Monday, December 5, 2011

Bila Si Jebon Berkhatan

Share
Assalammulaikum w.b.t





Ini lah budak yang berkhatan aritu hehe...kesian kan tengok muka dia yang innocent tuh tapi toksah lah terpedaya. nama jer baru lepas sunat tapi perangaiii.....baik yang amat!


Udah lar mata tu berjahit sama tapi perangai buas tu takdek pon nak menunjukkan tanda-tanda nak slow-down. sekarang ni geng dia si MaMolly tu lah...kalau bergurau memang adegan ganas 18SG, bergumpal-gumpal berdua selamba jek kita pulak yang seram menengoknya hishh...





karang kalau dileraikan sekejap jer dah bergumpal balik. tak makan saman betol! cara lain kena lah asingkan budak berdua tu. biasanya hangkut si Wira bawak masuk dalam bilik ingat nak kurung jer dia kat dalam bilik tu sensorang tapi madang jer tak sampai hati jadi terpaksa lah temankan.


bila dah dok dalam bilik tu pempaham jelah...membuta buat taik mata jelah kejenya. dengan kita kita terbabit sama huhuu.. *alasan*


dua minggu lagi baru pergi jumpa vet balik. tang sunat tu dah setel cuma vet kata nak pantau tang mata. harap-harap mata Wira baik jelah takut juga sebab vet kata kalau keluar nanah ke hape kena datang cepat-cepat. mintak jauh lah...



p/s: cepat sembuh yer buah hati mummy sorang ni *sambil lepuk-lepuk montot Wira

suka?

20comments: