Tuesday, December 27, 2011

Anak-Anak Kucing Malang

Assalammualaikum w.b.t


26hb Disember masa cuti Hari Krismas hari tu saya ke pejabat kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Selesai melaksanakan tugas saya nak terus pulang ke rumah.


Dalam perjalanan pulang semasa turun bukit selepas selekoh tajam saya terkejut bila melihat beberapa ekor anak kucing keluar dari kotak yang diletakkan betul-betul di tepi jalan. Mesti orang baru buang ni...sebab semasa perjalanan datang ke pejabat tadi memang takde.


Orang yang membuang tu pon agak-agak lah. Ada ke diletak jer kotak tu kat tepi jalan kompem kompem lah kucing-kucing tu akan keluar dari kotak tu. Karang kalau kata takde otak marah pulak ke memang nak suruh kucing-kucing tu mati dilanggar kenderaan hishhh....


Saya cuba undur balik kereta kerana dah terlajak, tengah dok undur ada pulak kereta datang dari belakang. Saya terus nekad letak kereta di bahu jalan. PON! POONNN!!  kena hon huhuu... SORRY!!  Saya dah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Saya kena jugak ambik budak-budak kecik tu kalau dibiarkan memang tak panjang lah umur mereka.


Bila sampai keempat-empat anak kucing tu masing-masing dah keluar dari kotak dan mengiau tak henti-henti. Masih terlalu kecil dan dibuang tanpa ibunya. Kesian. Saya tengok kesemuanya kurus dan sakit mata. Terus saya masukkan mereka kembali ke dalam kotak. Saya tak jadi pulang ke rumah saya terus patah balik ke pejabat. Sampai pejabat saya terus mencari makcik guard di situ, makcik guard tu pon suka kucing. Beliau selalu memberi kucing liar di kawasan tu makan.


Saya beritahu pada makcik guard yang saya tak boleh membawa pulang anak-anak kucing tu dengan keadaan rumah saya yang daif dan masih dalam proses pembinaan. Jadi keadaan di rumah sangat berserabut, tongkang pecah pon kalah huhuu.... Jadi saya cadangkan supaya saya dan makcik tu jaga saja anak-anak kucing tu di sini. Makcik guard tu pon setuju dia mencadangkan supaya saya meletakkan anak-anak kucing tu dalam sebuah stor yang tak pakai. Bila tengok stor tu luas, besar dan selesa saya terus setuju! Saya berpakat dengan makcik guard tu yang kami akan bergilir-gilir menjaga mereka. Beliau akan tolong beri makan pada waktu siang dan saya pula akan datang memberi makan pada waktu malam.


Selepas berbincang dan berpakat membawa berkat. Saya terus keluar membeli beberapa tin wetfood dan ubat sakit mata untuk budak-budak kecik tu. Kibbles pon saya beli jugak untuk budak-budak besar yang selalu temankan makcik guard di situ.


Jom kita tengok gambar bebudak cinonet tuh...


putih ada 2 satu putih kuning...

satu putih kelabu

kuning oren lak ada dua..

yang satu aktif..


yang satu lagi kurang aktif sebab kena sakit mata yang teruk

tapi mereka dah pandai makan sendiri


kalau masih belum pandai makan tentu saya akan saaangat bersusah hati...


haaa....budak ni yang paling aktif, nak melompat jer keje dia...rasa macam nak picit picit....


piciiittttt............. eh! ihihihii


lepas bersihkan dan letak ubat mata, 
mata si kenit ni dah boleh bukak :))


saya letak ubat ni, jejebon saya sangat serasi dengan ubat ni sebab ubat mata ni ada antibiotik sekali. Tapi sebab anak kucing tu masih terlalu kecil saya cuma boleh letak sekali dalam sehari saja. harap-harap sesuailah dia dengan ubat ni..


***


Terima kasih makcik! Lega rasanya bila ada orang yang sudi membantu dan berganding bahu. Orang kata.. berat sama dipikul ringan sama dijinjing jadi segala urusan menjadi mudah. Seronok bila berkongsi minat yang sama dan sangat sangat seronok bila dapat membantu makhluk kecil yang tak berdosa itu :))



p/s: tak sabar nak tunggu bebudak cinonet ni besar sikit, tak sabar nak mandikan kamu ngeh..ngehh

23 comments:

marina anakcikbob said...

heiii.. kenapa picit dia. nak picit jugak!! huh.
sian kan? orang2 yg buang ni xpikir. bodoh.
kalau ada cctv, memang kena ah diorang kan.
semalam g mines, kat parking lot ada kucing.
kurus gila. memang bawak dry food tapi tak sempat bagi sebab nampak pun masa dah gerak n dia jalan laju2.
sian sangat macam mana org boleh pikir nak buang kat parking lot.

Naz said...

terima kasih mummy

*Vivilicious* said...

yeah!! ada anak baru!! nak yg kuning tu! heeh

nurulsulzali said...

mesti comel bile dah sihat sikit.. kaler kucing the boot!

Apik Pehe said...

aihhh..sanggup diorang buang..ehmm..geram tengok yang oren tu..hahaha

NoRHaNa CorNER said...

kesian dia...apapun good job MM

m4rilyn said...

biul ke hape buang tepi jalan raya cenggitu.

nur anis said...

kesiannya kecik-kecik dah kena buat..nasib baik ada yang sudi menjaga..:)

ctpayong said...

Alhamdulillah...kakCT berdoa agar kamu dirahmati dan diberkati atas keperihatinan mummy kat kitties tu sume.

* HeeBum and HaeBi * said...

ololo.. puss in bootttt

Nur Misnan said...

how sweet u both.. Aunty Nur kalau ada pun tulun jaga sama...

Cik Siti said...

nasib baik jumpa ngn MM..alhamdulillah pnjg umur budak2 ni...moga kamu sentiasa dimurahkn rezeki dan sentiasa diberkati...aminn...

Ms.fida said...

Thank God you found them! sapa punyer keje buang kat tepi jalan?! heartless tul.si kenit yg sakit mata tuu,get well soon k meow2 (>'.'<)

Ms.fida & Kitties.

UniMeOw said...

ni yg ceq nak beletiaQ ni!!!
kot ye pon nk buang ank kucg,,letak la dkt market..c2 byk mknan...letak tepi jalan makan angin je la dak2 2...grrrr!!!


nway,,,comeeeyyyy sgt2 dak2 ni...
alhaldulillah semua selamat..:)

MM kirim salam kt mcik gad 2 aw..:D

Cat-from-Sydney said...

Aunty Meoww,
Kalau si Mon tau, mesti jeles giler tuh. Meriahnya ada kitten reramai tu...kalau kita dapatlah makhluk2 spesis suka buang kucing ni, memang kena picit. purrr....meow!

GtHans said...

sedihnya..mujur MM yg jumpa..

e.t.t.y said...

suka sangat mandikan kucing. meh dtg sini aunty. mandikan mell, kaboy, kadik. hahahahhaa...

ery D cat said...

bgslah MM..seronok tgk keadaan mcm ni...ada geng yg ske kucing leh bantu membantu pastu org paham niat kt nak menolong anak2 meow ni...mereka seronok..kt pun seronok kan..alhamdulillah...semoga mokcik guard dan kamu dimurahkan
rezeki ya...

HyRoSSa aNniE said...

tq MM...sbb tulun dak2 tu...sian kan...sape la yg gamak buang dorg tepi jln mcm tu...semoga awk...dirahmati Allah selalu...

kem salam syg kat makcik guard tu... =)

Suara Kalbu said...

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... shuwitttttt nya diorang...

Sapa lah yang sampai hati buang diorang ni. Menci tau

zaza said...

metacih mummy selamat kitowang.....love u

maya said...

Alhamdulillah.. Mummy tlh selamatkn bdk2 jebon ni.. Allah yg dpat bls budi mummy..

Chika said...

Saya doakan Meowwmania dan mak cik guard ni sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.. semoga Allah permudahkan semua urusan kalian, Amin... jahat la orang tu buang kucing tepi jalan. mujur mm jumpa.