Friday, December 23, 2011

Kucing berhibernasi??

Share
Hibernation atau hibernasi adalah keadaan di mana seekor haiwan melakukan tidur panjang ketika menghadapi musim dingin. Ada sejumlah mamalia yang melakukan hibernasi. Salah satunya adalah beruang.








Beruang melakukan hibernasi untuk mengurangkan jumlah kalori yang digunakan oleh tubuhnya. Selama berhibernasi, suhu tubuh beruang akan menurun. Dan jantungnya akan berdegup lebih perlahan. Hibernasi ini boleh berlangsung selama 3-6 bulan atau lebih. Uniknya selama berhibernasi beruang tidak akan bergerak sedikitpun dari posisinya. Selama itu mereka tidak akan makan atau minum. Kerana pada musim dingin mereka sukar mendapatkan makanan dan itulah tujuannya beruang melakukan hibernasi.


Tapi jangan terkejut kucing juga boleh berhibernasi. Buktinya si MOMON. Sepanjang musim hujan ni Momon boleh berhibernasi sepanjang hari di rumah. Cuma perbezaan di sini beruang berhibernasi untuk menyimpan tenaga kerana kekurangan makanan pada musim sejuk tetapi Si Momon ni pulak berhibernasi kerana kekenyangan. Betapa beruntungnya kamu Momon! Kalau tak bersyukur jugak tak tahu lah...










p/s: tapi bagus jugak budak ni hibernate kuranglah sikit dia nak merayap. Adakah kucing anda juga berhibernasi??  hehe..

suka?

13comments: