Friday, September 30, 2011

Momon Nak Sunat Lagi...??




 Min kan baru lepas sunat, dia belum sihat lagi Min kena banyak rehat...kamu jangan lah kacau dia






eh Min kena potong kat perot taw.... panjang lak tu pastu kena jahit lagi cuba Mon tengok perot Min tu kesian dia.... Mon sunat dulu sikit jer kat tempat balls. Cuba kalau Mon kena potong kat perot macam tu macamana.. Mon nak rasa? kalau nak rasa mummy boleh sunatkan Mon lagi sekali, nakk....?




nak tak..??


Thursday, September 29, 2011

Cat Power


 hamboiiii.....mulianya budak dua hekor ni makan bertenggek kat atas mejaaaa!!!



siapa yang bagi dorang makan kat atas meja ni mak..??



alahh...tak pelah bior lah dorang tu makan...



aikk! ini sudah menimbulkan satu kepelikkan...selalunya mak yang bising kalau kitorang bagi makan bebudak ni kat atas meja.


kata mak takut kalau dah terbiasa nanti bila ada tetamu datang dorang sesuka hati pulak melompat kat atas meja, bukan semua orang boleh terima.


memang betul kata mak jadi yang baik tu kita ikut jelah kann...tapi ni macam dah terbalik pulak mak pulak yang tak kesah haihh...


kalau nak tahu ini lah yang dikatakan 'Cat Power' yang boleh merubah TAK BOLEH kepada TAK APA  hehehe...

Cepat sembuh yer sayang...

Assalammualaikum.


Semalam tengah hari dah amik si Min. Masa amik tu Min masih dalam keadaan separuh sedar, mata pon masih separuh terbukak, muka sedih jer hehe..kesian pulak. Doktor cakap semua ok jahitan pon cantik tak ada apa-apa masalah dan dah boleh bagi makan kalau dia nak.


Sampai rumah tu Min diam jer agaknya masih keliru tak paham apa yang berlaku pada dirinya. Si Mon dgn Wira datang terus cium-cium Min, Min diam jer takde respon. KakakBaby pulak datang dekat Min terus hissing hissing hehe..bau lain agaknya Min masih diam takde respon.


Bagi Min makan dia makan sikit terus keluar rumah ingatkan nak gi mana rupanya nak pee hehe...baiknya sakit sakit jalan terkepit-kepit masih bersusah payah nak pee kat luar.


Petang tu balik terus tengok Min kat dalam pet carrier, bila panggil je nama dia terus Min keluar naik kat atas riba bukan main manja lagi...tengah sakit la katakan.


mata kuyu masih belum sedar sepenuhnya..


tengok! bukan main peluk lagi, manja sungguh...


perut dah botak kena cukur hehe...


punya lena si Min tidur beriba, sampai naik sengal kaki ngan montot kite...nak alihkan tak sampai hati pulak huhuu takpe lah bagi can orang tengah sakit kann...



haa ni pulak muka pagi tadi masih dengan muka kesian tapi muka kesian tu tak boleh nak mengaburi mata mummy yg terer ini yer..., konon buat muka kesian tapi dah boleh melompat atas meja tinggi tu. haaa....nak berlakon la tuh konon nak soh mummy rasa bersalah buat dia sakit. tak dapek lah nak oiii....



p/s: cayang Min Tomin...muahhhh!!

Wednesday, September 28, 2011

Sunat Menyunat Amalan Yang Sihat :D




eh! ingat jugak yer dekat Min, ingatkan tak ingat...




mummy sunatkan Min lah kat klinik




eh kena lar....tak kira boy ke girl ke semua kena sunat baru lah sihat




alaa KakakBaby jangan lar cakap macam tuu....nanti tengah hari mummy pi amik Min yer...




heyy mummy sunatkan kucin jelah...mana ada mummy sunatkan orang ngee.....

Wordless Wednesday : Yoga??


for a better body

Tuesday, September 27, 2011

Giliran Min Tomin

Assalammualaikum.



Hari ni Min ikut saya ke pejabat. Bukan ikut suka suka tapi ikut ada makna. pssstttt.....dendiam taw Min tak tahu yang dia akan dikembirikan tuu... Bulan lima hari tu kan Min disuntik dgn ubat pencegah kehamilan so kira-kira dah boleh sangat buat sekarang ni takut tangguh-tangguh nanti berisi pulak macam si Sayang cik Marie tuu hikhik...


Klinik bukak pukul 10 jadi saya hangkut ke pejabat dulu malas nak ulang-alik lagi. Doakan anak dara saya ni selamat yer kawan-kawan...



ok mata siapa lagi beso...

Saturday, September 24, 2011

Adik baru..??

Assalammualaikum.



ini lah dia si comel yang saya ceritakan semalam. si comel yang dibuang di kawasan rumah saya. saya tak pasti berapa usianya tapi yang pasti dia masih boleh dikategorikan sebagai kucing yang masih kecil, lebih kecil dari Wira. 


Adik saya yang menjumpai si comel ni, peliknya menurut kata adik si comel ni berada di tengah-tengah jalan raya di depan rumah saya. mula-mula adik ingatkan kucing dah mati tapi bila adik datang dekat dia mengiau, terus adik amik bawak balik ke rumah. Pelik kan...kenapa kucing ni boleh berada kat tetengah jalan? ada orang yang sengaja letak ke? kalau ada orang letak pon kenapa dia tak bangun? sedangkan si comel ni boleh berjalan....musykil betol saya. macam-macam yang bermain di fikiran saya ni tapi takpe lah yang penting si comel ni dah selamat.



si comel ni boleh dikatakan dalam keadaan yang baik cuma kurus dan tangan sebelah kanan tu macam ada luka sikit bila saya perasan si comel ni berjalan dgn mengangkat sedikit tangannya. dan walaupon comot tapi beliau bersih dari kutu atau kurap. gambar diambil selepas dimandikan, dah bersih tapi kat hidung ada tiga titik hitam yang tak boleh dihilangkan hehe...



lepas mandi bagi makan blackwood campur 
wetfood Qiut dan sedikit air.


berselera betul si comel ni makan siap berbunyik-bunyik lagi hehe...



si Wira pulak asik membontot jer si kecik ni...marah benor dia


lepas mamam macuk kotak lalalala~~~












alahh sama jer...kamu tu bukannya baik sangat pongg
kah..kah..kah

Friday, September 23, 2011

Susah Kalau Orang Tak Sedo Diri Ni....

Assalammualaikum w.b.t


yuhuuu kite dah balik.. "ada aku kesah!" ah tak kesah lah awak kesah ke tak, kite kan peramah saja lar bagitahu hikhik *ketawa gediks


semalam tiba jer rumah jejebon semua dok kerumun keliling, memasing muka curious nak tahu apa yang mummy dorang belikan untuk dorang kan.. Kite pon keluarkan lah beberapa tin Qiut untuk diberi pada jejebon semua.


tapi dalam ramai-ramai jebon tu sekor jebon ni sibok dok menyondol satu plastik bag, pelik gak...rupanya bila tengok plastik bag tu berisi kasut yang kita beli. sebenarnya kotak kasut tu yang dikehendakkan oleh si jebon sekor nih.


siapakah gerangannya si jebon ituh? mari sama-sama kita lihat...


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



 si jebon Puteh...


yang tak sedo diri....



yang menyangka dirinya masih comel



Sekian, terima kasut!
( ni baru bebetol terima kasut ahaks.. )

Monday, September 19, 2011

Anak ramai ni...sesekali anak yg tua tu kena jugak diberi perhatian. Tak boleh pillih kasih. Kata mummy mithali ngeeee.....



ha'ah la ibuBulat. esok mummy pegi dalam tiga pat hari camtu lah... kenapa ibuBulat tanya...?






ha'ah...kenapa ibuBulat..?






alaa...takpe lah sekali sekala jer dorang tidur ngan ibuBulat, bukan selalu pon...









Sunday, September 18, 2011

BabyMushuk Hebat Memburu?? Tak payah memburu nak oii....mummy dah belikan seguni blackwood dah ni...

Assalammualaikum.



Sejak akhir-akhir ni perasan BabyMushuk jarang ada kat rumah. Bila balik tu dia tidur berjam-jam macam tiga hari tak tidur. Pelik jugak.


Pastu kat bawah pokok rambutan tu selalu ada bulu burung. Mak kata dua tiga kali nampak BabyMushuk yang bawak balik.


Memang daripada dulu perasan BabyMushuk hebat memburu, dia penah bawak balik ular, sesumpah, anak ayam, katak, burung lar yang selalu sangat. Dia bukan makan pon tapi saja suka buat main. Beberapa kali sempat selamatkan burung yang dia buat main, tapi ada jugak yang tak bernasib baik jumpa jumpa dah tak bernyawa. Kesian..


Jiran kat belakang rumah tu selalu bagi makan burung pipit yang banyak kat kawasan rumah ni. Kat situ lah BabyMushuk selalu pergi, suka betul dia peratikan burung-burung tu makan. Terhendap-hendap sambil menggoyangkan ekor menunggu masa yang sesuai nak menerkam mangsa.



gigih memerhatikan burung-burung makan



tengok! dah ada bulu burung....
mesti dah ada yang menjadi mangsa haihh


***


BabyMushuk! 
kamu buat apa tuu...??!




kamu tangkap burung kan..?!!




huhh masih tak mengaku!! *sambil kepal-kepal penumbuk

Saturday, September 17, 2011

Hacitam Hampeh !




Citam pandang lar sini kejap...mummy nak cakap sikit




kejap lar...mummy nak cakap ni... ada orang kirim salam kat kamu katanya dia ghindu kat kamu taw




cik marie...





hamboiihh.....tak sayang mulut kang kalau kena cili dengan cik marie, mummy tak tawu yer....




p/s: cik marie mahapkan lar si hacitam tu yerk....dia tengah bengang tu kena mandi hehe...