Monday, March 28, 2011

" Saya bosan lar mummy... "

Share





















Aktiviti MON sepanjang ke-tidak-sihatan-nya. 
Harap maklong!

suka?

Saturday, March 26, 2011

ROMEO & JULIET Dah Tiada. Maafkan Saya.

Share
Assalammualaikum


Pertamanya saya nak minta maaf dahulu. Untuk pengetahuan semua Romeo & Juliet telah tiada. Maafkan saya kawan-kawan.. if I could turn back time, I would definately do things differently. Saya tentu akan lebih berhati-hati.



Jumaat
25 Mac 2011


Semasa saya pulang lunch hour tu macam biasa saya terus ke dapur untuk menyediakan makanan (wet food campur dry food) untuk anak-anak bulus. Ketika itu lah saya perasan Romeo & Juliet tiada, puas saya panggil panggil nama mereka. Pelik sebab Romeo & Juliet tidak pernah pergi jauh dari rumah kerana mereka masih kecil. Litter box mereka pon berada dalam kawasan rumah. Tak cukup keliling rumah sampai ke rumah jiran-jiran saya mencari tetapi hampa. Saya masuk semula ke pejabat dengan harapan apabila pulang ke rumah petang nanti mereka dah kembali semula.



Namun harapan saya hampa apabila kelibat mereka tetap tiada. Hati saya kuat mengatakan Romeo & Juliet diambil orang. Berkemungkinan besar budak-budak. Adalah mustahil jika mereka pergi sendiri sebab mereka masih kecil dan masih takut-takut dengan persekitaran luar rumah.



Sebenarnya pagi itu keadaan agak kelam kabut, macam lipas kudung saya membuat kerja untuk mengemas dan menyiapkan anak-anak bulus sebelum ke tempat kerja kerana saya terpaksa sampai awal di pejabat pada pagi tu. Selepas siap menukar pasir, menukar air minuman dan memberi makan anak-anak bulus saya terus bergegas ke pejabat.



Dalam kelam kabut tu saya terlupa nak menutup tingkap dapur. Romeo & Juliet pandai keluar masuk dari tingkap tu ke tempat menyidai pakaian namun pintunya bergrill dan berkunci. Mungkin ketika Romeo & Juliet bermain di situ lah 'bebudak' tu mengambil mereka. Mak pula tiada di rumah pada waktu tu jadi mudahlah 'bebudak' tu nak buat kerja.



Bila mak pulang saya terus beritahu mak. Saya menyesal sebab tak dapat menjaga mereka dengan baik, saya menyesal sebab tak dapat nak melindungi mereka dan saya menyesal sebab tidak lebih berhati-hati, saya menyesal, menyesal dan menyesal! Namun kata-kata mak membuatkan saya tersedar...



Allah kan ada. Dia bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kejadian telah ditentukan oleh-Nya dan setiap kejadian itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Selagi kita hidup selagi itu akan ada ujian. Ujian itu berbeza-beza untuk setiap manusia, jika kita rasa ujian kita terlalu perit untuk kita terima ingatlah bahawa ada insan lain yang lebih berat ujiannya. Terimalah dengan hati yang terbuka dan hendaklah kita sentiasa bersangka baik pada-Nya.



..bergitulah lebih kurang kata-kata mak pada saya. Astagfirullah al-azim...saya tersedar tetapi bukan niat saya nak menolak ketentuan-Nya, saya lebih menyalahkan diri kerana kelalaian saya dan sesungguhnya pada ketika itu saya masih terlalu sedih. Namun saya tahu mak berkata bergitu untuk mengembalikan semangat saya, enggan melihat saya terus bersedih. Terima kasih mak, terima kasih kerana mak selalu ada untuk saya.



OMEO dan YULI, doa mummy selalu bersama kamu sayang...


Doa mummy juga sentiasa ada buat MOMEL, 
mummy tak pernah lupa...



engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan
hati ini...



p/s: terima kasih sayang...terima kasih kerana telah menghiburkan hati ini...

suka?

Friday, March 25, 2011

Serbuk Kopi KLUANG RAIL COFFEE Positif Gelatin Babi

Share
Pgumuman pnting!!
Kputusan analisis sampel mkanan yg tlah d'ambil di Kluang Rail Coffee bsama Jabatan Agama telah ditrima. Didapati kndungan serbok kopi (tmasuk kopi uncang yg djual) mgandungi cmpuran babi yg tlah dkesan positif. Dan juga tdapat kndungan alkohol dlm madu yg digunakn dlm madu yg dgunakn dlm ramuan roti bkar.. Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Klg. Tlg sebrkan mklumat ini.


Ini adalah kandungan SMS yang saya diterima beberapa hari lalu. Selepas baca saya tidak terus percaya kerana sebelum ini ada juga beberapa kes seperti ini tetapi didapati palsu. Oleh kerana itu saya tidak menyebarkan SMS tersebut.


Akan tetapi hari ini setelah didapati berita tersebut sahih dan telah di war-warkan dalam surat khabar, saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk menyebarkan berita ini kepada semua pengguna islam khususnya yang berada di Kluang, Johor.


Berikut adalah article mengenai kesahihan berita tersebut yang saya kopipes dari Harian Metro.


JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.


Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.


Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.


“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.


“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.


“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.


“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.


Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.


Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.


“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.


“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.


Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.


Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.


“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.


“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.


“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.

source - Metro Harian



p/s: pemilik asal Kluang Rail Coffee adalah seorang mualaf (cina masuk islam) sangat menyedihkan apabila keadaan seperti ini berlaku.

suka?

Thursday, March 24, 2011

Rakan-Rakan Animal Lover Saya

Share
Assalammualaikum...



kalau perasan ada beberapa perubahan yang saya lakukan pada belog saya nih, saja lar takde keje.. saja nak pening peningkan kepala menatap kod-kod html tuu huhuu..



dan kalau korang perasan senarai blog-blog animal lover pon dah takde ops ops! bukan dibuang yer...tetapi saya telah membuat satu blog khas untuk mengumpulkan semua blog-blog animal lover.


blog animal lover pon dah semakin bertambah dan saya yakin bilangannya pasti akan bertambah dan bertambah. atas keyakinan itulah saya membuat keputusan untuk mewujudkan satu blog khas untuk dikumpulkan semua blog-blog pencinta haiwan.


Jom usha belog rakan-rakan pencinta haiwan saya!!



boleh klik kat banner tu yerk...



p/s: jom ramai-ramai kita meriahkan lagi dunia pencinta haiwan. the more the merrier tak gitu..

suka?

Tuesday, March 22, 2011

Cat Grass Nang Sepongkis

Share
ater.. ni teman nak kabor sikit. hari tu kan ada la beli cat grass berangan la konon konon nak ler teman nanam cat grass nih kang esok lusa tumbuh buleh kasik kat bebudak jebon mengunyah buat jajan mereka. gigih la pergi ke pet shop membelinya.




balik romah semangat nak menanam padi sudah mari.. gigihlah menanam cat grass yang sepongkis itu. bersungguh-sungguh baca instruction kat kotak tu cara-cara nak menanam kang salah teknik hilang cat grass tak tumbuh padi pulak yang tumbuh tak giteww...


setelah berhempas-pulas maka selesailah acara menanam cat grass tadi (berhempas pulas la sangatttt..) sepanjang proses tu si Kakak Baby ngan Min sibok lah menyibok kat situ. teman kata kat mereka jangan diusik cat grass itu kang kalau dah terlungkup satu sen tak guna.




idak lah dipedulikan oleh mereka kata-kata teman tadi, si MIN sudah terpijak alas dulang bekas cat grass tu maka sudah tergolek jatuh ke bawah apalagi hangin satu badan sudah mariiii....MIIINNNNNNNNNN!!!!!




tapi nak menjerit sampai keluar anak tekak pon tak guna, mende dah jadik redho jelah...apa nak buat?? kite bako usin kite bako!!

ater bergitulah kisahnya...




banyak la kamu punya sorry!!
ganti balik cat grass mummy tuh! ganti balikk!!!

suka?

Monday, March 21, 2011

PERHATIAN. MON Nak Bercakap Sepatah Dua Kata.

Share


SEKIAN

Wabillahi taufiq wal hidayah wasalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

suka?

Friday, March 18, 2011

MOMON Kemalangan.

Share
Jumaat
18 Mac 2011


Satu peristiwa yang berlaku hari ini yang cukup membuatkan saya berfikir, akan waraskah saya apabila mereka yang selalu berada di depan mata tiba-tiba telah tiada. Akan kuatkah saya dalam menghadapi situasi itu? Redha kah saya dengan ketentuan-Nya. Astagfirullah...ampuni aku Ya Allah, tabahkan lah hati ku dalam menghadapi dugaan Mu.



Pagi tadi semasa di pejabat, saya mendapat panggilan dari ibu dengan suara cemasnya menyebut nama MON. "kak..Momon kak.. Momon kena langgar...cepat balik!" Berderau darah saya mendengar kata-kata ibu, terus capai kunci kereta laju saya memandu pulang ke rumah. Perjalanan yang paling panjang saya rasakan padahal hanya 10 minit perjalanan dari pejabat ke rumah. Bermacam-macam andaian dalam kepala saya tentang keadaan MON. Dalam hati pula tak putus-putus berdoa semoga keadaan MON tidak parah. Fikiran jahat saya dah mula membayangkan keadaan yang bukan bukan dan tiba-tiba air mata mengalir laju.


Sampai di rumah saya lihat merah mata ibu, dada saya semakin sebak, mata melilau-lilau mencari kelibat MON. Kemudian saya nampak MON bersembunyi di bawah meja dengan lantai merah terpalit dengan darah. Berhati-hati saya mendapatkan MON dan memasukkannya ke dalam carrier untuk di bawah ke klinik. Saya pandang jam di tangan dan pada waktu itu baru jam 9 lebih. Klinik belum dibuka! Saya tak mahu membawa MON ke klinik kerajaan, malas nak bercerita lebih lanjut. Alasannya saya hampa dengan rawatan di sana, sangat hampa!


Akhirnya saya terpaksa membuka pintu carrier untuk membenarkan MON keluar. MON tak mahu duduk diam dalam carrier dia berkeras nak keluar, bimbang kakinya semakin sakit saya biarkan dia keluar. Seperti tahu ada sesuatu yang berlaku pada MON si comel yang lain datang berkerumun sambil memerhatikan MON. Tapi MON marah pada sesiapa yang cuba mendekatinya cuma MIN seorang yang dibiarkan berada dekat dengannya. MIN setia berada di samping MON sambil membantu membersihkan kesan luka pada kaki MON.






Walaupon sedih dengan keadaan yang berlaku tetapi saya bersyukur kerana menurut kata Vet kaki MON tak patah cuma cedera pada kedua belah kakinya. Berbekalkan ubat makan dan ubat sapu insya'Allah dengan izin Allah, luka MON boleh sembuh.



p/s: terima kasih Ya Allah terima kasih kerana Kau telah memakbulkan doaku..

suka?

CONTEST KUCING PALING COMEL

Share
Bismillah...

Hai kawan-kawan! ahaa...hari ni saya buat entri untuk menyertai Contest Kucing Paling Comel yang telah ditag oleh cik Nerq dari The Fluffies & The Purrrs. Dah lama Nerq tag tapi baru hari ni berkesempatan nak buat hehe..sorry darling


Jom kita lihat banner dan syarat-syaratnya...




SYARAT DAN PERATURAN


1. Letakkan gambar di atas di dalam blog anda bertajuk CONTEST KUCING PALING COMEL, kemudian link kan ke apisv3.blogspot.com 
bereh!


2. Seterusnya letakkan/tangkap gambar kucing anda atau kucing jiran anda atau kucing di kedai pakmat mahupun kedai rostam tukang jait.
bukan kucing pakmat atau pak rostam tapi kucing saya sendirik


3. Tinggalkan link contest anda di dalam komen di bawah
baiklah!


4. Macam biasa, setiap peserta kena follow blog apisv3.blogspot.com ;)
i pollow ;)


5. Akhir sekali, tag kan 3 orang member blog anda yang anda rasa diorang berminat untuk join.

1) cik Marie
2) Chika
3) Papa meow


haa...senang je kan? Jadi saya memilih untuk mempertaruhkan gambar si BabyMushuk ketika beliau masih kecil. This is one of my favorite photo..

konon dah habis comel lah tu huhuu...



Pemenang akan menerima RM50 berdasarkan gambar kucing mereka yang paling comel.
 so..Good Luck Everyone ;)

tarikh tutup: 30 April 2011

suka?

Wednesday, March 16, 2011

MON & MIN Dah Genap 6 Bulan!! jeng..jeng..jenggg

Share
Assalammualaikum...


Hello animal lovers!
Hello cat lovers!
Hello readers!



Apa khabar semua? Harap-harap semuanya sihat sihat belaka. Bagi diri saya di kala ini yang sedang berjauhan dengan anak-anak bulus disebabkan outstation adalah sangat merindu dendam dengan mereka. Rindu nak peluk cium mereka, rindu dengan kerenah mereka, rindu nak menyediakan makanan mereka, rindu nak buang poop mereka eh! *terima kasih mak heheee....



Ok sebenarnya nak cakap pasal si MON ngan MIN, mereka kan dah cukup enam bulan hari Sabtu hari tu jadi memang cadangnya nak sunatkan mereka. Tapi dah minggu ni kena kerja outstation maka terpaksa lah ditunda pada minggu hadapan. Insya'Allah itulah rancangannya.



Si MON ngan MIN kalau dilihat dari umur tu memang dah cukup benor lah umurnya, tapi kalau tengok dari segi fizikal si MIN tu macam tak cukup berat jer...MIN tu kurus sangat lah makan pon memilih. Jadi mungkin nak tanya pendapat Vet dulu. Tapi apa yang membimbangkan sekarang nih, Si MON ngan MIN masih lagi menyusu sampailah di saat dan ketika ini.



Tengok jelah gelagat mereka berdua nih...






macam ni ke gayanya anak bulus nak sunat? 

macam belum cukup matang saja kann...??



p/s: esok nak balik!! yabedabeduuu~~~

suka?