Tuesday, January 24, 2012

Picnic bersama rakan-rakan Pencinta Haiwan

Share
Assalammualaikum.


Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina baru ni amik kesempatan bercuti bertemu rakan-rakan pencinta haiwan. Acara berpicnic makan-makan sambil beramah-mesra bersama pencinta haiwan yang dianjurkan oleh Papa Meow. Siapa yang baca blog papa mesti tahu sebab papa jemput semuuuaaaaaa orang :))


Seronok jumpa rakan-rakan pencinta haiwan yang selama ni cuma berhubung dari Blog dan FB. Yang paling best makanannya banyak gilos! Sedap hingga menjilat mulut :p



ada mee goreng, nasik goreng, ikan bakar, udang, sotong, sosej bbq, roti jala, ayamas, buah-buahan, kuih-kuihan, kek-kek_an dan memacam lagi lah..


pilih saja yang mana berkenan..


scottish pie ngan lasagna aunty Dadu ni memang mabeles!!


haaa....yang tengah tulah aunty Dadu, belah kiri tu Mya Meow Amy, belah kanan Katrina Kaif ;p


mereka dan...


mereka ini adalah di antara orang kuat yang tolong menyediakan makanan


yang ni pulak orang kuat makan ngeeee.....


Ruby sedang gigih mengaul rojak, manakala pak ngah setia bersama mem nya mak ngah...


Bella bersama jagungnya...


Chika comel!


 yang ayu berbaju kurung tu siapa tak kenal, itulah tatak@kakak@cikgu GtHans ;)


hai tatak! tatak makan apa tuu??


sikit jer tau tatak makan. sila percaya. :p


dalam gambar dari kiri; Tedi, sebelah tedi mak ngah, pak ngah, uncle Adam, depan mak ngah kak Tuah Hanani, yang nampak lutut jer tu adik Wawa kikiki~



mami Ana Lewis! yang kat belakang tu Mya 


cikgu GtHans, aunty Dadu...eh! ko lagi Mya :D


haa yang duduk kat atas batang pokok tu Ery sebelahnya Shah Dolores


cuba teka apa yang sangat menarik perhatian mereka-mereka inih?


MEMET!! yang boleh dikatakan buas ketika itu kerana dipaksa menjadi bodyguard untuk menemankan tuannya Ery untuk hadir pada acara hari itu ngeee.....(Ery mintak amponnn....)


cantik sungai kat situ walaupon airnya cetek tapi sangat jernih!
terima kasih Ruby sudi jadik model ;p






kalau ada sumur di ladang boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagik!

suka?

12comments: