Monday, December 19, 2011

Molly & Wira

Share
Assalammualaikum.



WIRA

hari khamis lepas dah bawak Wira jumpa vet untuk bukak jahitan kat mata dia. vet tu terkejut bila dia hanya jumpa 2 benang jahitan saja yang lain katanya hilang, saya kata bukan hilang tapi si Wira ni dah bukak sendiri huhuu...penah sekali saya bersihkan mata Wira saya perasan macam ada benang hitam yang tertanggal rupanya memang betul lah haihh mujurlah tak apa-apa...Wira betul!



MAMOLLY

Molly pula nampaknya luka kat badannya dah semakin sembuh mujurlah Molly tak demam. bimbang jugak saya bila tengok jumlah luka kat badan dia tu terutama pada bahagian bawah badan sehingga ekor memang penuh dengan kesan cakaran dan gigitan, ekor Molly besar membengkak. mungkin sebab cepat dibersih dan diletak gel gamat maka lukanya tak melarat alhamdulillah...


Wira selepas sunat ni saya perasan dia dah mula menunjukkan perasaan sayang pada adiknya Molly. masa kejadian Molly dibelasah hari tu Wira kelam-kabut mendapatkan Molly dicium-cium dan dijilat-jilat adiknya tu, terharu saya tengok.


sampai sekarang ni Wira dan Molly selalu dilihat bersama-sama. Berbeza kalau dulu Molly selalu dibuli tapi sekarang Wira selalu menjilat membersihkan Molly mungkin simpati dan faham adiknya dalam kesakitan.




pokoknya di mana ada Molly di situ ada Wira ^_^

suka?

19comments: