Friday, July 29, 2011

Mimpi Si Momon


mimpi abg Putih curik blackwood 
lagi ke..?



hahh! mimpi hantu? 
hantu apa tu??




hantu pokok lambutan?? 
ishh...takutnya...




pastu...pastu...???






|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V






hishhh apa lar Momon nih! 
tanjat mummy taw...

Ajaran Istimewa Rasulullah SAW Untuk Buah Hatinya Siti Fatimah RA.

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda.


Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.


Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.



Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.


Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.



Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)



Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap.


Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.


Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.


Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.


Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan kerja rumah.


Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.


"Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya.


Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.


...


Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.


Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.


Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.



Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."


Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"



Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.


Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.


Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.


Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.


Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.



Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita."



Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.



Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"


"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.



Rasulullah SAW bersabda :

"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."



Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.


Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya.



Artikel - iluvislam

Thursday, July 28, 2011

Main Sembunyi Ibu Atau Kata Omputihnya Hide and Seek gitew....















Moral of the stori mori : Jangan lah menganiaya rakan atau adik anda lebih lebih lagi yang berstatus OKU, kesiann....

Monday, July 25, 2011

Lawatan ke Zoo Johor. Saya Sangat Teruja!

Assalammulaikum.


Apa khabar semua?
harap semuanya baik tiada yang jahat melainkan baik-baik belaka.


ni la nak citer, kita pegi zoo taw....awak pegi?? tak pegi kann *jakon*


dah bertahun tak melawat Zoo Johor ni, dah banyak yang berubah dan semakin banyak kemajuan. haiwan pon makin bertambah. tapi kan asal pegi zoo je mesti akan ternampak satu suasana yang menyedihkan. haritu ternampak arnab dalam kandang sayu je muka dia, langsung tak bergerak dengan bulu yang bergumpal-gumpal tuh aduhh kesian betul lah...sakit agaknya  :(


gambar tak banyak sangat ambik, biasalah orang tua bila masuk zoo teruja dia lebih daripada budak-budak sekolah tadika.


meh la jamu mata dengan sedikit gambar yang sempat saya tangkap...


video

Bird Show




beburung



ini kijang. betul! saya tak tipu. 
saya baca sendiri kat papan tanda dia tu *hurmm konpius sendiri*



ini baru kijang kot yang tadi tu kangaroo
"bang! betulkan papan tanda tu yer...nanti adik-adik tadika tu konpius"
padahal diri sendiri yang konpius, jahil sungguh!



ya habibi ya maulana, ana kasi tau sama ente..
ini unta lah unta...camel tahu??



ini rimau. tau rimau?? aummm bunyik dia...



-sama seperti di atas-



ini singa. kat kandang sebelah tu kan ada ibu singa ngan anak-anak dia, nampak macam baru lepas beranak tapi anak-anak dia tak bergerak lah  *cedih lagi*


ada sekor harimau kumbang tu duduk diam kat atas batu. jinak sangat kita siap boleh timang-timang lagi taw...jinak betul lah tapi bau dia busuk sikit sebab tuan dia kata harimau kumbang ni tak suka mandi. tapi tak pelah kan..busuk pon busuk lah janji kita boleh polok polok dia hikhik....nak tengok harimau kumbang nya?? meh saya tunjuk....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

memperkenalkan

|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



HACITAM !!

Friday, July 22, 2011

Mentor Si Wira

Assalammualaikum.


Hari JUMAAT!
Hari JUMAAT!! *teruja*
bestnya hari ni dah hari Jumaat hehee....




Wira budak mata catu. Perot sentiasa moncit tak penahnya surut tapi bukan boncit cacing boncit sebab makan tak berenti. Makin terasa kalau dukung budak nih, makin berat makin berisi. Dulu badan kurus sampai nampak tulang alhamdulillah makin sihat keadaannya sekarang.


Berselera sentiasa pantang mangkuk kosong mengiau saja pastu pantang dengar kita mengunyah menjerit macam 3 hari tak makan. selagi tak bagi selagi tulah dia memanjat badan, tak kiralah waima makan beskut kering sekalipon harus bagi dia rasa. bila dah rasa kalau kena dengan tekak dia, menjerit lah mintak lagi kalau tidak...dilenting-lenting dibuat main. bawak sabo jelah...




bila perot kenyang hati senang maka bergelimpangan lah mencari port port yang selesa untuk memproses taik mata. karang bila bangun terus menonong pegi kat mangkuk carik makanan. Indahnya donia kann...


Dalam gambar ni Wira tidur bersebelahan dengan mentornya. Mentor Wira seorang yang gagah perkasa dan macho sentiasa. Ciri-ciri yang sangat Wira kagumi. Lagi-lagi part makan tidur makan tidur tuh oh! hevenn...



Mentor Wira adalah si Merah. Sifu Merah.
Gagah perkasa bukan??


kena tidur dekat dekat nak ambil berkat...


Mentor telinga kepet, protoge mata catu...
dah kena lah tu ngeeee.....



Rasanya ada potensi si Wira ni mengikut jejak langkah Merah
kan kann....

Teka-Teki Imam Ghazali

بسم الله الرحمن الرحيم


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :


Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? "

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali = " Apa yang paling berat di dunia? "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


Sumber : iluvislam



p/s: saling ingat-mengingati dan bermuhasabah diri, mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan-Nya, insya'Allah...

Thursday, July 21, 2011

Anak-Anak Ku. eh! macam dalam rancangan Macam-Macam Aznil pulak :D

Assalammualaikum.




budak Wira ni kan memang seorang pembuli tegar. budak ni kalau membuli selagi dapat dikejarnya, diterkam, digeget. geget bukan geget gurau-gurau, memang kasik kunyah betul-betul. satu cara je nak selamatkan diri, mangsa kena melompat ke tempat tinggi sebab budak Wira ni belum lepas nak melompat tinggi lagi.




Baby Mushuk adalah salah seorang mangsa Wira. memang kesian sangat kalau tengok si Wira kejekan Baby Mushuk nih. si Wira pulak kalau kita marah ke, jentik telinga ke, babab montot ke bukannya reti bahasa lagi didaipnya tangan kita. sampai mak kata budak Wira ni ada something wrong agaknya sebab tak penah paham yang orang marahkan dia, selambeeeee jek! kita pulak yang sakit hati marahkan dia, dia tak paham.





Momon juga adalah mangsa favorite Wira. Semalam Wira buli Mon, dihambat si Mon ni ke hulu ke hilir, diterkam, digigit ekor sampai terjerit-jerit Momon. Kita dah hangin tengok nih, terus tangkap Wira, lepuk lepuk montot dia, jentik telinga dia sambil marah dgn intonasi yang bergitu serius sekali. Wira melawan sikit pon tak menunjukkan yang dia takut, jari kita pulak digegetnya.




Bila terlepas dari genggaman tu Wira terus cabut lari tapi belum sempat Wira nak menerkan si Momon semula, Min tiba-tiba datang terus perambat Wira dikejar sampai terpelosok member tu kat bawah lemari. Cakap kat Min "ok Min dah dah..." Min terus pusing pergi pada Mon terus cium-cium Mon. Min pon geram agaknya tengok si Wira ni dok buli Mon dari tadi.


baru padan dengan muka kamu! tahu pulak takut. Min saja lawannya baru bertemu buku dengan ruas. lepas tu Min asik peratikan Wira jer yang Wira pulak duduk diam tak bergerak kat bawah meja. Min memang garang pulak tu dia memang jaki dengan si Wira jadi bila kita marah Wira dia pon tumpang sekaki lah agaknya..


bila tengok Wira diam terkaku kat bawah meja timbul pulak rasa simpati. kesian pulak tengok budak mata catu tu terus lah ajak bebudak ni main kat luar, semua dok mengekor pesan kat bebudak ni main elok-elok tak moh gaduh-gaduh.











elok pulak perangai masing-masing. tengok Min ngan Wira boleh pon main together-gether. macam ni lah mummy nak, main sama-sama, baik-baik jangan gaduh-gaduh.

oleh kerana anak-anak mummy semua baik-baik belaka nanti masuk dalam mummy belanja blackwood okeh. tapi jangan lupa basuh kaki tangan sebelum masuk rumah tu yerk!

Tuesday, July 19, 2011

Kalau Ada Sumur Di Ladang Boleh Saya Menumpang Mandi, Alhamdulillah Umur Saya Panjang Boleh Lah Kita Bersua Lagi

Assalammualaikum w.b.t


apa khabar kawan-kawan semua?
diharap kawan-kawan semua berada dalam keadaan yang sihat dan gembira hendaknya


hari khamis minggu lepas saya ke shah alam atas urusan kerja selama empat hari di sana. jadual memang pack dari pagi hingga ke malam tapi biasalah budak baik sempat lagi curik-curik masa untuk program sendiri.


lagipon program tu penting, saya terpaksa menghadiri satu mesyuarat penting yang akan di pengerusikan oleh cikgu GtHans di tadikanya. mari sama-sama kita ikuti sedikit sedutan yang sempat dirakam ketika mesyuarat itu berlangsung...















walaupon terdapat sedikit kekecohan yang berlaku ketika mesyuarat tersebut berlangsung, akhirnya kami berjaya juga mencapai kata sepakat. biasa lah kami kan guru-guru yang profesional hekhek....


kami guru-guru yang berdedikasi dan bersatu hati *senyummm*


namun saya rasa terdapat konspirasi yang telah dirancang teliti oleh cikgu GtHans. beliau telah menjadikan si kecik Chibi ini untuk membalas dendam. kesalnya saya yang menjadi mangsa sedangkan cik Marie sepatutnya target mereka kerana cik Marie lah yang paling banyak membetah cadangan dalam mesyuarat tersebut ahahahahaha....


***


selepas tamat mesyuarat kami bergerak ke rumah pak ngah untuk melawat tiga anak bujangnya Leo, Puspa dan Aboo. pertama kali menatap wajah anak-anak bujang pak ngah hati terus jatuh terpikat. kacak nyeee....taff nyeee.....gebu nyeee.... rasa macam nak lepuk-lepuk jer ngeeee.....


yang depan tu Leo kat belakang pulak Puspa Nathan

hai awak! nape awak mok mok sangat nih *picit picit*








si Aboo pon tak terlepas hehe...

Aboo yang mudah terkujat ahahahah....





last last di Leo masuk dalam carrier dan Aboo masuk dalam cage untuk menyelamatkan diri masing-masing heheee....memang terbaik durian yang pak ngah hidangkan untuk kami hari itu..


pak ngah kopek saya telan, pak ngah kopek saya telan entah sampai berapa bijik saya pon tak perasan. natijahnya malam tu perot meragam tak boleh nak tidur huhuu...

oh! ini aiskrim mangga dapat jugak saya merasa aiskrim mangga buatan mak ngah hari tu hehe...


terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan yang sudi meluangkan masa melayan kehadiran saya, terima kasih kepada...

Umi dan rakannya Shima



p/s: semoga kita dapat berjumpa lagi di lain kali..