Tuesday, May 31, 2011

Pisang & Citam

HARI : SABTU
JAM  : 10.10 pagi (waktu anak-anak bulus mandi)


*****



CITAM! 


Ooo Citam....


Jom mandi sayang!





lar...buat apa duduk kat situ

kamu nak menyamar jadik
pisang ke apa?

dah! meh sini mandi

toksah nak menyamar-yamar bagai

lain benor pisang tu dgn kamu...




Sunday, May 29, 2011

Jangan Kata Awak Tak Jeles Dengan Tiga Makhluk Kiut Milik Saya Ni...

Animal Charm/Keychain


kiut kan? comel kan? elelee...jangan tipu la kalau awak tak tersuka bila tengok benda-benda kiut macam ni... Awak awak dan awak...nak tak?? ahaa...macam mana nak dapatkan Animal Charm/Keychain yang kiut miut ini?


Sebenarnya Animal Charm atau Keychain ini adalah produk jualan amal yang dihasilkan oleh KTAJ (Kucing Terbiar & Anjing Jalanan). Produk ini dijual untuk mendapatkan dana tabung KTAJ yang digunakan untuk menyelamatkan haiwan-haiwan terbiar dari segi kos rawatan, bil perubatan, pemandulan dan untuk mendapatkan tempat tinggal untuk haiwan-haiwan tersebut.


Terdapat banyak bentuk haiwan-haiwan comel yang berwarna-warni yang boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing. Sesuai untuk gantung di thumbdrive, handphone, kereta atau pada kunci sebagai keychain. Kalau nak tukar handphone strap/keychain-ball tu kepada keychain-ring pon boleh.


Antara pilihan yang ada adalah seperti berikut :


Baby Blue Whale - RM5

Baby Crocodile - RM8

Baby Froggy - RM5

Baby Panda - RM5

Baby Giraffe - RM8

Baby Kitty - RM5

Baby Orange Crab - RM5

oh! harga tidak termasuk kos penghantaran yer dan 
awak juga boleh request kaler sendiri yang menjadi idaman hati *wink*



boleh PM Cik Nerq for detail - www.facebook.com/nerqleman. Beliau adalah salah seorang admin KTAJ yang akan memenuhi impian anda untuk memiliki Animal Charm yang kiut miut itu menjadi realiti. Jadi apa tunggu lagi disamping anda membeli sekaligus dapat menderma untuk haiwan-haiwan terbiar yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan peluang kedua agar mereka dapat menikmati hidup dengan lebih selesa.


Semoga Allah memberi ganjaran pada mereka yang membantu sesama makhluknya di bumi ini...


*****


kakak Baby tolong mummy promote kejap sayanggg....




ceh! tak boleh pakai langsung! membuta saja hehh!!
Mimin tolong mummy yer sayang...






pantang suruh buat keje sikit, mintak upah saja grrrrr.....

Friday, May 27, 2011

" mummy, Wira sedih... "



 kenapa Wira sedih?




Momon kenapa tanak main dengan adik Wira sayang..??




eh! jangan la macam tu, tak baik tau....kesian kat adik Wira. Mata adik Wira sakit pastu dia tak ada ibu, kesian kan kat dia...




Wira kenapa ejek abang Momon 
macam tu??





tak boleh la cakap abg Mon macam tu, 
cepat mintak maap.








Monnnnn........

Thursday, May 26, 2011

Kenapa dengan 'ball' saya ?!!

Assalammualaikum w.b.t


Syukur alhamdulillah semuanya dah selamat.


Semalam petang habis kerja terus ambil MOMON dari Vet bawa pulang ke rumah. Masa ambil tu MOMON masih lena tidur dek ubat bius yang masih berbaki. Doktor kata rest-cage-kan dulu sehingga dia betul-betul sedar.



Malam dalam pukul 9 lebih tu MOMON dah sibuk nak keluar. MON paling tak suka dikurung, tak sampai hati saya tengok dia meronta-ronta dalam cage tu terus saya lepaskan. MON masih belum sedar sepenuhnya, jalan pon masih terhuyung-hayang. Tapi MON terus ke dapur carik makanan lapar agaknya seharian dia tak makan sebab berpuasa.



Bagi MON makan wet food. MON makan sikit pastu pegi kat balang blackwood mintak blackwood lepas makan blackwood MON pegi kat fridge mintak ikan bilis. Sakit sakit pon masih berselera MON MON...



Tapi lepas makan tu MON muntah. Sebab kalau ikutkan dia masih belum boleh makan sebab belum sedar sepenuhnya tapi kesian pulak bila tengok dia macam dah lapar sangat. Tak pelah...lepas muntah tu mungkin MON rasa lega dan terus tidur lena.



Pagi tadi tengok MON dah ok dah cuma muka masih sedih hehe...kesian pulak tengok dia. Nampaknya takde masalah, selera makan pon masih sama. Then tengahari tadi balik lunch tengok si MOMON dah berkejar-kejar dengan Wira, dah baik sangat la tu..syukur alhamdulillah







kenapa sayang...




kamu kan dah sunat sebab tu 
ball kamu jadik kecik macam tu..








Cuma satu jelah muka tu masih macam tak puas hati gitu...macam bengkekkk je tengok wa...lu pehal MON tengok tengok wa camtu *MODE: KL Gengster

Wednesday, May 25, 2011

Yuna & meowwmania. cehh ! tajuk nak gempak saja...

Assalammualaikum.


Hai kepada semua pembaca dan pencinta haiwan!
Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan gembira.


Bercakap tentang pembaca ada seorang pembaca senyap (silence reader) PM saya di facebook katanya "sekilas pandang ur face like YUNA". Dan semalam beliau menyapa saya dalam chat, bila saya tanya siapa..beliau kata yang dulu penah kata wajah saya seiras Yuna. saya pon macam ohh! ingat ingat...


masalahnya macam Yuna keee....? tang mana celah mana yang macam Yuna saya pon tak tahu. ce tengok ce tengok...





Gambar Pertama:
Yuna yang santek dan kurus bersama meowwmania yang gemok



Gambar Kedua:
sekali lagi Yuna yg santek dan kurus bersama meowwmania yg masih gemok. Yuna saya jeles dgn awak *sambil memuncungkan mulut



tapi saya tak kisah pong...saya terima je mungkin kalau saya dah kurus nanti baru seiras kot, sekarang ni tak berapa nak sama la kot HAHA... TAPI TAPI kalau orang kata wajah saya seiras Katrina Kaif itu memang saya setuju sangat lahh...










haaa sama kann??


wakakakaka....
sila muntah pepel sekarang ahaks~



ok ok sebenarnya saya bukan nak bercerita pasal Yuna, Katrina Kaif mahupon si meowwmania yang perasan ituh. sebenarnya saya nak bagitahu yang Si MOMON telah di-admit di klinik untuk disunatkan. Kawan-kawan tolong doakan anak bujang mata juling saya ni selamat dan semuanya berjalan lancar yerk...



:: Momon yang shomon ::

Monday, May 23, 2011

Misi CITAM Berjaya cis !

Assalammualaikum w.b.t


hohh lama tak online..busybody sikit, banyak ketinggalan cerita ceriti menarik rasanya. sat lagi nak ber-blogreading blog kengkawan.


cerita hari minggu hari tu pasal si Citam, dah basi kot tapi nak citer jugak. tempat persembunyian Citam time mandi hari tu adalah di bakul motor abah. langsung tak perasan sampai ke sudah tak jumpa cari. jadinya Citam telah berjaya menyelamatkan diri dari dimandikan cisssssssssssss dale!!










Citam BUSUKKK!!

Friday, May 20, 2011

♫♪ mari mari tuan dengar ini cerita ♫♪♪

Assalammulaikum.



Ada cerita panazzzz....berlaku malam tadi. Si MOMON yang dah pandai main kawin-kawin, yang kononnya dah beso panjang, dah bujang trang tang tang yang sebenor-benor nya idak lah seperti yang disangka.


Masa dah pandai nak geget-geget tengkuk si MIN tu ingatkan dah dewasa sangat lah kann tapi rope-rope nyaaaaa *sila play video di bawah ini..



video



muahahahahaha...... muehehehehehe..... muahuhuhuuu......




p/s: adakah ini taktik semata-mata supaya mummy tidak menyunatkan kamu?? oh! tidakk...mummy tak akan terpedaya dgn tipu helah kamu itu, tidak akan sekali-kali!! bersedia atau tidak bolos saja dinding ituuuu kamu mesti disunat jugak. muktamad! noktah! fullstop! titik!!

Wednesday, May 18, 2011

:: Main Kawin-Kawin ::

Assalammualaikum.


Ada berita tergempar!!


budak ni..


dengan budak ni..


dah pandai nak main kawin-kawin okeee.... Si Min dah mula menggedik, meleset-leset depan si Momon yang Momon pulak dah pandai nak geget-geget tengkuk si Mimin ha ha hayokkkk....

uwaaaa.....apa korang buat ni? bukan korang masih tecik lagi keeee... kenapa main kawin-kawin?? kenapa tak main lain....pondok-pondok ke...masak-masak ke.... kenapa? kenapa?? huhuu...



rasa seperti baru semalam kamu lahir ke dunia...



rasa belum puas mummy nak bermanja dengan kamu..



cepatnya masa berlalu..



tapi bila fikir balik memang patut lah...bebudak berdua ni dah 8 bulan pon, cepat betul masa berlalu. memang sepatutnya dah kembirikan bebudak ni masa usia 6 bulan tapi ada je halangannya. Si Min kurus keding kerana kecacingan, yang si Mon pulak terlibat dalam kemalangan tangguh punya tangguh sampai la bebudak ni dah mula pandai nak main kawin-kawin hohh! menyeramkan..


jadinya hari isnin tu cecepat la pergi ke klinik untuk buat appointment untuk bebudak ni tapi malangnya pembantu Vet tu kata doktor takde hari rabu nanti baru ada. hahh camana nih?? panic panic...tak boleh tunggu lelama kang jadik macam kes Citam dulu, biarkan 2 3 hari dia mengawan ingat takde pape sekali Citam dah terbunting.


Pembantu Vet tu suruh bagi injection dulu kat Min, injection untuk menghalang kehamilan. Injection tu tahan dalam 4 5 bulan so lepas tu baru kembirikan si Min. So takde pilihan lain balik rumah semula ambil Min bawa ke klinik untuk dicucuk. So Min sekarang dalam proses bertenang idak lah dia menggedik lagi, si Mon pon takde nak mengigit-gigit lagi. Selamat......


Cuma nak berkongsi sedikit pengalaman mengenai injection pencegah kehamilan untuk kucing ni, injection ni tak bagus sebenarnya sebab ada kesan sampingan jika digunakan banyak kali. sebab dulu saya pernah cucuk Si BULAT dalam 2 3 kali jugaklah masa tu memang saya kurang pengetahuan pasal kucing ni sebab Bulat adalah kucing pertama yang saya bela. Pada injection yang terakhir tu mula keluar nanah dari kemaluan dia. Bila bawak ke klinik Vet kat itu kesan daripada injection pencegah kehamilan cis! geram betul!!  masa saya mula ambil injection tu tak bagitahu pulak dah jadik macam ni baru cakap! Penyelesaiannya Bulat terpaksa dibedah untuk mengeluar dan membersihkan nanah dalam sistem peranakkannya. Kos operation tu mencecah hampir empat ratus ringgit tapi mujur Bulat dapat diselamatkan.


Moral of the stori, injection pencegah kehamilan boleh diambil tetapi demi untuk mengelakkan risiko dan keselamatan si comel anda jangan beri ia lebih dari sekali. Lebih elok kembirikan terus bila si comel dah cukup umur.



hahh tu apa duduk rapat-rapat tuh?!!



♪♫ boleh pandang pandang...jangan pegang peganggg ♫♪♫