Monday, November 21, 2011

Tetamu Di Pagi Sabtu

Share
Assalammualaikum.


Hari Sabtu pagi lepas semasa berjalan kaki nak pergi mengaji terserempak dgn sekor kucing betina ni. Sekali tegur jer terus dia mengikut jinak betul langsung tak takut dgn orang. Kucing tu ikut sampai ke rumah cikgu mengaji saya, sampai kat sana tanya kat cikgu...


"kucing siapa ni cikgu..?"

"entah saya pon tak tahu, tapi selalu dia datang sini. Tadi saya kasik ikan dia tak mahu.." terang cikgu mengaji saya panjang lebar


sepanjang mengaji kucing tu duduk menunggu saya kat sebelah kaki. bila saya balik kucing tu cuma tengok jer... Sampai rumah lepas salin pakaian saya terus ke dapur tiba-tiba saya nampak kucing tu dah ada kat dapur. aikk..pelik betul! bila masa yang kamu dah tercongok kat situ hahh??


kucing tu nampak macam dah biasa dgn orang tak takut langsung dengan orang asing dengan bebudak jebon pon dia buat tak nampak jer...selamba masuk meng-explore rumah pastu lepak atas kusyen. bebudak jebon pulak yang memasing menderam, kembang-kembang bulu bagai hehe...


saya bagi blackwood dia hembus-hembus jer jamah pon tidak. kenyang agaknya. mungkin kucing bertuan kalau kucing terbiar mau licin blackwood tu ditelan. bila usap-usap kepala rasa macam ada kesan luka yang dah berkudis, bergaduh agaknya. kucing siapa lah ni, kurus jer kotor pulak tu keee baru kena buang?? hurmm entah lah...waallahualam




dua jebon yang jakon dgn kehadiran pendatang baru


terhendap-hendap umpama askar menghendap musuh


cakk! 


comel kan..


tapi mata sebelah kiri tu macam cacat sikit


tak tahu lah cacat semulajadi atau cacat sebab cedera ke apa


kurus panjang jer badan dia


si Mon ngan Wira yang tak sudah-sudah mengekor kucing tu....kembang kuncup hidung memasing dok ambik bau hehe







Wira kamu tak payah la nak berangan mengorat si kucing tu....tak lama lagi hilang lah balls kamu tuu :p



petang ahad tu tengok kucing tu dah takde mungkin dia pergi ke rumah cikgu mengaji saya semula. takpe lah kat mana-mana pon harap-harap dia selamat. bila-bila nak datang balik silalah...nak balik untuk makan tidur saje pon takpe...pintu sentiasa terbuka :)

suka?

12comments: