Friday, January 28, 2011

Mari Menutup Jejak Bersama Abg MON Yang Macho Lagi Gagah Berani.

Hari ni abg MON nak ajar adik-adik semua cara-cara untuk menutup 'jejak' a.k.a bahan buangan yer... Di harap adik-adik dapat menumpukan sepenuh perhatian dan memberi fokus terhadap video yang telah abg MON siapkan ini. Dalam video tersebut ada diterangkan dengan jelas dan nyata cara-cara yang paling selamat dan sempurna bagi menutup bahan buangan tersebut.






Dengan cara ini anda telah berjaya menutup 'jejak' dengan selamat. Kompem dan pasti tidak akan ada yang dapat mengesan 'jejak' kita lagi.


Ini bukan JANJI tapi PASTI!!


Sekian, selamat mencuba hekhek...

Thursday, January 27, 2011

Wahai Hati, Sabar Lah.....

al-kisahnya tadi kan kena migrain, sakit kepala kat belah kiri. dah tu mata asik dok mengenyit je menahan sakit. dalam pukul sepuluh lepas menyiapkan apa-apa yang patut terus keluar beli ubat kat farmasi, biasa beli Ponstan tapi kali ni amoi kat farmasi tu dok promote pil baru ntah mende namanya kecik je macam ubat selsema tapi kaler kuning "satu biji satu linggit duaploh sen saja" kata amoi tuh. boleh lah moi tak kisah lah janji boleh hilang migrain nih...


lepas beli ubat terus balik rumah, telan ubat terus masuk bilik nak tidur. migrain ni kalau dapat makan ubat pastu dapat tidur insya'Allah cepat la sikit hilangnya. baru masuk bilik nak baring dengar si Momon menjerit dari luar pastu dok cakar-cakar pintu nak masuk. aduhaii Mon...bukan tanak kasik masuk karang kalau masuk bukan setakat migrain silap-silap boleh meroyan dibuatnya. budak tu bukannya reti nak duduk diam. abaikan dulu lah budak tuu.. tutup kepala dengan bantal terus tidur Zzzzz.....


sedar sedar tengok jam dah pukul 1.10 tapi kepala masih sakit uwaaaa....menci taww napa tak hilang lagi....kat ofis tengah banyak keja pulak kalau takde keje harus dah amik MC. haihh...bangun lah mandi basuh kepala lelama kot kot la lega kan. baru je bukak pintu sekali....astagfirullah-al-azimm......ni siapa punya keje nihhhh???


tengok! kertas surat khabar dah bersepah
bukan sikit ni je taw....


ini...

ini...

ini....

dan ini

dan budak inilah yang punya angkara, mesti mereka 3 beranak ni berkerjasama bersama, memang tak syak lagi!


eeeee menci taww!! kot yer pon nak balas dendam tunggulah orang sihat dulu uwaaaa.....rasa macam nak nanges guling-guling jek! orang dah la tengah sakit kepala ni wuwuwu.....


nak tak nak kena la kemas jugak kang kalau tak kemas mak pulak yang kemas, hari ni kan hari khamis mak macam biasa puasa sunat senin khamis tu kesian la kat dia nanti kan. jadinya kutip la sume-sume, sapu sapu sambil bebel-bebel....


sibuk orang nak mengemas sibuk jugak lah dia nak tolong kemas, sabo jelah...


time orang nak menyapu time tu jugak lah dia nak menyusu, sabo sabo...



p/s: tak payah susah susah nak masuk class anger management ke hape jaga bebudak jebon ni je dah cukup, tengok ko boleh sabo tak dengan perangai dorang nih grrrrrrr..........

Wednesday, January 26, 2011

Boleh Saya Join Sebantal??

brrrrrrrrrrr
sejuknyaaaaa...........


hari ni cuaca sejuk, dari pagi tadi kejap kejap hujan, kejap kejap hujan. masa balik rumah lunch tadi, tengok bebudak ni masing-masing muka layu jer dok terpisat-pisat baru bangun tidur. terus la pegi dapur nak bagi makan, memasing jalan pon slow motion jer. aikk! selalu bukan main teruja lagi nak mengikut orang ke dapur pantang dengar pinggan berketik berdesup lari mengejor... ini sudah mendatangkan kepelik kan.... tapi blackwood dengan wetfood abis jugak dorang bedal walopon muka tu layu. lepas makan tu memasing terus menonong naik balik atas bantal sambung tidur. ewah ewahhh bukan main seronok lagi....makan tidur makan tidur jelah korang cuaca sesejuk camnih ekk... *jeles









p/s: sonoknya tgk dorang tido rasa macam nak join sebantal *sigh

CITAM!!! Banyak Comel Muka Kamu!!

CITAMMMM!!!!



hamboi hamboi hamboiiii.....banyak comel muka kamu duduk kat dalam tuh, habih berbulu-bulu semua baju tu nanti, keluar cepat!!


alaa....rilek r mummy, orang nak tolong basuh baju je pon....kecoh ah mummy nih





p/s: baik takdek baju kecik ngan suar kecik kat dalam bakul tuh...

Tuesday, January 25, 2011

Luahan Hati Baby Mushuk.


Hello kawan-kawan mummy semua. Nama saya Baby Mushuk, saya nak citer sikit pasal mummy saya.... Lately kan mummy sangat sibuk, busy memanjang takdek masa langsung nak main-main saya. Mummy selalu balik lambat pastu bila balik jer mummy selalu cakap dia penat lah, sakit kepala lah, sakit pewot lah nanti mummy baring jer...tasuka taw!



Mummy cakap mummy banyak kerja kat ofis kadang kat rumah pon mummy buat kerja jugak sebab tu mummy takdek masa untuk kiteorang. Kalau tak mummy selalu main-main dengan saya dan adik-adik. Sekarang saya yang kena layan adik sensorang, penat la jaga adik MON ngan adik MIN tuu...dorang nakal.



Saya sayang adik MON ngan Adik MIN tapi dorang selalu  buli saya. Dorang kan... degil! Tanak dengar cakap saya....adik Mon ngan adik Min selalu lelari dalam rumah pastu panjat-panjat gobok nanti habis semua barang jatuh pecah pastu bila mak marah dorang buat tak tahu jek. Tak baik kann adik Mon ngan adik Min nih... kesian kat mak kena kemas. Nanti petang bila mummy balik mesti mak cakap kat mummy, pastu mummy marah adik Mon ngan adik Min. haa padan muka!



Tapi kan kesian pulak saya tengok adik kena marah, nanti mesti saya pujuk-pujuk adik sampai adik tertidur. Kalau adik tidur senang sikit, saya pon boleh tidur sekali.








Kena cukup rehat nanti kang kalau adik dah bukak mata saya langsung tak boleh nak rehat. Adik tu asik nak mainnnnn jek...


penat taww.....



[MODE : very the busy]

Thursday, January 20, 2011

'Flying Girl In Russian Wood'. FAKTA atau AUTA?

Hai semuaaa!!
Oh! hari ni cuti kan...so selamat bercotiiiiii


Jom layan video nih. Video yang bertajuk 'Flying Girl in Russian Wood' yang menjadi perhati ramai di Youtube baru-baru ini. Rakaman budak perempuan sedang terbang di hutan yang dikatakan terletak di Russia sambil diperhatikan oleh ibunya. Jom layannn.....




"i have recort this video while going for a long walk with my dog. i cat´n explain myself what was happened there. i was very surpriset. i didt´n expect to meet anyone, becorse it was in a afield wood."
[petikan kata-kata oleh Jevgenij2000 ]


Jevgenij2000, orang yang merakam video ni sedang membawa anjingnya berjalan dalam hutan apabila tiba-tiba anjing tersebut seperti gelisah dan terus berlari. Apabila mengikut anjingnya maka ternampaklah situasi seorang budak perempuan sedang terbang dan berdiri disampingnya seorang wanita berkemungkinan ibunya. Bila anjingnya tadi berbunyi budak perempuan tadi terus turun dan melarikan diri bersama ibunya.



p/s: boleh caya ke nih??

Tuesday, January 18, 2011

Caya MIN Ci Gadis Manis

aii cume !!



nama caya MINEE tapi mummy panggil caya MIN tapi caya lagi cuka bila mummy nyanyi lagu Min Tomin Tomin tuu, mummy caya pandai nyanyi taww...cedap core dier hikhik..



Caya ada corang abang nama dia MON pentatot cebab dia penatot. Tapi kan...dia kan...cuka buli caya taww caya tak cuka dengan dia, dah la demok penatot lak tuh, ekcen je lebih...tak cuka taww!



mummy caya kan dia acik wisau cebab caya kurus, mummy suwoh caya mamam manyak-manyak pastu mummy cuwoh caya demok macam abang Mon. caya tanak lah...caya tak cuka demok...caya nak kurus, kurus kan cantik demok mana cantik. apa la mummy caya tu owang pompuan mesti la kena jaga badan kan..



kepada mummy,
cila tiru macam caya..



p/s: walopon mummy caya demok caya tetap cayang mummy caya, caayanggg dia!

Monday, January 17, 2011

Saya Lah MON Yang Gagah Berani.

hai semua!!




Nama saya MON. kadang-kadang mummy panggil saya Montel, kadang tu Momon, kadang pulak Mon Tomon Tomon...entah pape lah mummy tuh! Mummy selalu ketawakan saya, mummy kata mata saya juling lah, slow lah, penakot lah....jahat taw mummy saya tu, nyampah tengok dia!




kepada semua saya nak buktikan saya bukan penakot macam mummy saya cakap. saya sebenarnya lebih berani dari si MIN yang kurus keding tuh cuma saya tak nak lah riak, kan berdosa... kan kann....



okey sekarang saya dah berada di atas pokok, tu nampak tuuu...saya akan panjat kat tempat yang lebih tinggi! ingat saya takot keeee.....kacang blackwood jelah!!



haaaa.....amacam, hebat tak saya memanjat pokok?? ni kalau mummy saya nampak mesti dia terkejut tak percaya sebab dia selalu ejek-ejek saya. kawan-kawan mummy semua tolong bagitau kat mummy yer... saya bukan penakot seperti yang digembar-gemburkan.



oh! lagi satu tolong bagitau dia saya tak juling...ada ke muka gini handsome di kata juling choiii~ tolong lah jangan percaya cakap mummy saya, itu semua fitnah belaka.



kepada mummy,
saya HANDSOME dan GAGAH BERANI !!  buwekkk~

 

Sekian, terima kasut!

ISNIN: Masa Untuk Bersuka Ria Sudah Tamat. Sila Tukar Mode 'Bekerja Demi Sesuap Nasik'.

Assalammualaikum....


Moshi..moshi... Hepi mOnday everyone!! hari untuk bersuka ria sudah tamat hari untuk bekerja sudah mula, kerja jangan malas! Ok macam mana weekend korang seronok? hepi? gembira? teruja? well for me...weekend kali ni tiada agenda istimewa no more jalan-jalan makan angin bcoz dah terover budget HAHA.. just keluar jalan-jalan kat mall that just 10 minutes away form home *sigh


SATURDAY

Destinasi yang diterjah Secret Recipe. Simpy the place to be ngeeee~


1 yummy Pumpkin Soup!

pumpkin soup ini sgt sedapppp...kalo tak caya tanya saya
sangat sesuai dimakan pada waktu sejuk atau sebelum menonton wayang ngeeee~~




sebelum bercerita dengan lebih lanjut nak tepuk tangan dulu... pap! pap!pap! *tepuk tangan. Cerita ni sangat best okeyy....tak rugi lah bayar tiket 8, 10 hengget memang berbaloi dan sangat puas hati. Keadaan penonton yang tak senang duduk diselang selikan dengan jeritan kerana banyak babak kejutan yang tidak dijangka dalam filem ini.


Kisahnya bermula apabila pasangan suami isteri Johan (Syamsul Yusof) dan Aisyah (Liyana Jasmay) yang baru berkahwin kerap diganggu makhluk halus. Misteri gangguan makhluk halus ini berlarutan sehingga mengganggu ketenteraman pasangan ini lalu Aisyah mendesak agar suaminya mencari tahu punca gangguan tersebut.


Mesti korang dapat bayangkan bila tiba babak hantu nak keluar...dengan bunyinya *deng deng denggg, dengan gelapnya *mesti lampu terpadam, dengan mata pelakon yang semakin membesar *mata hitam ke kiri ke kanan, kejap lagi keluar lah hantu tu kann...aku macam biasa lah masih lagi menggunakan taktik menutup telinga macam selalu. Ramai aku tengok orang kalau tengok cerita hantu mesti tutup mata, rugi beb tutup mata tak nampak sebab pada aku bab terkejut tu pasal bunyiknya so kalau tak dengar takde lah nak terperanjat terkujat-kujat tak gitu...tapi tu aku larr orang lain mungkin lain..


Tapi kesimpulannya, filem ni memang terbaek wokkkk.....10 bintang aku bagi! Korang tak kan jemu dan tak kan dapat menjangka endingnya sangat superb! ada bayang-bayang filem hollywood gitew


SUNDAY

Destinasi yang diterjah Secret Recepi sekali lagi heheeeeee............


1 Green Apple Celery.


1 Mozarella Baked Fish. yummeh!!


makan itu MESTI, coolblog itu PASTI  hikhik...


Lepas makan pegi menonton wayang lagi. Movie kali ini The Shock Labyrinth: House Of Horrors, filem seram jugak tapi filem seram dari Jepun. Tapi biasa lah kalau cerita seram stok stok Jepun ke Korea ke mesti ceritanya macam konfius sikit kejap cerita masa kini kejap kang masa lalu pastu balik masa kini pastu ulang balik masa lalu eh! konpius banyak lah kalau aku. Susah derr nak paham lagi-lagi macam aku yang slow sikit nih malas nak pikir pon iyer ah! gasak lah tengok aje yang penting tengok sambil tutup telinga untuk KESELAMATAN hakhak......


sampai sekarang aku tak paham cerita nih....


Lepas menonton wayang tu rasa macam lapar pulak huhuu...buruk betol perangai. Tapi nak buat macam mana dah perot tu yang berbunyik-bunyik mintak di isi, ikut kan aje lah yerk hakhak. Terasa nak makan ayam goyeng jadi marilah kita singgah ke KFC tehehee.....


nampak itu kepak...itu SAYA munyer!! heee.....


lepas makan masuk Parkson kejap, Parkson tengah SALE. Sale memanjang Parkson nih tak paham aku. Hajat di hati nak cari bedsheet ngan comforter baru, tengok tengah ada 70-80% cantekkkk...sambar satu!


kat celah tu pon kaw nak bergambar. biasa lah jakonnn...



p/s: eh! The Tourist pon aku dah tengok, not bad lah citernya tapi aku lagi suka tengok Angelina berlakon dalam citer Salt lebih banyak aksi. The Tourist ni macam kureng aksi yang mendebarkan tapi tapi...Angelina sangat santek dalam filem ni okeh. Paling berkenan kat outfit beliau yang very the lawa lagi lagi part dress yang ada 'ekor' tu sangat comel okehhh.

Thursday, January 13, 2011

Fakta Istimewa Tentang Kucing

Assalammualaikum.

Kucing adalah haiwan yang comel dan manja ia amat sesuai dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Rasulullah juga berpesan untuk menyayangi kucing kerana baginda sendiri memiliki kucing bernama Mueeza.




Antara sifat Mueeza yang Rasulullah suka adalah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar azan seolah menjawab azan. Dan setiap kali pulang ke rumah Mueeza juga akan bangun dan tunduk lalu baginda akan mengelus lembut kucingnya. Baginda sangat menyayangi Mueeza sehingga pernah ketika mahu mengambil jubah dan Muezza tidur di atasnya, lantas baginda memotong bahagian itu supaya tidak menganggu tidur kucingnya. Dan pada setiap kali Rasulullah menerima tetamu, akan selalu terlihat baginda sedang mengendong Mueeza atau pun diletakkan Mueeza di pahanya.




Jelaslah baginda bersifat penyayang dan sangat menyayangi kucing. Baginda pernah bersabda bahawa kucing termasuk perhiasan rumah, ia tidak dikotori sesuatu bahkan tidak ada najis. Kucing adalah haiwan yang badan, bulu dan bekas dari sisa makanannya adalah suci.




Mengapa rasulullah begitu pasti akan kesucian makhluk yang bernama kucing ini. Sedangkan ada di antara kita yang masih ragu-ragu nak memegang kucing. Kajian-kajian yang dijalankan telah menemukan beberapa fakta sahih tentang KEISTIMEWAAN KUCING.




Fakta 1:

Pada kulit kucing ada otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Lidah kucing pula ditutupi oleh benjolan kecil, runcing, benjolan ini bengkok seperti kikir/gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Dan ketika minum, tak ada setitis pun air yang jatuh.

Lidah kucing juga merupakan alat pembersih canggih, permukaannya yang kasar dapat membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa dibadannya.




Fakta 2:

Telah dilakukan penelitian kucing dari pelbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut dan ekor.

Pada bahagian-bahagian itu diambil sample dengan usapan.Selain itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. Cairan yang ada di dinding dalam mulut dan lidah juga diambil sebagai sample.




HASILNYA:

1. Hasil dari kulit luar negatif berkuman, walaupun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sebanyk 80% dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang dari permukaan lidah juga negatif berkuman.

4. Jika berkuman, kuman itu kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang ada ditubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya <50,000 kuman.

5. Tidak ditemukan kuman lain.

Hasil penelitian mendapati kucing tak memiliki kuman dan mikroba. Air liurnya bersih dan membersihkan.




Fakta 3:

Hasil penelitian doktor dan experimen di makmal, ditemukan bahawa badan kucing bersih. Lebih bersih dari manusia.

Pada zaman dahulu kala kucing dijadikan sebagai terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz itu baik buat kesihatan, mengelus kucing juga boleh menurunkan kadar stress.

Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Klinik Haiwan Baitharah, kuman jarang ditemukan pada kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Jadi kesimpulannya apabila kucing anda sihat maka ia bebas dari kuman.




Kucing tak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pembiakkan bakteria, terutama pada takungan air (lumpur, takungan hujan, dll). Kucing sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak akan banyak berjemur dan tidak juga berada berdekatan dengan air. Supaya bakteria tak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor utama tiada kuman pada kucing. Juga terdapat hadis yang mengatakan kucing itu tidak kotor atau najis sehingga dibolehkan untuk berwudhu dengan air di bekas minuman kucing kerana ia suci.


kredit pictures to Love Meow


Begitu luar biasanya kucing itu, sehingga menjadi haiwan peliharaan kesayangan Rasul. Namun sayangnya banyak sekali dari kita yang berpandangan negatif pada haiwan ini, ada yang mengatakan kucing dapat menyebabkan asma kerana bulunya, ada juga yang mengatakan kucing boleh menyebabkan jangkitan kuman toxoplasma.Padahal kalau teliti lebih lanjut, toxoplasma itu adalah bakteria yang dapat hidup pada binatang apa saja. Pokok pangkalnya bagaimana kita menjaga dan mengekalkan tahap kebersihan diri dan kawasan sekeliling.

Entri Kesucian Kucing dan Toxoplasma


[credit to Joe Pondok Blogger]


L O V E CATS A V E   CAT.