhuu takpe lah bagi can orang tengah sakit kann...



haa ni pulak muka pagi tadi masih dengan muka kesian tapi muka kesian tu tak boleh nak mengaburi mata mummy yg terer ini yer..., konon buat muka kesian tapi dah boleh melompat atas meja tinggi tu. haaa....nak berlakon la tuh konon nak soh mummy rasa bersalah buat dia sakit. tak dapek lah nak oiii....



p/s: cayang Min Tomin...muahhhh!!

suka?

17comments: