Monday, April 2, 2012

Bebudak Nonet Nusyuk!

Share
Assalammualaikum.



Ada yang rindu kat bebudak nonet yer....alalala shuwitnyaaaaa. Bebudak nonet ada, mereka sentiasa dalam perhatian saya. Pada yang rindu tu sila lah tatap puas-puas wajah bebudak nonet nusyuk ni yer...











Hari tu bebudak nonet ni jatuh sakit empat-empat ekor pulak tu, panic jugak la saya. Tak nak makan, muntah, demam dekat seminggu jugak lah. Dua kali saya bawak jumpa Vet. Klinik pertama tu macam takde pape perubahan jadi saya bawak ke klinik lain dan alhamdulillah mungkin sesuai ubatnya bebudak nonet mula menunjukkan perubahan positif, ada selera nak makan dan mula aktif bermain. Lega sangat sangat! Sampai Pak Omar tukang kebun kat ofis saya tu pon cakap "baru lah nampak Lynn senyum kalau tidakk...." kalau tidak memang bonyok jelah muka saya hahaha... Mana taknya empat-empat ekor sekali sakit mana lah saya tak risau.


Sembuh dari sakit tu bebudak nonet diserang kurap pulak. Ada sekor kucing betina baru kat sini berkemungkinan besar dibuang orang. Kucing betina tu penuh kurap kat bahagian muka dia kesian sangat. Budak nonet yg sekor tu memang peramah dan mesra alam selalu lah dia menegur kucing betina tu walaupon kena sembur. Dan akhirnya berjangkit lah kurap tu pada dia selepas itu pada adik-badik yg lain pulak. Yang kucing betina kurap tu dah baik dari kurap sebab hari-hari mandi minyak gamat. Sekarang turn bebudak nonet pulak mandi minyak gamat. Padan lah dgn muka mereka huhuu...


Pejam celik pejam celik dah tiga bulan bebudak nonet dok kat sini. Sedih bila mengenangkan dorang terpaksa membesar kat dalam bilik stor ni. Nak buat camana keadaan mendesak. Insya'Allah sikit hari lagi mummy bawak kamu semua balik yer...


Eh! tapi dorang bukan duduk saja tau...bebudak nonet sebenarnya jadik tukang kebun kat sini menolong Pak Omar.


tolong trim pokok..


tolong cuci longkang..


dan tolong membersihkan kawasan 


rajin bebudak nonet ni tau...tak caya tanya Pak Omar hihi..

suka?

19comments: