Sunday, September 4, 2011

Khabar Sedih Di Hari Raya...

Share
Dulu saya selalu menganggap bahawa semua doktor haiwan, pemilik petshop atau mereka yang bekerja dengan haiwan adalah pencinta haiwan sejati atau yang mempunyai perasaan sayang EXTRA terhadap haiwan. Pada fikiran saya atas sebab perasaan itu lah yang membuatkan mereka melakukan apa yang mereka lakukan, bekerja dan sentiasa berada di sekeliling haiwan.


Tetapi kini saya sedar tak semua yang bekerja dgn haiwan itu memiliki perasaan sayang terhadap haiwan kerana segelintir drpd mereka melakukannya semata-mata hanya kerana WANG! Sebab itu lah terdapat kes-kes seperti doktor haiwan yang cuai menjalankan tugas kerana menganggap haiwan itu cumalah haiwan, sikap pemilik petshop yang tidak bertanggungjawab dgn tidak memberi kehidupan dan keselesaan yang sepatutnya terhadap haiwan yg terdapat dalam kedai mereka.


Dan yang terbaru ini, kes PETKNODE CAT BOARDING yang menawarkan khidmat boarding kepada pemilik kucing yang pulang bercuti ke kampung berakhir dengan tragis apabila kucing-kucing yang diamanahkan kepada mereka ditinggal dan dibiarkan bergitu sahaja dalam keadaan yang menyedihkan tanpa makan minum sehingga meragut nyawa beberapa ekor kucing yang ditinggalkan di situ.


Bayangkan bagaimana perasaan kita apabila menemui kucing kita dalam keadaan yang menyayat hati sedangkan selama ini kita menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan diberi perhatian yang tidak berbelah bagi walaupun mereka cuma haiwan peliharaan.








Hancur luluh hati melihat si comel ini terbaring lesu. Dapat saya bayangkan penderitaan si comel ini selama ditinggalkan. Manusia jenis apakah yang tak berhati perut, buta hati sanggup membiarkan makhluk yang tidak berdosa ini tanpa perasaan belas kasihan! Sampai hati mereka!! Saya masih tak boleh menerima kenyataan ini semua berlaku!! Memang kuasa duit boleh merubah manusia yang tamak haloba menjadi syaitan tetapi INGAT tiada kuasa yang dapat menandingi kuasa Allah s.w.t dan sesungguhnya Allah itu maha adil.



Ya Allah.... Kau beri lah hukuman yang setimpal kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap penganiayaan ini Ya Allah... supaya ia menjadi pengajaran dan  tauladan kepada kami semua, amin...





Kepada rakan-rakan yang terlibat, yang menghantar kucing-kucing kesayangan di sana, saya ucapkan takziah dan bersimpati dengan apa yang berlaku. Saya dapat merasakan kesedihan kamu semua dan percayalah pasti ada balasan untuk mereka yang melakukan kezaliman ini.



“Diseksa seorang perempuan (kerana) seekor kucing yang telah dikurungnya sehingga mati kelaparan. Dengan sebab itu masuklah perempuan itu dalam api nereka.”

(Hadits riwayat al-Bukhari)



p/s: rakan-rakan boleh ikuti update terkini di page KTAJ

suka?

18comments: