Sunday, August 28, 2011

Cerita Balik Kampong

Share












hamboih hamboihhh....sesedap ketupat jer kamu mengumpat mummy yerk! nak balik kampung mende nyee...dah memang sini lah kampung kamu, nak balik kampung mana lagi??
sekeh kang!!












Selamat Hari Raya semua!
Berhari raya lah dengan selamat

suka?

Saturday, August 27, 2011

Ku akan menyayangi.....

Share



Di suatu senja di musim yang lalu
Ketika itu hujan rintik
Terpukau aku menatap wajah mu
Di remang cahaya sinar pelangi
Lalu engkau tersenyum
Ku menyesali diri
Tak tahu apakah erti senyum mu



Dengan mengusap titik airmata
Engkau bisikkan derita mu
Tersentuh hati dalam keharuan
Setelah tahu apa yang terjadi
Sekian lamanya engkau
Hidup seorang diri
Ku ingin membalut luka hati mu



Widuri.....
Elok bagai rembulan... Oh sayang

Widuri......
Indah bagai lukisan... Oh sayang

Widuri.....
Bukalah pintu hati untuk ku

Widuri.....
Ku akan menyayangi...




MODE: mummy jebon sedang termenung



.....


....


...


..


.



oh! menu berbuka puasa hari ini....


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V




KAMBING GOLEK !!

suka?

Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran Dari Kami

Share
Assalammualaikum w.b.t


Cepatnya Ramadhan berlalu, tinggal berapa hari jer lagi giliran Syawal pula akan menjelma. Seronok ke nak beraya? Bagi saya biasa-biasa jer...tak teruja mana pon asik dok pikir pasal budak-budak jebon pulak.


Pertamanya nak kembirikan MIN.


Pastu si Putih kucing jiran tu pulak dah macam kucing terbiar dah, dalam kepala ni dah berkira-kira nak culik dan sunatkan aje. Sebab dia asik bergaduh jer, hari tu sampai bengkak bernanah tangan dia kena gigit sebab bergaduh. Bila dah sakit tu pandai pulak duduk diam kat belakang rumah buat muka kesian. Dahh tak kan kita nak biarkan, jadik lah misi (nurse) sementara dok rawat luka dia, hidangkan makan minum dia. Tapi bila dah baik bergasak lah lagi haihhh... Itu yang memang nekad nak sunatkan dia, kalau kucing sendiri senang kita nak gayakan masalahnya kucing org kan. Tu yang dok pikir...


Si Wira pulak kite risaukan mata dia tu, sejak akhir-akhir ni mata dia asik berair jer. Sebenarnya satu mata yg rosak tu perlu dijahit rapat. Vet kata tak boleh biar macam tu jer. Dulu masa pegi jumpa Vet Wira masih terlalu kecil jadi Vet nasihatkan tunggu dia besar dulu. Ingatkan bila nak sunatkan Wira boleh buat mata dia sekali tapi bila tengok mata Wira asik berair jer macam risau pulak. Tulah dok pikir nak buatkan mata dia dulu ke apa...? Dok pikir lagi...pikir..pikir...


Eh! penat la pikir. benti jap! Bagi can mummy nak berhoyeh-hoyeh kejap yerk bebudak jebon.


Sempena Aidilfitri yang akan menjelang tiba ni, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua teman-teman, pembaca dan pengunjung blog ini jika ada di antara kata-kata saya selama ini samada yang disengajakan atau tidak telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri. Ampun dan maaf saya pinta dan semoga Syawal kali ini akan membawa seribu kemenangan untuk kita semua, Insya'Allah...






eh! jap ekk...






oh! bebudak jebon ni sibuk nak ucap selamat hari raya jugak. haa sila lah sila....


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V





Happy Hari Raya 
Sorry Body & Soul

suka?

Thursday, August 25, 2011

Angan-angan di siang hari...

Share

























.....



....



...



..



.








Moral of the stori : Angan angan tanpa usaha tak akan berjaya.



p/s: lagi lagi yang berangan nak kaya tapi kejenya asik makan tidur sahaja. Sedikit ucapan utk si Wira mata catu  "hei Wira wirut! pooooodaahh!"  :D

suka?

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday : Tidur dengan gagah perkasa :D

Share


suka?

Tuesday, August 23, 2011

Penantian yang diakhiri dengan kehampaan. MODE: BabyMushuk yang kecewa.

Share



tunggu posmen? watpe tunggu posmen...? BabyMushuk ada mintak keje kee...??





kad raya??





eh! kan hari tu aunty m.q ada bagi kad raya.. BabyMushuk tak tawu ker..?





lar yer ker....shiannya
takpe lah nanti mummy potostet kasik sorang satu ekk.....





suka?

Monday, August 22, 2011

Cerita Hari Ahad : mandi time!

Share
agak agak sampai hati tak nak kejut budak ni soh mandi??



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V





ah! sampai hati jer
muahahahahaha........

suka?

Saturday, August 20, 2011

Sudah 2 Tahun :D

Share
Assalammulaikum w.b.t



Untuk menambah pengetahuan am kawan-kawan saya nak beritahu bahawasanya pada hari ini, 20 Ogos 2011 genaplah 2 tahun usia blog meowwmania.Syukur alhamdulillah bernapas lagi hiks... 



Saya telah melalui satu pengalaman yang menyeronokkan sepanjang mengaktifkan diri berblogging mengenai haiwan peliharaan saya.


Mendapat ramai kawan dan menambah ilmu pengetahuan sudah semestinya. Seronok dapat berkongsi cerita sedih dan gembira apabila memiliki minat yang sama. Seakan berbicara dengan mereka yang sangat memahami hati dan perasaan walau ada di antara kita yang tidak pernah bersua muka.


Oleh yang demikian, saya telah menghasilkan satu award simple yang dinamakan "Amazing Animal Lovers Blog Award"  untuk disebarkan kepada rakan-rakan pencinta haiwan sekalian sebagai tanda persahabatan dan penghargaan.


Dan berikut adalah empat blogger pertama yang dipertanggungjawab untuk menyebarkan award tersebut :

1) Cik marie @ Bila aku bersuara
2) Chika @ FullHouse
3) Cikgu GtHans @ ShomeyShayang
4) Kak Kimora @ rosmawatiyusof


Di harap kiranya Cik Marie, Chika, cikgu GtHans dan Kak Kim sudi menerimanya.






Sila ikuti langkah berikut :


1. Kopipes award ini di blog anda (klik kanan 'Save Image As..') *setkan size kpd 'original size' utk gmbr yang terang, jelas dan nyata.


2. Ucapkan terima kasih kpd orang yg telah mengetag anda (letak nama dan link blog)


3. Jawab soalan berikut :

a) Apakah amazing-nya memiliki blog pencinta haiwan ini?

b) Dalam ramai-ramai jebon meowwmania, jebon manakah yang berkenan di hati anda dan mengapa?


4. Tag 4 blog pencinta haiwan yang anda rasakan Amazing!


5. Maklumkan kepada 4 blogger tadi bahawa mereka telah di tag.




Award ini hanya lah untuk suka suka, sekadar untuk merapatkan lagi silaturrahim di kalangan blogger pencinta haiwan. Terima kasih kerana sudi menerimanya, saya amaaaaat berbesar hati *sambil kembang-kembang hidung



Semoga kita semua tidak akan pernah berputus asa dan akan terus melakukan apa yang kita lakukan, membantu sesama makhluk tuhan sama ada manusia mahupun haiwan, insya'Allah 



p/s: kawan-kawan boleh juga rujuk di SINI untuk melihat senarai blog pencinta haiwan

suka?

Friday, August 19, 2011

Si Momon punya cerita

Share
Semalam petang sementara tunggu waktu berbuka ikut abah pusing-pusing bandar. Saje lar dok hangkot si Momon sekali. Sebelum ni memang tak pernah bawak Momon naik kereta gitu saja, mesti masukkan dalam carrier.






Momon punya penakot, dalam lima minit tu dia asik menyondol jer nak sembunyikan diri. Kita yang peluk dia ni sampai terasa badannya menggigil hehe..kesian betul. Lepas dok pujuk-pujuk, usap-usap baru lah Momon berani tunjukkan muka. Itu pon diam terkaku jer macam tak bernapas ahaha...


...



Momon pada sepuluh minit yang pertama...








15 minit berikutnya...








20 minit berlalu masih sama posisinya hanya mata yang bergerak-gerak hehe....



...


Bila sampai rumah,  turun kereta Momon berjalan rendah macam askar mengendap musuh. Sampai lah masuk dalam rumah baru si Momon berani menegakkan badan. Sakit perot kitorang dok gelakkan budak juling ni tapi kesian pon ada macam trauma jer muka dia HAHA....

suka?

Mukjizat Azan

Share
Pesanan Semasa Mendengar Azan…


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.



Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”  Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.



Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .



Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izin-Nya menjanjikan syurga untuk mereka.



Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.  


“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin...”



Sumber - Oh! Islam

suka?

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday : Letih berpuasa??

Share

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

mungkin tidak




suka?

Tuesday, August 16, 2011

Alahai Anak Omak

Share
Assalammualaikum w.b.t



Alhamdulillah dah setengah bulan kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu, lebih kurang 2 minggu lagi jek nak raya! wahh teruja teruja!! Sebenarnya tak teruja ponn...dok mikir banyaknya duit raya nak kena keluar ahahaha...


Ok! kita abaikan perangai buruk saya ituh.


Cerita pasal malam tadi, kebiasaannya balik dari terawih saya akan terus menonong masuk ke bilik untuk memengsankan diri di atas katil. Memang sebelum pergi tu saya dah siap siap cuci muka, gosok gigi semua supaya balik terawih nanti saya tak perlu lagi ke bilik air yang akan terlebih dahulu melalui dapur. Saya cuba mengamal dan mengekalkan konsep no-more-food-afer-terawih. Sebab saya ni kalau bulan puasa orang lain makin kurus tapi saya makin gebu jadi makan selepas terawih dan kemudian masuk tidur adalah satu konsep yang amat MERBAHAYA bagi saya. Jadi harap maklong!


Berbalik kepada cerita tadi, bila saya melangkah masuk dalam bilik tup tup! saya tengok katil saya telah di-conquer oleh si Momon. Punyalah mulia tidur telentang kat tetengah katil hamboih hamboihh hamboihhhh *sambil laga-laga hidung dgn Momon


Dengan perasaan sayu saya menge-post status di pesbuk dengan harapan mendapat simpati dari rakan-rakan. Oh! rakan-rakan saya sangat prihatin di antaranya Cik Marie Elias, GtHans, kak Itajeff dan Cik Akazukin (bukan nama sebenar) Mereka mencadangkan supaya saya tidur jer di atas lantai, prihatin bukan?? grrrrrrrrr...................



"monn...tepi la sikit, mummy nak tidur gak"


bukak mata sikit.



tutup mata balik.


hnfff hnffff  *kembang kembang hidung menahan geram



tidur lena sambil menukar-nukar posisi tanpa rasa bersalah.



p/s: malam ini mummy akan menggunakan taktik baru!  muahaha hahahah hahahah *ketawa jaat

suka?

Monday, August 15, 2011

MON Dapat Kad Raya!

Share

eh! kenapa ni..?



Ooo ye ke..?? meh mummy tengok



ohh...ini kad dari Meow Meow Family kat Shah Alam

cuba Mon tengok...ada Bobo Salem, ada Chacha, ada sisfur Sachiko ngan baby Kochie..comel kann





perasan la pulakk....

eh! tak cakap terima kasih ke...??



dah! meh sini mummy simpan...



yerla mummy simpankan lar....mummy simpan elok-elok

mummy simpan dalam album biar tak rosak





p/s: tengkiu to aunty Masni Qisrine from MeowMeowFamily! Hepi Hari Raya to aunty, Bobo Salem, Chacha, sisfur Sachiko and baby Kochie. psssttt......aunty lupa nak letak duit raya utk Mon lah dalam kad tu  =^,^=


monnnnn...!!

suka?