Wednesday, December 28, 2011

Bebudak Cinonet Comot

Sejak ada bebudak cinonet tu kat sini, saya memang tak lekat lah duduk kat ofis. Kejap kejap hilang, kejap kejap hilang. Walaupon makcik guard tu ada tolong bagi bebudak cinonet tu makan setiap 3 jam saya tetap nak pegi tengok.


Bila nak keluar tu saya selamba jer keluar menonong-nonong tapi bila masuk tu tersengih-sengih maniskan muka. Yelah kann....orang dah buat salah, mengulor time kerja ngeee......


Memula tu bos tak tanya pon tapi bila ada orang call carik saya bos kata saya asik pegi berak jer. Saya tahu pon sebab org yang carik saya tu bagitahu. Hampeh lah bos! Lepas tu la agaknya baru dia tanya saya. Bila saya cakap saya keluar sebab bagi kucing makan, bos terus senyap seribu bahasa tak tanya pape hehe..


Oh yer....saya ada belikan bebudak cinonet tu susu. Tak berani nak beli satu tin, saya try yang pack kecil dulu. Satu pack kecil tu pon dah doploh hengget, rasanya tak sampai sebulan tahan tu kot entah-entah seminggu dua jer. Takpelah saya try dulu kalau bebudak cinonet tu suka nanti boleh beli lagi. Bagi dorang minum susu bior cepat beso ;)


Memula saya bancuh susu tu gitu saje then letak kat piring soh dorang minum tapi bebudak cinonet tu tak reti rupanya. Orang suruh minum dia pegi berenang pulak kat dalam piring tu adohhhlahai...


Pastu saya campur kat dalam wetfood dorang barulah dorang pandai minum. Nampaknya bebudak cinonet tu suka. Alhamdulillah saya pon tumpang suka tengok dorang minum. Memasing minum dengan penuh perasaan, gelihati saya tengok.




nom...nom.. nom


kaki kalau tak masuk dalam pinggan memang tak sah!


dua hekor budak cinonet yang kuat makan


walau dah kenyang masih sayang nak tinggalkan pinggan


nom.. nom..
cuba teka siapa saya??


saya lah cinonet si mata sepet
walopon mata saya sepet tapi perot saya tak sepet, peace!



Muka bebudak cinonet yang kekenyangan...


eeee....comot!


cecomot!


cemomot!!


comootssss.......!!

Orang kata jangan BENCI, Nanti lama-lama SAYANG. Haaa....kan dah betol..!!

Dulu MinTomin sangat sangat tak suka, benci, jaki dengan si Wira. Tapi sekarang.... 



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V












..dah boleh makan semangkuk, 
tidur sekatil lagi hikhik....shuwit!!

Wordless Wednesday : In Construction

Tuesday, December 27, 2011

Anak-Anak Kucing Malang

Assalammualaikum w.b.t


26hb Disember masa cuti Hari Krismas hari tu saya ke pejabat kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Selesai melaksanakan tugas saya nak terus pulang ke rumah.


Dalam perjalanan pulang semasa turun bukit selepas selekoh tajam saya terkejut bila melihat beberapa ekor anak kucing keluar dari kotak yang diletakkan betul-betul di tepi jalan. Mesti orang baru buang ni...sebab semasa perjalanan datang ke pejabat tadi memang takde.


Orang yang membuang tu pon agak-agak lah. Ada ke diletak jer kotak tu kat tepi jalan kompem kompem lah kucing-kucing tu akan keluar dari kotak tu. Karang kalau kata takde otak marah pulak ke memang nak suruh kucing-kucing tu mati dilanggar kenderaan hishhh....


Saya cuba undur balik kereta kerana dah terlajak, tengah dok undur ada pulak kereta datang dari belakang. Saya terus nekad letak kereta di bahu jalan. PON! POONNN!!  kena hon huhuu... SORRY!!  Saya dah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Saya kena jugak ambik budak-budak kecik tu kalau dibiarkan memang tak panjang lah umur mereka.


Bila sampai keempat-empat anak kucing tu masing-masing dah keluar dari kotak dan mengiau tak henti-henti. Masih terlalu kecil dan dibuang tanpa ibunya. Kesian. Saya tengok kesemuanya kurus dan sakit mata. Terus saya masukkan mereka kembali ke dalam kotak. Saya tak jadi pulang ke rumah saya terus patah balik ke pejabat. Sampai pejabat saya terus mencari makcik guard di situ, makcik guard tu pon suka kucing. Beliau selalu memberi kucing liar di kawasan tu makan.


Saya beritahu pada makcik guard yang saya tak boleh membawa pulang anak-anak kucing tu dengan keadaan rumah saya yang daif dan masih dalam proses pembinaan. Jadi keadaan di rumah sangat berserabut, tongkang pecah pon kalah huhuu.... Jadi saya cadangkan supaya saya dan makcik tu jaga saja anak-anak kucing tu di sini. Makcik guard tu pon setuju dia mencadangkan supaya saya meletakkan anak-anak kucing tu dalam sebuah stor yang tak pakai. Bila tengok stor tu luas, besar dan selesa saya terus setuju! Saya berpakat dengan makcik guard tu yang kami akan bergilir-gilir menjaga mereka. Beliau akan tolong beri makan pada waktu siang dan saya pula akan datang memberi makan pada waktu malam.


Selepas berbincang dan berpakat membawa berkat. Saya terus keluar membeli beberapa tin wetfood dan ubat sakit mata untuk budak-budak kecik tu. Kibbles pon saya beli jugak untuk budak-budak besar yang selalu temankan makcik guard di situ.


Jom kita tengok gambar bebudak cinonet tuh...


putih ada 2 satu putih kuning...

satu putih kelabu

kuning oren lak ada dua..

yang satu aktif..


yang satu lagi kurang aktif sebab kena sakit mata yang teruk

tapi mereka dah pandai makan sendiri


kalau masih belum pandai makan tentu saya akan saaangat bersusah hati...


haaa....budak ni yang paling aktif, nak melompat jer keje dia...rasa macam nak picit picit....


piciiittttt............. eh! ihihihii


lepas bersihkan dan letak ubat mata, 
mata si kenit ni dah boleh bukak :))


saya letak ubat ni, jejebon saya sangat serasi dengan ubat ni sebab ubat mata ni ada antibiotik sekali. Tapi sebab anak kucing tu masih terlalu kecil saya cuma boleh letak sekali dalam sehari saja. harap-harap sesuailah dia dengan ubat ni..


***


Terima kasih makcik! Lega rasanya bila ada orang yang sudi membantu dan berganding bahu. Orang kata.. berat sama dipikul ringan sama dijinjing jadi segala urusan menjadi mudah. Seronok bila berkongsi minat yang sama dan sangat sangat seronok bila dapat membantu makhluk kecil yang tak berdosa itu :))



p/s: tak sabar nak tunggu bebudak cinonet ni besar sikit, tak sabar nak mandikan kamu ngeh..ngehh

Friday, December 23, 2011

Kucing berhibernasi??

Hibernation atau hibernasi adalah keadaan di mana seekor haiwan melakukan tidur panjang ketika menghadapi musim dingin. Ada sejumlah mamalia yang melakukan hibernasi. Salah satunya adalah beruang.








Beruang melakukan hibernasi untuk mengurangkan jumlah kalori yang digunakan oleh tubuhnya. Selama berhibernasi, suhu tubuh beruang akan menurun. Dan jantungnya akan berdegup lebih perlahan. Hibernasi ini boleh berlangsung selama 3-6 bulan atau lebih. Uniknya selama berhibernasi beruang tidak akan bergerak sedikitpun dari posisinya. Selama itu mereka tidak akan makan atau minum. Kerana pada musim dingin mereka sukar mendapatkan makanan dan itulah tujuannya beruang melakukan hibernasi.


Tapi jangan terkejut kucing juga boleh berhibernasi. Buktinya si MOMON. Sepanjang musim hujan ni Momon boleh berhibernasi sepanjang hari di rumah. Cuma perbezaan di sini beruang berhibernasi untuk menyimpan tenaga kerana kekurangan makanan pada musim sejuk tetapi Si Momon ni pulak berhibernasi kerana kekenyangan. Betapa beruntungnya kamu Momon! Kalau tak bersyukur jugak tak tahu lah...










p/s: tapi bagus jugak budak ni hibernate kuranglah sikit dia nak merayap. Adakah kucing anda juga berhibernasi??  hehe..

Tuesday, December 20, 2011

MODE: Bersiap-sedia menghadapi banjir.

Assalammualaikum w.b.t



Semalam satu hari hujan. Bila tengok air sungai penuh, gundah-gulananya hati. Ada di antara kawasan rumah yang berkedudukan rendah telah pon dinaiki air. Ramai yang dah mula bersiap-sedia nak menghadapi banjir.


Alhamdulillah hari ni hujan berhenti tapi masih dalam keadaan berjaga-jaga bila Jabatan Meteorologi meramalkan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana akan berlaku di beberapa tempat di negeri Johor dan dijangka berterusan sehingga hari Khamis 22 Disember 2011 (macam weather girl plak rasa ngee......)


Risau memang risau. Bertambah risau bila mengenangkan bebudak jebon yang sepuluh hekor tu. Kalau banjir ke mana lah saya nak hangkut jejebon tu semua?? memang takde cara lain terpaksalah saya berendam air tinggal di rumah bersama mereka seperti tahun sebelumnya.


Bayangkan lah dengan keadaan rumah yang dah macam tongkang pecah, ditenggelami air, dengan bebudak jebon tu lagi. nak memenuhi keperluan dan kehendak dorang, makan tu tak kisah la sangat tapi bab poo pee tuuuuu...azab weyy SEPULUH hekor yer SEPULUH hekor. Bayangkaannn................


Apa yang boleh dilakukan pada ketika ini adalah berdoa. Doa tu kan senjata orang mukmin :) Tapi kalau dah tertulis kami bakal menjadi mangsa banjir untuk kesekian kalinya. saya dan bebudak jebon redha menerimanya sobs..sobs...*sambil kesat hingus



hujan-hujan macam ni bebudak jebon bukannya reti nak risau ke hape membute buat taik mata jelah kejenya haihh....













***


Surah ni mak suruh saya amalkan pada musim hujan untuk elakkan banjir. Ayat 44 daripada Surah Hud, bismillahirrahmanirrahim...



Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".  
[Surah Hud ayat 44]

Monday, December 19, 2011

Molly & Wira

Assalammualaikum.



WIRA

hari khamis lepas dah bawak Wira jumpa vet untuk bukak jahitan kat mata dia. vet tu terkejut bila dia hanya jumpa 2 benang jahitan saja yang lain katanya hilang, saya kata bukan hilang tapi si Wira ni dah bukak sendiri huhuu...penah sekali saya bersihkan mata Wira saya perasan macam ada benang hitam yang tertanggal rupanya memang betul lah haihh mujurlah tak apa-apa...Wira betul!



MAMOLLY

Molly pula nampaknya luka kat badannya dah semakin sembuh mujurlah Molly tak demam. bimbang jugak saya bila tengok jumlah luka kat badan dia tu terutama pada bahagian bawah badan sehingga ekor memang penuh dengan kesan cakaran dan gigitan, ekor Molly besar membengkak. mungkin sebab cepat dibersih dan diletak gel gamat maka lukanya tak melarat alhamdulillah...


Wira selepas sunat ni saya perasan dia dah mula menunjukkan perasaan sayang pada adiknya Molly. masa kejadian Molly dibelasah hari tu Wira kelam-kabut mendapatkan Molly dicium-cium dan dijilat-jilat adiknya tu, terharu saya tengok.


sampai sekarang ni Wira dan Molly selalu dilihat bersama-sama. Berbeza kalau dulu Molly selalu dibuli tapi sekarang Wira selalu menjilat membersihkan Molly mungkin simpati dan faham adiknya dalam kesakitan.




pokoknya di mana ada Molly di situ ada Wira ^_^

Friday, December 16, 2011

Kesian MaMolly...

Assalammualaikum.





cuba tengok muka si MaMolly ni sedih jer kan...memang tengah sedih pon. MaMolly tengah dalam kesakitan, kucing jantan jiran belakang rumah tu dengan tak semena-mena telah membelasah Molly.


pelik betul takde angin takde ribut tiba-tiba jer dia serang Molly. padahal Molly tu betina, kecik lagi pulak tu apsal pulak dia nak naik angin dengan Molly. kot yer pon nak beradu tenaga carik lah yang sepadan. kesian Molly...






habis luka-luka badan Molly agaknya sambil Molly lari tu sambil dia dicakar dan digigit sampai tergolek-golek Molly, habis kotor dan berdarah badan dia. kesian sangat tengok. mujur lah saya cepat sampai untuk selamatkan Molly kalau lambat agaknya sampai lembik si Molly dikejekan. masa bersihkan badan dan letak jeli gamat pada luka Molly, dia diam jer tapi badannya masih mengigil dan bulunya masih dikembangkan tanda dia masih dalam ketakutan.


tulah susahnya kucing tak sunat nih suka sangat nak carik pasal. orang lain yang tak sunatkan kucing, kucing kita pulak yang jadik mangsa. dah banyak kali kucing jantan tu carik pasal ngan bebudak jebon, kalau setakat si Merah ngan si Putih tu tak heran sangat sebab dorang dah pandai nak mempertahankan diri. ini si MaMolly pulak yang kena. Kesian Molly  :((

Momon Dikenakan Perintah Berkurung

Assalammualaikum.





nampak tak mende yang melekat kat bulu si Momon tu..? itulah hasil yang dia bawak balik selepas puas merayap. 



si Momon ni menyusur dalam semak-samun gamaknya, penuh satu badan rumput bulat-bulat tu melekat kat bulu dia. jenuh nak sikat bulu Mon, yang tinggal tu dah bergumpal-gumpal memang tak boleh nak diselamatkan.



gunting jelah jawapannya...





MOMON you are grounded !!





sebab kamu degil tak dengar cakap mummy!





amboii siapa yang ajar menjawab nih?? 
macam pernah ku dengar ayat ini...hurmm *sambil garu dagu :p





haa menjawab..menjawab!! kamu ni tak tahu ker mummy ni risau ke hape ke dok menunggu kamu balik. kamu buat tak reti jek.. bla..bla bla...bla..........