Friday, December 16, 2011

Kesian MaMolly...

Share
Assalammualaikum.





cuba tengok muka si MaMolly ni sedih jer kan...memang tengah sedih pon. MaMolly tengah dalam kesakitan, kucing jantan jiran belakang rumah tu dengan tak semena-mena telah membelasah Molly.


pelik betul takde angin takde ribut tiba-tiba jer dia serang Molly. padahal Molly tu betina, kecik lagi pulak tu apsal pulak dia nak naik angin dengan Molly. kot yer pon nak beradu tenaga carik lah yang sepadan. kesian Molly...






habis luka-luka badan Molly agaknya sambil Molly lari tu sambil dia dicakar dan digigit sampai tergolek-golek Molly, habis kotor dan berdarah badan dia. kesian sangat tengok. mujur lah saya cepat sampai untuk selamatkan Molly kalau lambat agaknya sampai lembik si Molly dikejekan. masa bersihkan badan dan letak jeli gamat pada luka Molly, dia diam jer tapi badannya masih mengigil dan bulunya masih dikembangkan tanda dia masih dalam ketakutan.


tulah susahnya kucing tak sunat nih suka sangat nak carik pasal. orang lain yang tak sunatkan kucing, kucing kita pulak yang jadik mangsa. dah banyak kali kucing jantan tu carik pasal ngan bebudak jebon, kalau setakat si Merah ngan si Putih tu tak heran sangat sebab dorang dah pandai nak mempertahankan diri. ini si MaMolly pulak yang kena. Kesian Molly  :((

suka?

16comments: