Saturday, April 30, 2011

Helah Si CITAM

SABTU
MODE : Memandikan anak-anak bulus.




Semua dah mandi tinggal si Citam je..mana dia menyorok kali nih?



CITAM!! Apa kamu buat dalam mesin basuh tu?? meh keluar mandi..










erkk! nak percaya ke tak nih..?

Thursday, April 28, 2011

Kesian MERAH...

Assalammualaikum.



Ini MERAH. 
Perasan tak apa-apa perubahan pada Merah?



Perasan?



haaa..perasan??



perasan tak ??




Telinga si Merah terkelepet. macam ada 'belon' tumbuh kat telinga dia tu. Saya pon baru perasan, si Merah ni bukannya nak duduk kat dalam rumah dia lebih suka lepak kat luar rumah. Bila perot lapo baru reti nak masuk carik makan lepas makan keluar semula jangan harap la dia nak duduk lelama kat dalam. Jadinya tak perasan bila masa telinga dia tumbuh 'belon' tu tahu tahu je telinga Yaya dah terkelepet camtu. Tapi rasanya tak sakit sebab bila dipegang Yaya diam je kalau sakit harus dah bercalar tangan saya ni.


Apa tu ekk? Bahaya tak?? Kalau ada di antara rakan-rakan yang tahu atau penah terjadi pada si comel sendiri, saya perlukan nasihat dari rakan-rakan sekalian.



Thank you in advance for your attention to this matter ecehh

Wednesday, April 27, 2011

Mummy Saya Kecoh !


Kakak Baby nak pegi mana tuuu...??!!!





mummy sayang laaaa 
bukan kecoh grrrr.....


Tuesday, April 26, 2011

Tips Memberi Si Comel Ubat Pil

Assalammualaikum w.b.t


Wahai kawan-kawan ku yang penyayang, apa khabar semuanya?
yer..kawan-kawan saya semuanya penyayang. Kerana kami animal lover sudah semestinya bersifat penyayang, dah la penyayang baik hati pulak tu. Kan kawan-kawan? *sambil kenyit-kenyit mata*


oh! lanjutan daripada entri Force-feeding saya yang lepas, ada permintaan daripada salah seorang sahabat animal lover yang meminta tips bagaimana nak memberi si comel makan ubat biji atau pil. Sebenarnya saya ni bukan la expert sangat ponn cuma apa yang boleh, saya kongsikan pengalaman saya sendiri dalam menghadapi situasi-situasi macam ni sepanjang menjaga anak-anak bulus saya. Dengan rasa rendah diri sekali lagi saya nak tekankan di sini, bukan niat saya nak mengajar tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang telah saya lalui. 


Kadang-kadang bila membawa si comel berjumpa Vet saya lebih suka meminta ubat pil daripada ubat air sebab bagi saya ubat pil lebih senang nak diberi berbanding ubat air kerana selalunya anak-anak bulus saya sangat bijak meluahkan kembali ubat air yang dipancut masuk ke dalam mulut mereka.





Lagi-lagi si Merah ni dah la gemok gedempol sekali dia meronta terus rabak kain buat bolot tu, lepas tu memang kirim salam jelah nak tangkap dia balik. Punya la azab nak bagi ubat, boleh menangis guling-guling kita dibuatnya gerammmmm.... Oleh sebab itu saya lebih suka mencampurkan pil ke dalam makanan sebab bila ubat dalam makanan budak debab ni nak la telan, kalau ubat air harammmm.. Kadang tu bagi air kelapa je ponn itu pon dah menggelupur macam apa, sabo jelah.


Cara-cara yang saya lakukan adalah seperti berikut :

1) hancurkan pil
hancurkan pil tersebut dengan menggunakan sudu tapi kalau keras sangat boleh la guna lesung batu


2) campurkan ke dalam wetfood
pil yang telah dihancurkan tadi dicampur ke dalam wetfood


3) force-feed
masukkan wetfood yang telah dicampurkan tadi ke dalam syringe dan pancutlah ke dalam mulut si comel, jangan ko pegi pancut kat dalam mulut sendiri pulakk

Tapi ingat sila bolot si comel anda terlebih dahulu



Semoga berjaya!



p/s: ubat pil adalah yang diberi oleh Vet yer...jangan sesekali bagi Panadol atau Paracetamol, ia sangat bahaya kepada si comel dan boleh membawa maut!

Monday, April 25, 2011

Tips Force-Feeding Si Comel Yang Sedang Sakit

Assalammualaikum w.b.t

MON

Baby Mushuk


Hari tu masa Mon dan Baby Mushuk sakit, habis calar balar tangan dan badan saya gara-gara memaksa mereka makan. Bibir saya pon menjadi mangsa bila terkena cakaran Mon semasa memberi Mon makan ubat. Menitik-nitik darah jatuh.. dah jadik beso sebelah bibir saya nih.


Saya pasti rakan-rakan juga menghadapi masalah sama bila anak-anak bulus jatuh sakit dan kita terpaksa memberi mereka ubat, dan memaksa mereka makan. Saya nak berkongsi pengalaman dan memberi sedikit tips yang saya perolehi sepanjang menjaga Mon dan Baby Mushuk sakit tempohari.


Force-feeding atau pemberian makanan secara paksa biasanya dilakukan dengan menggunakan syringe. Nampak macam mudah tapi sebenarnya sangat lah seksa. Kadang tu lebih banyak yang terluah keluar daripada yang ditelan kan?


Berikut adalah beberapa langkah sebelum meng-force-feed kucing anda..


1) Sediakan perkara-mara yang diperlukan.
siap sediakan syringe, makanan, air dan ubat yang akan diberi terlebih dahulu. syringe tanpa jarum yer...jangan pulak korang tibai syringe yang berjarum. bala bala...


2) Bolot kucing anda menggunakan tuala.
atau apa-apa kain pon boleh, lebih bagus kain yang tebal dan panjang. Jangan korang guna kain telekung sudahh karang ada yang kena tempeleng dengan mak masing-masing.


3) Bolot dengan kemas
perhatikan kedudukan keempat-empat kaki kucing supaya tidak menyakiti mereka dan bolot dengan kemas supaya tiada kaki yang akan terkeluar semasa proses meng-force-feed itu nanti


4) Peluk kucing anda
peluk kucing anda seperti keadaan ibu nak menyusukan anak. Jangan ketawa ini serius! Lebih elok kalau anda duduk bersila di lantai sahaja.


Dan sekarang boleh lah memberi kucing anda makan dengan aman. Jangan lupa baca bismillah



Dengan keadaan kucing anda yang telah dibolot kemas, ia akan memudahkan proses force-feeding dan dalam masa yang sama ia dapat menyelamatkan tangan anda bercalar-balar daripada dicakar kucing yang sedang bengang kerana dipaksa makan.


Selamat mencuba! 



p/s: bolot ke balut? hentam jelah...korang paham kann??

Tersengih Membawa Khabar Gembira ngeh ngeh ngeh...

Assalammualaikum


heheheeee.....
nampak tak saya tengah tersengih sekarang nih??
saya tersengih sampai ke telinga taww..
sebab saya hepiiiiiii sangat sangat!


mesti korang tertanya-tanya apa yang membuatkan saya tersengih macam kerang busuk ni kan... apa? tak tanya?? ok takpe tak tanya pon saya tetap nak bagitahu hehee *sengih lagi*



sebenarnya saya hepi sangat sebab Kakak Baby dah balik!! yer Kakak Baby selamat dan sekarang berada di rumah melepaskan rindu bersama anak-anaknya si MON dan MIN. Kakak Baby pulang pada hari Ahad lebih kurang jam 6 petang. Pada ketika itu saya sedang duduk mengambil angin di luar rumah sambil berbual dengan mak dan adik-adik tiba-tiba bila saya toleh saya ternampak Kakak Baby. Terkejut, gembira, tak percaya pon ada. umpama mimpi menjadi kenyataan bila melibat Kakak Baby berada di depan masa setelah lebih kurang 4 hari dia menghilangkan diri.


berlari saya mendapatkan Kakak Baby terus saya peluk dan cium berulang kali. saya periksa keseluruhan badan Kakak Baby bimbang jika ada kecederaan tapi alhamdulillah nampaknya tak ada apa-apa yang berlaku padanya. saya tanya jugak pada Kakak Baby, apa yang berlaku? Kakak Baby pergi mana? kenapa tak balik? tapi Kakak Baby diam jelah dia tak jawab pong huhuu..


terus saya bawa Kakak Baby ke dapur dan bagi dia makan. Kakak Baby makan wetfood, makan dryfood pastu dia minum air lama sangat..haus sangat agaknya. saya terfikir mungkin Kakak Baby terkurung kat mana-mana sebab tu dia tak boleh balik. Mon dan Min pula asik mengekor ibunya, rindu sangat agaknya tapi yang kelakar tu bila Min cuba menyondol ibunya nak menyusu tapi terus kena penampor HAHA... memang patut pon kamu kena penampor Min, dah 7 bulan dah.. memang dah patut behenti menyusu.



lepas makan Kakak Baby tertidur kepenatan

Mon dan Min menunggu ibunya tidur



Mon dan Min sentiasa berada dekat dengan ibunya. Masing-masing tak putus asa cuba nak menyusu. Tiap kali Mon dan Min datang dekat Kakak Baby akan menjauhkan diri berkali-kali Kakak Baby mengelak mungkin dah sampai masanya Kakak Baby nak ceraikan susu anak-anaknya.



Tapi pagi tadi sebelum ke pejabat inilah keadaan yang dapat saya lihat..


Kakak Baby telah tewas..

Mon dan Min kembali menyusu semula..


Walaupon setelah menghilangkan diri selama 4 hari, operasi nak menceraikan susu Kakak Baby tetap gagal. Harap Kakak Baby tak berputus asa, cuba dan cuba lagi yer Kakak Baby..usaha tangga kejayaan chaiyok chaiyok!!



p/s: terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kawan-kawan yang telah mendoakan kepulangan Kakak Baby, tak mampu saya nak membalasnya. Doa saya buat kawan-kawan, semoga Allah memberkati kawan-kawan semua, amin..

Saturday, April 23, 2011

Oh! Ibu...

Ibu dan anak.







Masa MON sakit hari tu, perasan si MIN sangat manja dengan ibunya. Min sentiasa berada dekat dengan ibunya dan asik menyusu. Kakak Baby pula seperti merelakan Min menyusu seperti anaknya tu masih kecil, asik dijilat-jilat si Min yang sedang menyusu sampai tertidur.



Bila si MON semakin sembuh, Mon cuba mendekati ibunya untuk menyusu tapi Kakak Baby tak bagi. Ada beberapa kali juga si Mon mencuba, Kakak Baby tetap tak benarkan Mon menyusu. Kata mak mungkin badan Mon dah berbau lain, mak suruh saya mandikan mereka supaya bau mereka sama.



Selepas mandikan mereka semua, Mon sekali lagi cuba mendekati ibunya tetapi malangnya Kakak Baby tetap menolak. Kakak Baby marah dan terus berlalu pergi. Dan itulah kali terakhir saya melihat Kakak Baby. Masuk hari ni dah 2 hari Kakak Baby tak balik. Ke mana lah Kakak Baby pergi? Atau diambil orang? macam-macam dalam fikiran saya.



Yang paling kesian bila saya lihat Min seperti tercari-cari ibunya. Min keluar dari depan kemudian masuk dari dapur kejap lagi dia keluar ke garaj kereta kemudian dia masuk semula. Min nampak muram. Si Mon pon sama, dia langsung tak dapat menyusu sejak sembuh dari sakit. Pelik bila tiba-tiba Kakak Baby menghilangkan diri, Kakak Baby sihat dia tak sakit. Tapi kenapa Kakak Baby menghilangkan diri? dia nak ceraikan susu ke? marah ke dia? Saya tetap tak mendapat jawapannya..




Kakak Baby pulang yer sayang.. 
Mon dan Min rindukan kamu...



p/s: semoga walau di mana Kakak Baby berada, dia berada dalam keadaan selamat dan sentiasa dilindungi oleh-Nya.

Friday, April 22, 2011

Si Puteh Yang Gengster

Assalammualaikum.


Selamat Hari Jumaat..
wahh cepatnya dah hari Jumaat kan...i loike~


haa...ce tengok makhluk berbulu putih kat bawah ni, sopan je kan..baik je dia tidur.





tapi tapi..tolong lah jangan terpedaya dengan tipu helah mamat sekor nih. mamat sebenarnya baru lepas kena mandi. sebab apa?? sebab dia baru lepas bergasak dengan kucing jantan gengster kat kawasan ni. bila dah bergasak tu bergumpal-gumpal lah berdua-duaan, dengan kotornya dengan lukanya.






memang itulah hobinya budak sekor nih tak serik-serik dah tak kose nak marah bukan boleh nak dilarang. sudahnya tiap kali habis bergasak tu mandikan, letak ubat, tidur bila dah rasa segar badan tu mulalah dia jalan-jalan carik pasal lagi, sabo jelah..





time ni memang tengah tidur mati senang nak kejekan bukan kejekan apa ponn...letak ubat jer karang kalau dah sedar baru nak letak memang dapat cakaran maut ler jawabnya. gengster siot budak ni sekarang geram je tengok! ni gara-gara terpengaruh dengan kucing jantan gengster yang si Teteh selalu gaduh la nih...kita nak sayang dia dengan rasa tak bersalah je dia pegi cakar-cakar kite hishh geramm...



p/s: malam tadi Teteh bergasak lagi bergasak kat atas siling rumah jiran sampai bobos siling jiran tu, ni bukan gangsterism lagi dah kira vandalism dah nih haihhh....

Thursday, April 21, 2011

Hadir Lagi Dengan Membawa Khabar Gembira

Assalammualaikum.

Selamat Pagi!

Hari ni saya pergi kerja dengan perasaan gembira. Gembira bila tengok anak-anak bulus yang sakit semakin sembuh. Mon dah mula nak makan sendiri, hepi sangat bila tengok dia tunggu kat mangkuk makanan tu. Dah lama tak tengok Mon mintak makan sendiri. Hepi hepi hepi!!



masa ni MON dah mula hilang selera makan



Masa mula-mula Mon muntah dulu saya tak sangka langsung boleh melarat macam ni. Seminggu jugak Mon sakit. Bermula dengan muntah, tak selera makan dan demam. Badan Mon susut teruk, beratnya turun dari 3.5kg ke 2.4kg. Pada awal Mon demam saya juga sedang demam jadi saya tak dapat nak menumpukan sepenuh perhatian pada Mon sehingga Mon menjadi lemah kerana dia hanya minum dan tak mahu makan. Saya hanya menangis dan menangis melihat keadaan Mon yang semakin lemah.



MON selalu menyendiri dan mengasingkan diri dari yang lain



Setiap kali saya memberi ubat dan memaksa Mon makan hati saya hancur melihat betapa susahnya dia nak menelan makanan. Saya dapat lihat kesakitan dalam mata Mon yang menatap wajah saya tiap kali saya memaksa Mon makan. Dan sebenarnya lebih banyak ubat dan makanan yang terluah daripada ditelan tapi saya tawakkal jelah pada saya bukan ubat yang menyembuhkan tetapi Allah. Ubat adalah satu ikhtiar atau usaha dalam mencari penawar penyakit yang selebihnya saya hanya berdoa dan berserah pada-Nya. Satu yang saya amalkan, saya membaca Al-Fatihah berulang-ulang sambil mengusap MON sambil hati saya tak henti-henti berdoa yang terbaik untuk Mon. Sejujurnya pada ketika itu saya redha jika tuhan nak mengambil Mon kerana saya dah tak sanggup nak melihat Mon menderita lebih lama.



tidur berdua dgn BabyMushuk. 
tak sangka rupanya dua dua dalam kesakitan




Dan Alhamdulillah...Allah mendengar dan memakbulkan doa saya. Mon menunjukkan tanda-tanda positif dan semakin sembuh. Saya ingat lagi pertama kali saya melihat Mon mula menjilat bulunya saya terus membuat sujud syukur kerana saya tahu itu adalah tanda-tanda Mon semakin pulih sebab kucing kalau sakit dia tidak akan menjilat bulunya (grooming). Gembiranya saya pada ketika itu, bersyukur saya yang tak terhingga kepada Ilahi. Setelah puas menangis sedih, hari itu saya menangis kegembiraan. Terima kasih Ya Allah.



Gembira bila pulang ke rumah Mon menyambut saya seperti selalu. Walaupon masih lemah Mon setia menunggu saya setiap kali saya pulang ke rumah pada waktu tengahari dan petang. Mon menyambut saya dengan suaranya yang masih serak-serak basah. Terharu betul saya. Kalau melihat keadaannnya semasa sakit dahulu memang saya tak sangka umur Mon masih panjang.



Semoga Mon, BabyMushuk dan anak-anak bulus saya yang lain diberi kesihatan yang baik sentiasa, amin amin yarabbal alamin..

Wednesday, April 20, 2011

:: Hadir Membawa Khabar Gembira ::

Assalammualaikum w.b.t


Hai kawan-kawan pencinta haiwan semuanya!
Di harap semua kawan-kawan saya berada dalam keadaan yang sihat dan ceria.


Selama empat hari diserang demam panas, alhamdulillah saya sudah sembuh. Lebih memburukkan lagi keadaan, semasa saya sakit BabyMushuk dan Mon juga sakit. Ingat entri saya tentang MON muntah? keadaan melarat selepas tu apabila Mon turut demam. Selang sehari BabyMushuk pula menunjukkan tanda-tanda sakit apabila dia hilang selera makan dan lebih banyak tidur. Saya akan bercerita tentang BabyMushuk dahulu memandangkan BabyMushuk sudah sembuh sepenuhnya.



BabyMushuk tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit, tak ada muntah atau demam tiba-tiba BabyMushuk tidak mahu makan dan lidahnya sentiasa dikeluarkan sedikit dari mulut, pelik saya. Saya tak dapat nak membawa BabyMushuk dan Mon berjumpa Vet pada ketika itu kerana 2 hari diserang demam panas saya terbaring dan tak terdaya nak bangun, semuanya dilakukan dengan bantuan mak dan abah. Saya cuma meminta bantuan adik membeli ubat di klinik haiwan.






Setelah demam saya beransur kebah barulah saya boleh memberi sepenuh perhatian untuk BabyMushuk dan Mon. Saya terpaksa memaksa BabyMushuk makan menggunakan syringe sebab BabyMushuk  langsung tak mahu makan dan minum.







Ketika saya sedang memberi makan BabyMushuk tiba-tiba BabyMushuk mengeluarkan bunyi seperti tercekik dan dia memuntahkan kembali semua makanan yang ditelan tadi. Dan saya terkejut melihat ada tulang ikan pada makanan yang dimuntahkan itu. Tulang ikan itu bukan daripada makanan yang saya beri tetapi sebenarnya tulang ikan itu lah yang selama ini tersekat dalam tekak BabyMushuk dan menyebabkan dia sakit.



Saya bersyukur sangat-sangat kerana tulang ikan tersebut boleh keluar dengan sendirinya secara tak sengaja ketika saya memberi makan BabyMushuk, kalau tidak sampai bila pon saya tak tahu apa punca sakit BabyMushuk yang secara tiba-tiba. Syukur Alhamdulillah....



tulang ikan yang tersebut



p/s: selepas ini saya akan update keadaan Mon dan untuk pengetahuan, Mon dah ada kemahuan untuk makan sendiri :)

Thursday, April 14, 2011

Jiran Baru Saya Yang Sungguh Kacak Dan Bergaya



macho la sangatttt.....

si Teteh ni kalau dimandikan sekejap saja putihnya karang tengok dah comot balik. kalau tak dia perambat *orang, orang perambat dia..itu jelah kerjanya. Sabo jelah..


*orang yang dimaksudkan di sini adalah kucing jantan. bukan manusia.

Wednesday, April 13, 2011

Pakcik Teddy Menjadi Mangsa Keadaan. Kesian...

Siapakah pakcik Teddy?
Pakcik Teddy adalah peneman setia bebudak jebon.






Dari zaman MOMEL sehingga lah ke zaman MON dan MIN. Walaupon semakin pudar ditelan zaman pakcik Teddy kekal suci dan bersih dari kekotoran.

Namun kejadin MON muntah malam kemarin sedikit sebanyak terkena tempiasnya pada pakcik Teddy maka masuk lah pakcik Teddy ke dalam mesin basuh untuk dimandikan.


Gambar sebelum dimandikan.





Gambar selepas dimandikan.


waaa...manyak putih!



p/s: Sila percaya. Kalau tak percaya pon tak apa...

Baby Mushuk Dan Singer 2

...sambungan