Friday, October 21, 2011

Kucing Ada 9 Nyawa ??

Assalammualaikum w.b.t


Korang pernah tak dengar cerita yang kucing ni memiliki 9 nyawa. Betul ke?


Rekod tertinggi yang pernah dicatatkan adalah kucing jatuh dari ketinggian 46 tingkat (bukan jatuh bebas tetapi sempat memantul-mantul dari kanopi ke kanopi yang lain) Dan kucing tersebut masih boleh bangun dan berjalan walaupon agak pincang sedikit. Jadi betul ke kucing ada 9 nyawa?



Dari penelitian menunjukkan bahawa semakin tinggi kucing jatuh semakin kurang kecederaannya. Hal ini terjadi kerana kucing mempunyai daya sistem keseimbangan dan koordinasi yang luar biasa. Sistem inilah yang membantu kucing ketika jatuh ia akan menyedari dalam posisi apa ia jatuh. Kalau ia jatuh dalam posisi terbalik, ia akan segera memutarkan tubuh sehingga kakinya berada di sebelah bawah, dan bersiap untuk mendarat. Dengan cara di mana ia tidak menjatuhkan kedua-dua kakinya serentak sebaliknya membuat sedikit regangan serta menurunkan kedua belah kaki hadapannya dahulu.






Kalau manusia jatuh dari tmpt tinggi dgn kaki ke bawah sekalipon mesti dah patah riuk kan..tapi untuk kucing agak berbeza kerana kucing akan meregangkan kesemua kakinya dan dalam  kelajuan tersebut  udara mampu menahan ia drpd jatuh secara terus. Dan apabila ia mula mendarat kakinya secara tidak langsung dibengkokkan sedikit untuk mengurangkan efek jatuhnya.



Rahsianya adalah kucing memiliki apa yang disebut Terminal Velocity yang bermaksud daya graviti ke bawah sama dengan daya ke atas sehingga daya total pada objek (kucing) adalah sifar. Pada saat mencapai titik Terminal Velocity, kucing akan merasa rileks dan nyaman sehingga mampu mendarat dengan baik dan mampu mengurangkan efek jatuhnya. Sebab itulah makin tinggi jatuhnya makin ia ada kesempatan untuk merasa rileks dan mempersiapkan tubuhnya untuk mendarat dan jika ia jatuh dari tempat yang rendah maka impak jatuhnya akan lebih terasa bergitu juga tahap kecederaannya.



Kesimpulannya kucing cuma ada satu nyawa sama seperti mahkluk tuhan yang lainnya. Jangan pulak ada yang buat eksperimen untuk membuktikan kononnya kucing ada 9 nyawa. Saya pernah terbaca dalam satu forum tentang seorang hamba Allah bercerita yang abangnya pernah merendam kucing ke dalam minyak tanah dan menyalakan api hanya kerana ingin melihat jika kucing tersebut boleh terselamat dan mempunyai nyawa lain. Sangat kejam!!



Jika kucing mengalami kemalangan dan masih terselamat maka masih panjang lah umur belum tiba ajalnya. Ajal maut itu di tangan tuhan jangan kita pulak memandai-mandai nak mengambil alih kerja tuhan.



Penganiayaan atau penyeksaan terhadap binatang itu adalah satu kezaliman. Islam melarang keras kepada umatnya melakukan sebarang bentuk kezaliman baik sesama manusia mahupun haiwan.



10 comments:

UniMeOw said...

kekucing kat kolej uni slalu jatuh...
plg tggi pon dr tgkat 4..

idop,,tapi jd cacat. ada yg lumpuh...
:'(

spatutnya dyorg kna jatuh dr tgkat 56 kan...lg tggi lg kurg kcederaan..eheh...:D

marina anakcikbob said...

aku pon xdapat bayangkan diorang buat experimen campak kucing semata2 nak tengok impak terminal velocity.

dulu masa kecik2 aku pernah tgk kat national geografi tunjuk mendalah ni la.
dia pakai kucing putih comel giler, fluffy giler. tapi kita xboleh bajet tinggi mana diorang lepaskan kucing tu sebab diorang pakai background kaler gitam legam. tu bagi mengelakkan org takut tengok diorang lepaskan kat tingkat 4 kot. huhu..

umi_e said...

Bukan orang Melayu je yang ada kepercayaan kucing memiliki 9 nyawa tapi orang Barat pun sama :D hehehehe

Nazirah said...

kelebihan si comel..

aby said...

salam mm ..
mieow ada 9 nyawa !!!!
mmm.....

hari ni 2 ekor mieow adult mati ..
seblm magrib td gali lobang besar tanam kedua dua ekor dlm satu lobang ..

cik sakdi said...

kucing ada 1 nyawa je,tapi manusia xleh ke nak wat skill kucing mendarat tu? hahaha

Misz Pinkie Winkie said...

tempat tinggi sangat berisiko utk si meow
takutnyaaa..apapon pengawasan tue mmg sangat penting.

tetiber teringat duke yg nakal ;(

Salhah Suhot said...

jom join GA

bighagenjo said...

sangat sedih kadang2 baca n tgk penyiksaan yg di buat kat kucing2 ni, sedih gile..

thnks 4 da info

RedRoza said...

cenggitu rupanya ye...kucing atau makhluk Allah yang lain semua ada kelebihan dan kekurangan utk lalui kehidupan harian di dunia ni.

Thanks for d info.
I like to follow u.

http://redroza-aarzie.blogspot.com