Tuesday, December 20, 2011

MODE: Bersiap-sedia menghadapi banjir.

Share
Assalammualaikum w.b.t



Semalam satu hari hujan. Bila tengok air sungai penuh, gundah-gulananya hati. Ada di antara kawasan rumah yang berkedudukan rendah telah pon dinaiki air. Ramai yang dah mula bersiap-sedia nak menghadapi banjir.


Alhamdulillah hari ni hujan berhenti tapi masih dalam keadaan berjaga-jaga bila Jabatan Meteorologi meramalkan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana akan berlaku di beberapa tempat di negeri Johor dan dijangka berterusan sehingga hari Khamis 22 Disember 2011 (macam weather girl plak rasa ngee......)


Risau memang risau. Bertambah risau bila mengenangkan bebudak jebon yang sepuluh hekor tu. Kalau banjir ke mana lah saya nak hangkut jejebon tu semua?? memang takde cara lain terpaksalah saya berendam air tinggal di rumah bersama mereka seperti tahun sebelumnya.


Bayangkan lah dengan keadaan rumah yang dah macam tongkang pecah, ditenggelami air, dengan bebudak jebon tu lagi. nak memenuhi keperluan dan kehendak dorang, makan tu tak kisah la sangat tapi bab poo pee tuuuuu...azab weyy SEPULUH hekor yer SEPULUH hekor. Bayangkaannn................


Apa yang boleh dilakukan pada ketika ini adalah berdoa. Doa tu kan senjata orang mukmin :) Tapi kalau dah tertulis kami bakal menjadi mangsa banjir untuk kesekian kalinya. saya dan bebudak jebon redha menerimanya sobs..sobs...*sambil kesat hingus



hujan-hujan macam ni bebudak jebon bukannya reti nak risau ke hape membute buat taik mata jelah kejenya haihh....













***


Surah ni mak suruh saya amalkan pada musim hujan untuk elakkan banjir. Ayat 44 daripada Surah Hud, bismillahirrahmanirrahim...



Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".  
[Surah Hud ayat 44]

suka?

15comments: