Monday, February 28, 2011

Mengambil Kesempatan Dalam Kesempitan

Share
Assalammualaikum.


Hai semua!
Selamat Hari Senin.



Semalam perasan budak gemok Merah jalan terdengkot-dengkot, berjalan dengan kaki diangkat sedikit ke atas. Gaduh ke? cek cek takde pulak kesan kena gigit ke apa..cari-cari luka pon macam takde. Agaknya terseliuh, kot melompat dari tempat tinggi...yelah member tu kan badannya kusssss smangat.


Member bila dah sakit memang tak bergerak lah, duduk tidur kat satu tempat jer... Tak dulik dah keadaan sekeliling, sampai nak makan pon main order jer  "meow meoww meowww!!"  mengiau selagi orang tak hantar makanan, sabo jelah...



patik hidangkan makanan, sila lah bersantap tuanku...

aloloo luka parah ni...nak bangun pon tak boleh

elehh mengada je lebih tuu...



p/s: si Merah memang pandai mengambil kesempatan dalam kesempitan

suka?

Saturday, February 26, 2011

Bebudak Jebon Mogok Lapar weiiii...

Share
Hai semua!
Selamat berhujung minggu..


Oh nak stori sikit, bebudak jebon kat rumah ni tengah mogok, mogok lapar. Nak dijadikan citer stok Blackwood bebudak ni dah habis jadi sebelum stok baru sampai belilah dry food yang lain dulu sebagai ganti. Tapi memasing punya lah eksen kemain, bila dituang kat mangkuk memasing main hembus-hembus pastu blah... rasa pon tak nak. Geram betol! Yang tak banyak cekadak si ROMEO ngan JULIET, letak apa saja kat mangkuk semua dorang bedal. BAGUS. Oh! si MERAH pon gud boy jugak yer.. beliau takde pon perasaan terkejut ke pelik ke teragak-agak ke...selamba je mengonyah. Memang takde perasaan langsung HAHA....gud gud!


Inilah dry-food yang menjadi pilihan saya



Dulu pernah terbaca mengenai Vitacat ni kat blog geng kucing jugak tapi blog siapa dah terlupa (siapa yg empunya blog sila angkat tangan!) First time baca tu agak tertarik jugak sebab Vitacat ni adalah produk keluaran tempatan dan satu-satunya produk makanan kucing yang HALAL. So masa nak beli dry food kat petshop ternampak Vitacat nih, terus ambil dan baca kandungannya. Vitacat adalah formula yang sesuai untuk semua baka kucing, ada pengawalan bulu gugur, najis yang kurang berbau dan yang paling penting TIADA lemak binatang, daging dan organ dalaman binatang ternakan.



nampak sungguh menyelerakan bukan?
eh! ada ailebiu lah...



Dan daripada kajian yang saya buat sendiri dengan meng-usha laman web rasmi Vitacat. Dapatlah serba sedikit informasi mengenai Vitacat dan hasil kajian tersebut mendapati...


Vitacat adalah makanan kucing kering daripada ramuan ekstrak minyak ikan tuna dan campuran beras. Ramuan ini berjaya menggantikan daripada penggunaan poultry meat & meat by product kepada extract minyak ikan tuna yang mana ia halal dan lebih baik kerana tiada bahan pengawet diperlukan [maknanya tiada garam]. Dengan mengekalkan kandungan protein sebanyak 30% dalam ramuan ini membuatkan Vitacat setanding dengan makanan premium kucing yang lain malah harganya jauh lebih murah.


Setanding makanan premium?? hurmm...sangat menarik. Memandangkan ini adalah kali pertama saya mencuba Vitacat ditambah dgn anak-anak jebon yang eksen-eksen belaka maka saya masih belum boleh memberi sebarang komen. Tapi jika benar apa yang dijanjikan oleh pihak Vitacat itu sendiri dan bukan indah khabar dari rupa, saya pasti produk ini boleh menjadi pilihan pertama penggemar kucing di Malaysia terutamanya bagi pengguna yang beragama Islam.



p/s: buat sementara waktu saya berikan campuran Vitacat dgn wet-food dan sedikit air kat bebudak nih, dah serik dgn kejadian si comel tak boleh kencing. Dapat berbangga dengan produk buatan Malaysia. itulah harapan saya!

suka?

Thursday, February 24, 2011

:: Hikayat Sang Momon ::

Share
Kisah seorang anak yang duka nestapa kerana merajokkk,
Kasihan sungguh dia pon menyorokkk...

[sila nyanyi mengikut tema lagu 
Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak]




Mengapa sang anak berduka nestapa? 
dan mengapa beliau menyorok? 
Mari kita ikuti kisah selanjutnya.....












:: TAMAT ::



p/s: kihkihkih...

suka?

Wednesday, February 23, 2011

EnJoy tHiS ViDeO!

Share
haipp! tu apsal kuyu je mata?!!
mari kita sego-kan mata dengan menonton video inih, layannn


teng teng tengggggggg...


hehe..


source - Animal Space



p/s: terus sego bijik mata lepas tengok :D

suka?

Tuesday, February 22, 2011

:: Main Nyorok-Nyorok ::

Share
kakak, kakak watpe kat situ?


kakak main sembunyik-sembunyik lar...jom main!


main sembunyik-sembunyik tu camane?


sembunyik lar... camniii


hooo...camni hehh?


dah sembunyik takleh cakap, diam-diam jelah ish ish...


kalo dendiam camana orang nak nampak?


memang lar tanak kasik orang nampak, apa la abg MON nih!


mana cume orang nih?? Abg OMEO OoOoo Abg OMEO!!


shhhhh......dendiam r adik YULI nih! kiteorg tgh main sembunyik-sembunyik lar


okok....adik nak sembunyik jugak!



sembunyik lar sembunyik! karang kena sorok ngan antu kopek Kak Limah baru tawu!!









p/s: dorang semua ni dah boleh main sesama yeayy!! berjaya :D

suka?

Monday, February 21, 2011

REVIEW FILEM : Sanctum

Share
"This movie will take audiences on a breathless journey across plunging cliffs and into the farthest reaches of our subterranean world"

SANCTUM



SINOPSIS:

Kisah ekspedisi sepasukan underwater cave divers ke dalam gua bawah air yang terbesar, paling indah dan paling jauh dapat dicapai dari sistem bumi. Ekspedisi mereka tiba-tiba terganggu apabila ribut taufan melanda tatkala mereka sedang berada jauh di dalam gua dan terpaksa berjuang melawan deras air yang semakin memenuhi gua tersebut.

Frank McGuire adalah seorang penyelam yang berpengalaman terpaksa mencari alternatif lain apabila jalan keluar terputus untuk menyelamatkan beberapa orang rakan termasuk anaknya sendiri yang turut sama berada di dalam gua pada ketika itu. Dengan kekurangan bekalan dan peralatan mereka terpaksa bergerak melarikan diri sambil mencari laluan ke laut untuk keluar dari gua itu. 




Heronya...Richard Roxburgh (Frank)
dan anaknya Rhys Wakefield (Josh)


lokasi pengambaran di Gold Coast, Queensland, beberapa gua di south Australia dan Village Roadshow Studio


ayah dan anak sama-sama hebat!

like father like son gitew...oh! Josh ailebiu *tetibe...


memang tidak diNAPIkan, cerita ni memang hebat. takde sikit pon rasa bosan tatkala menonton. rasa teruja dan cemas bila menonton sebab movie ini adalah berdasarkan kisah benar jadi dapat dibayangkan perasaan mereka yang terlibat semasa kejadian sebenar.


berjuang bermati-matian untuk menyelamatkan diri
dan insan tersayang

the question is.....

Can they survive, or will they be trapped forever?



Sanctum Official Trailer




p/s: dua tiga kali jugak meleleh airmata tgk citer nih, sedih woo...tak caya gi tengok!

suka?

Sunday, February 20, 2011

Kita Bukan Sekadar Tuan Mereka TETAPI Kita Adalah Segalanya Bagi Mereka.

Share
Assalammualaikum w.b.t


Hello animal lovers!
Hello cat lovers! and Hello readers!!







Ini kucing saya Momel. Walaupon Momel dah hilang dari jagaan saya lebih kurang empat bulan yang lalu kenangan bersamanya masih segar dalam ingatan saya. Semasa saya melihat kembali gambar-gambar dan video Momel yang masih dalam simpanan saya, tiba-tiba saya teringat saat-saat ketika Momel sakit tidak boleh kencing. Ketika itu mak mencadangkan supaya saya memberi Momel minum air rebusan barli untuk melawaskan kencingnya. Alhamdulillah setelah dua tiga kali diberi minum air rebusan barli, Momel terus boleh kencing. Lega rasa hati, bersyukur tak terhingga.







Keadaan ini juga pernah berlaku pada Puteh, pada ketika itu saya masih kurang pengetahuan dan kurang pengalaman dengan situasi begitu. Sehari semalam juga Puteh sakit, kemuncaknya saya menghubungi vet dan meminta jasa baik beliau untuk membuka klinik pada hari Ahad kerana tak sanggup nak melihat keadaan Teteh pada ketika itu. Vet memberitahu pundi kencing Teteh dah keras kerana penuh dgn air kencing mujur masih belum terlambat untuk mendapatkan rawatan, tiub dimasukkan untuk mengeluarkan air kencingnya.




Ini bukan isu yang baru sebenarnya, situasi ini selalu terjadi terutamanya kepada kucing jantan. Antara faktornya adalah makanan yang kita beri pada kucing kita. Dry food atau biscuits adalah menjadi pilihan kebanyakkan pemilik kucing kerana ia lebih mudah disediakan. Tetapi Dry food yang manakah yang menjadi pilihan kita? Commercial food kah? atau Premium food kah?




Commercial food adalah makanan haiwan yang selalu diiklankan di TV dan mudah ditemui di pasar raya. Tetapi Premium food hanya ada dijual di Pet Shop atau Klinik Haiwan dan tidak pula diiklankan di kaca TV.




Dari segi harga Commercial food sememangnya lebih murah tetapi dari segi nutrisi, Premium food adalah jauh lebih baik kerana ia dibuat dari bahan-bahan asli dan selalunya tanpa pengawet. Commercial food dibuat dari by-products seperti hati, limpa, perut, darah, tulang atau dalam erti kata lain sisa-sisa yang tidak digunakan. Oleh itu, pengawet diperlukan supaya tahan lebih lama dan pengawet yang selalu digunakan adalah GARAM.




Untuk kesihatan si comel, Commercial food adalah sangat TIDAK BAIK disebabkan kandungan garam yang tinggi dan ia boleh mengakibatkan kucing mendapat batu karang, kencing tak lawas dan kencing berdarah. Premium food amnya tiada kesan sampingan malah ia lebih ekonomikal jika kita menggunakan litter sand untuk kucing kerana hanya 15% makanan dikumuh menjadi bahan buangan sedangkan bagi Commercial food adalah sebanyak 40%. Makanya Premium food boleh menjimatkan penggunaan pasir dan... yang paling penting poop mereka juga menjadi kurang berbau.




Penyakit seperti batu karang, kencing tak lawas atau kencing berdarah jika dibiarkan berlarutan selama lebih 3 hari boleh membahayakan nyawa kucing anda. Dan kos rawatannya juga adalah tinggi iaitu dari RM500 dan boleh mencecah sehingga RM1000.




Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat? Oleh itu berilah si comel anda yang terbaik. Dan pastikan bekalan air bersih untuk si comel anda sentiasa disediakan.




Sedikit tips supaya si comel anda kerap minum air adalah dengan meletakkan bekas air di dua tiga tempat supaya kemana mereka pergi mereka dapat melihat bekas air tersebut dan ini akan mendorong mereka kerap minum air.




p/s: jika kucing anda menunjukkan tanda-tanda kencing tak lawas boleh cuba memberi air rebusan barli tetapi jika tiada sebarang perubahan positif segeralah bawa mereka ke VET untuk mendapatkan rawatan jangan biarkan keadaan ini berlarutan kerana ia boleh membahayakan nyawa si comel anda!

suka?

Wednesday, February 16, 2011

Rumi dan Juli... Dua Remaja Saling Bercinta...

Share
ops! bukan remaja tapi budak kecit dan bukan berchinta tapi berkasih sayang. Budak Mata Beso ngan Perot Boncit ni dah ada nama, tak sedap pulak nak panggil Mata Beso Perot Boncit je kann...jadi pikir punya pikir punya pikir letak lah ROMEO dan JULIET. dah sorang jantan sorang betina kann...elok benor lah tuu


jadi memperkenalkan ROMEO & JULIET.....


hello ebibodi!! nama saya Romeo heheee......

caya pon ada nama, nama caya Juliet tapi mummy cuka panggil caya Yuli. caya cuka! caya cuka!

saya pon suka bila mummy panggil Omeo daripada mummy panggil saya si Mata Beso tu tak suka saya taww...

alahh mata abg Omeo memang beco ponn....lain lar tite.... pewot tite mana moncit tapi mummy panggi tite pewot moncit pulak....



p/s: budak dua hekor ni dah sukses menjadik penternak cacing yang TIDAK BERJAYA yeay!!

suka?

Sunday, February 13, 2011

" kitaorg dah 5 bulan taww... "

Share
hai tawan-tawan!!
nak tawu tak??
kitaorang kan...dah kan...lima bulan  kannnn.....


yeyehh...kita dah beco!


Ucapan dari aunty B...
klik untuk tumbesaran


firstly kita nak ucap tengkiu pada aunty B sebab aunty B wish birthday kitaorg pada 12 Februari hari tu, tengkiu aunty B!! mummy kitaorg kann.. dia kann... lupa taww teruk betul !!  mummy cakap mujur aunty B wish kalau tak mesti mummy terus terlupa...mummy cakap lagi dia terharu sebab aunty B ingat dan dia mintak maaf sebab lambat reply mesej sebab mummy jarang bukak pesbuk. teruk kan mummy kita tuh...nyampah je tengok dia!





tapi takpe lah kita dah maapkan mummy sebab mummy bagi kitaorg mamam wet food favourite kiteorg dua hari berturut-turut pastu mummy hadiahkan rambutan tree ni untuk kitaorg! kita suka..kita suka!! tapi kan si Mata Beso ngan si Perot Boncit selalu je nak main kat rambutan tree kita taww.. tasuka tasuka!!


p/s: dah 5 bulan tapi masih menyusu ih ih ihh.....

suka?

Saturday, February 12, 2011

Majlis Makan-Makan Yang Memberi Kejutan. SURPRISE!!!

Share
Assalammualaikum.


Hello everyone! Ok nak stori mori sikit, malam tadi kami sekeluarga menghadiri Majlis Annual Dinner & Appreciation Night tempat abah bekerja. Ikut dari aturcara majlis bermula pada pukul 7 tapi kami pergi selepas solat maghrib. Sampai sampai majlis pon belum bermula lagi biasalah janji orang kita kann...


Pertamanya lagu 1Malaysia berkumandang wahh...tetiba semangat 1Malaysia berkobar-kobar. Lepas tu kami disajikan dengan Classical Infusion Dance ataupon Tarian Klasik India. Memang suka bab-bab tarian klasik nih, terpegun tengok setiap gerak tari umpama mempunyai maksud yang tersendiri. Selepas ucapan MAKANNN....sambil-sambil tu diselang selikan dengan persembahan dan Lucky Draw tapi malangnya kami tak berapa lucky huhuu...tapi tumpang gembira sebab pemenang pertama yang mendapat hadiah TV LCD 32" adalah sabahat abah sendiri weeee~~


Classical Infusion Dance

tarian daripada budak-budak kecil yang sangat mencuit hati..

"Asmaradana"

Peacock Dance

abah menerima Penghargaan Pekerja

abah saya yang sedang berselimut dengan songket hijau yang berada di hujung sebelah kiri

untuk pengetahuan semua, abah saya bekerja dengan seorang Datuk yang berbangsa India. Sebab tu kalau diperhatikan ada dua tiga orang kat atas pentas tu berselimut dengan kain songket. Saya tak pasti apa maknanya dalam budaya orang India tapi yang pasti itu adalah merupakan satu penghormatan yang diberi.


APAKAHH??

persembahan dari staf,

masa abah naik atas pentas sambil pakai rambut afro aku tak tahu nak ketawa ke nak menangis time tu...dorang nyanyi lagu Alleycat, Sampaikan Salam. aku macam "OoOoo......." Lepas tu ada lagi satu persembahan dari staf, dorang menari lagu "boleh pandang-pandanggg....jangan pegang-pegangggg" layannnnn.....


Antara menu malam tu...

"Four Hot Combination Chef Special"

"Braised Sharks Fin Soup with Crab Meat"

"Ayam Percik Indonesia"

"Vegetable Stir Fried Mixed with Mushroom"

"Fried Prawn with Sambal"

"Rendang Kambing Pahang"

"Fried Mee Hoon Kampung Style"

Ikan Siakap Asam Pedas dan Ice Longan Pudding tak sempat nak snap gambar sebab terlalu sibuk, sibuk makan ahaks...dalam bebanyak menu tu aku paling suka "Four Hot Combination Chef Special" memang hottt dan memang sedapppp......


Acara yang terakhir adalah acara yang ditungu-tunggu oleh semua staf. Acara pemberian BONUS untuk staffff.... dup dap dup dap....memasing teruja bukan setakat staf, isteri staf, anak-anak staf semua pon macam panas punggung tak boleh nak duduk diam AHAHA...

En Mohamad bin Ibrahim.....nama abah dipanggil. Tengok dari jauh abah naik ke pentas menerima cek, selepas semua staf mendapat cek masing-masing acara bergambo ber ramai-ramai pula. Kami menunggu dengan sabar untuk abah kembali semula ke meja. Sampai je abah hulur sampul surat yang berisi cek pada mak, aku tengok mak....mak hulur sampul pada aku "bukak lah...." terus membuka sampul dengan gelojoh biasalah busy body padahal bukan duit aku ponn...... bukak sikit je pastu intai kat dalam nak tengok berapa jumlahnya. Uiks masih tak puas hati....tarik keluar...aku tengok abah.

Abah tanya, "berapa?"  
Aku membulatkan mata.  
Abah : " lima??"  
Aku : " tak..."  
Abah : " berapa...?"  
Aku : "abah tengok ah sendiri..."
Mak dan adik-adik aku : "BERAPA??!!!"
Aku : "heheeeee......."


"alhamdulillah...." kata abah. Aku, mak ngan adik-adik TERSENGIH.....


"sudahkah saya memberitahu abah bahawa saya sayang pada abah dan dan...suara abah sangat sedap ketika menyanyi tadi ihihihi....."


bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi kegembiraan kami yang masih bersisa sehingga ke hari ini. tapi aku tahu bukan senang-senang nak mendapat ganjaran seperti itu, abah bekerja kuat tak kira siang atau malam tak kira cuti atau public holiday. Abah juga tak berkira tentang kerja walaupon bukan tugas dia kalau dia mampu lakukan dia akan buat tanpa banyak bicara. kalau dalam goverment sector ungkapan "mengutamakan kerja hakiki sebelum kepentingan peribadi" selalu diungkapkan itulah jua yang abah amalkan. kadang kala kami merungut juga bila abah susah nak bercuti dan asik bekerja tapi itulah abah yang saya kenali. Abah saya yang sangat ringan tulang, abah saya yang tekun bekerja dan sangat menjaga displin. Mungkin terbawa-bawa sikapnya sebab dulu abah adalah seorang tentera.


mende ni tak tahu nama...abah dapat dua. satu masa penghargaan staf yang abah kena selimut dengan kain songket dan satu lagi ketika menerima cek bonus.



p/s: ABAH saya adalah IDOLA saya.

suka?