Tuesday, November 29, 2011

Makan Tanggung Berak Cangkung

momoonnnn!!
kan mummy dah cakap pasir banyak-banyak kat luar tu bukan tempat untuk kamu yayak! itu pasir untuk dibancuh dengan simen. tak paham-paham lagi ker?!!






hamboiiii.......pandainya menjawab!
siapa kata??!





teteehhhhhh........................................................................................................................................................................................................









nak kena budak-budak ni taww!!

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Maal Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat. Alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah swt untuk menyambut kedatangan tahun baru.


Dan dalam menyambut kedatangan tahun baru ini, sunat bagi kita membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun.



Doa Akhir Tahun yang bermaksud :


Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan-Mu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupakan perkara itu. Engkau telah menangguhkan azab-Mu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari-Mu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Amin...


Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar. Dan ketika membaca doa ini maka akan berkata syaitan "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga"



Doa Awal Tahun yang bermaksud :


Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang Maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepada-Mu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepada-Mu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga bagindan dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Amin....


Doa dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib. Dan ketika doa ini dibacakan maka akan berkata syaitan "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan"



Semoga kita semua berada di dalam rahmat dan redha Allah, insya'Allah...

Thursday, November 24, 2011

Dia datang! Jeng..jeng...jeng dengan lenggang lenggoknya...

Ini kucing hari tu yang saya ceritakan dalam entri INI. Eh! tapi betul lah...dia datang balik ke rumah saya :D




malam dia datang menumpang tidur...





siang pulak dia datang menumpang makan hehe..



p/s: next time datang time mummy mandikan jejebon yer...nnti leh mandi skali muehehe....

Monday, November 21, 2011

Misi Citam Gagal Lagi

gambar hari minggu lepas


Citam dgn wajah kebengangannya kerana misi mengelak dari kena mandi gagal lagi walaupon setelah menyamar sebagai.....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sebuah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
tudung saji






gud efford Citam. next time cuba lagi yer...hihihi

Tetamu Di Pagi Sabtu

Assalammualaikum.


Hari Sabtu pagi lepas semasa berjalan kaki nak pergi mengaji terserempak dgn sekor kucing betina ni. Sekali tegur jer terus dia mengikut jinak betul langsung tak takut dgn orang. Kucing tu ikut sampai ke rumah cikgu mengaji saya, sampai kat sana tanya kat cikgu...


"kucing siapa ni cikgu..?"

"entah saya pon tak tahu, tapi selalu dia datang sini. Tadi saya kasik ikan dia tak mahu.." terang cikgu mengaji saya panjang lebar


sepanjang mengaji kucing tu duduk menunggu saya kat sebelah kaki. bila saya balik kucing tu cuma tengok jer... Sampai rumah lepas salin pakaian saya terus ke dapur tiba-tiba saya nampak kucing tu dah ada kat dapur. aikk..pelik betul! bila masa yang kamu dah tercongok kat situ hahh??


kucing tu nampak macam dah biasa dgn orang tak takut langsung dengan orang asing dengan bebudak jebon pon dia buat tak nampak jer...selamba masuk meng-explore rumah pastu lepak atas kusyen. bebudak jebon pulak yang memasing menderam, kembang-kembang bulu bagai hehe...


saya bagi blackwood dia hembus-hembus jer jamah pon tidak. kenyang agaknya. mungkin kucing bertuan kalau kucing terbiar mau licin blackwood tu ditelan. bila usap-usap kepala rasa macam ada kesan luka yang dah berkudis, bergaduh agaknya. kucing siapa lah ni, kurus jer kotor pulak tu keee baru kena buang?? hurmm entah lah...waallahualam




dua jebon yang jakon dgn kehadiran pendatang baru


terhendap-hendap umpama askar menghendap musuh


cakk! 


comel kan..


tapi mata sebelah kiri tu macam cacat sikit


tak tahu lah cacat semulajadi atau cacat sebab cedera ke apa


kurus panjang jer badan dia


si Mon ngan Wira yang tak sudah-sudah mengekor kucing tu....kembang kuncup hidung memasing dok ambik bau hehe







Wira kamu tak payah la nak berangan mengorat si kucing tu....tak lama lagi hilang lah balls kamu tuu :p



petang ahad tu tengok kucing tu dah takde mungkin dia pergi ke rumah cikgu mengaji saya semula. takpe lah kat mana-mana pon harap-harap dia selamat. bila-bila nak datang balik silalah...nak balik untuk makan tidur saje pon takpe...pintu sentiasa terbuka :)

Kisah pukul 3 pagi...

Pukul 3 pagi tadi saya terjaga, terkejut melihat makhluk mata satu sedang merenung tajam ke arah saya. Cepat-cepat saya capai handphone untuk mendapatkan cahaya.


hohh! Wira rupanya....







"nape tengok mummy jer ni..."


"nape tak tido..??"


"meowww...." kata Wira sambil menyondol-nyondol mukanya ke muka saya.


"adoiii takan pukul 3 pagi pon nak soh mummy garu ni?!!"


"meoww...meoww..meowwwww!!!"


"amboiiii melawan yer..." sambil garu-garu Wira.




Moral of the stori : Saya AMAT mengantuk sekarang ni. Sekian, harap maklong.

Friday, November 18, 2011

9 Sebab Hati Tak Tenang

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..


2. Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.


7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.


8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.


9. Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


source -  iluvislam



“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang BERUNTUNG. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang RUGI. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang CELAKA” 
Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Thursday, November 17, 2011

MaMolly & Angry Bird





ha'ah hot sangat!





a'ah dowang jeles hihihih.....
angry bird la sangaaatttt

Tuesday, November 15, 2011

♫♪ Apa khabar orang kampung lama sudah tak berjumpa..♪♫♫

Assalammualaikum


Lamanya tak bersiaran, lama tak menjengah rakan-rakan pencinta haiwan, rindu sangat! mesti banyak cerita yang dah tertinggal. Harap-harap semuanya baik-baik saja.


Ada juga berita sedih yang saya terima, ada di kalangan rakan-rakan kehilangan si comel tersayang. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga rakan-rakan yang terlibat dapat menghadapinya dengan tabah.


***

Oh ya...sebelum terlupa nak ucapkan terima kasih kepada aunty Lupie kerana bersusah payah mengirim bantal catnip untuk jejebon saya. Terima kasih aunty Lupie! bebudak jebon semuanya suka sampai basah bantal tu dikejekan.






"masa abg posmen hantar mummy outstation jadi Mon kene tunggu sampai mummy balik, lama taw Mon tunggu mummy. Tapi sekarang kitorang dah dapat main. Tapi bantal catnip aunty tu dah jadik macam bantal busuk sebab penuh dengan air liur kitorang tapi Mon dah suruh mummy basuh. eh! boleh basuh ker aunty?? tapi mummy kite dah terbasuh heheee......"






p/s: update entri laju-laju sebab kena jeling dengan bos